Kenapa kita menulis?

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest
I heart Ramadhan 1440H
Peluang
Endgame dan Hantu Kabel
Move On zillion time
Too March stories
Self Care On A Budget
Kenapa kita menulis? 
Sebab ramai yang suka membaca. Kenapa kita membaca? Untuk tambahkan ilmu pengetahuan. Kenapa kita perlu tambahkan ilmu? Sebab ilmu dapat selamatkan kita dari kejahilan. Kenapa kita perlu selamatkan diri dari kejahilan? sebab jahil itu merbahaya.

“ilmu itu cahaya, jahil itu merbahaya…”

Dunia penulisan takkan pernah berhenti. Maka, tulislah dari hati. Bukan untuk kebanggaan diri, tapi untuk menyampaikan mesej yang penting. Menulis untuk luahkan rasa kepuasan yang hanya orang suka menulis faham. Menulis untuk kongsikan pengalaman, ilmu pengetahuan dan pandangan secara rasional. Kita bagi orang berfikir sejenak tentang apa yang kita tulis, apa yang kita kiaskan. 
The way atau gaya penulisan kita, adalah gambaran diri kita. Perasaan kita. Gembira, sedih, terluka atau terujakah hari-hari yang kita lalui? Tulisan akan eksperesikan segalanya. Orang yang baca pun boleh dapat rasa semua perasaan tu kalau kita menulis dari hati dengan emosi yang terkawal. [sebab kalau emosi tak dikawal, tulisan kita akan lebih kepada menghentam…] (angguk kalau setuju…)
Kalau yang pandai compose muzik, mereka akan guna instrumen dan lirik. Kalau melukis, mereka akan lakarkan dalam sebuah lukisan. Caranya berbeza, tapi mesej atau misi dia tetap sama;

“ingin menyampaikan sesuatu secara umum tapi masih miliki makna yang tersirat dan sarat untuk diungkaikan…”

yeah…true…

Itu definisi kata kerja menulis bagi aku. Aku yang menulis sebagai cara untuk ‘menghilangkan’ diri. Cara untuk ungkapkan rasa yang dilalui. Kenapa masih lagi nak ‘menyimpang’? tak boleh ke cakap ‘direct’ secara telus? Boleh je sebenar, tapi tak semua boleh menerima ketelusan tu. Dalam frasa kasarnya

“Don’t give a shit if you can’t take it” –Enders Game-

Situasi semua orang sama. There’s no unique anymore.

Jika semua orang ingin jadi berbeza, bukankan sama tu?-Terbaik Dari Langit-

Dalam menulis jangan terlalu asyik berpunjangga [pesanan untuk diri sendiri]. Sebab tak semua rela mengusutkan fikiran yang sedia serabut. Ada batasnya. Ada limitnya. Macam dulu, aku rasa serabut sangat bila baca hikayat cerita lama. Lagi-lagi dalam siri sehijau warna daun sampailah ke kerusi. 
siri buku komsas lama
Masa sekolah rendah aku selalu skip bahagian tradisional tu. Sebab aku tak faham kenapa perlu diulang ‘maka’ dan ‘arakian’ tu banyak kali. Setiap kali cuba faham, aku macam nak termuntah. Habis renyuk jugaklah buku tu dibuatnya. Protes sebab tak faham. Padahal cerita tu simple je. Nak cerita yang pak lebai tu malang dia bertimpa-timpa.
Itu kata aku masa baru kenal karangan dua muka. Tapi, bila didedahkan dengan pelbagai jenis bahan bacaan dan gaya penulisan, baru aku sedar betapa indahnya sastera tradisional. Sebab tu lah masa UPSR dulu aku boleh skor dua subjek je; pemahaman dan penulisan. Aku tak minat buat karangan isu semasa. Sebab bagi aku tulisan tu nanti akan bernada serius. Tegang! Aku suka tulis atau pilih karangan perbincangan, pandangan, tulisan bebas. Idea kreatif. [ye, walau diakui gaya tulisan aku sampai sekarang bosan..T_T]
So, back to kenapa kita menulis. 
Aku jawab sebab nak ‘hilangkan’ diri. Korang pula? Adakah korang menulis sebab isi masa lapang? Atau menulis sebab kerjaya korang perlukan tulisan korang? In case ada yang membaca sini merupakan seorang novelis, atau penyelaras, atau penulis artikel majalah, akhbar dan macam-macam lagi…sape tahu kan?
Akhir kalam, jangan berhenti menulis…sebab nanti tulisan jadi buruk giler….

Keep reading on

Any thought?

0 thoughts on “Kenapa kita menulis?”

  1. hahahahah….pergh komen kak ros! terbaik dowh!

    saya pun selalu tulis time mood swing, pastu bila baca balik, rasa macam nak bakar semua…teruk tak teruk bahasa time marah, nasib baik buat simpanan untuk bakar. tulis bakar, tulis bakar…settle..

    pastu terasa macam terapi pulak…bila marah, tulis kat kertas pastu bakar…lega! !_!

  2. Terlalu banyak perkara yang tak terluah dengan kata-kata. Tapi hakikatnya banyak sebab nak menulis salah satunya untuk didik diri sendiri. contohnya bila marah..tulis la apa-apa pun..kemudian baca, baca dan baca semula tulisan sendiri yang sedang marah. kemudian nilaikan diri sendiri,muhasabah dan padam semula tulisan. Bayangkan kalau marah terus cakap dengan kata2… eh banyak nak tulis ni kang telebih panjang plak komen dari post entry tuan blog..hahaha.. btw enjoy writing Sofie.

  3. me too TKK! tu yang banyak betulkan balik penggunaan bahasa secara perlahan.

    haa…kantoi skip2 baca…karangan tak berformat tak terikat dengan dua markah..hehehe

    betul ke markah untuk format dua? ke lima ek? ntahlah tak ingat…^_^!

  4. thanks nina! u know what, dapat komen dari pembacalah buat saya dapat semua idea untuk menulis…nampak tak sebenarnya saya ni seorang yang sangat kompleks bila nina tulis "deep thought on something simple"…huhuhu

    setuju dengan pendapat nina. terbayang air sungai yang xdpt mengalir…

  5. huhhhuhhu sorry bangat kim chaa…sorry ya! takpe kim chaa boleh je tulis..idea tak sama punya..ini pendapat saya…mungkin kim chaa punya lagi menarik!

    takpe komen memang disediakan untuk bebel, baru best baca…^_^

  6. Baru nak taip entry pasal menulis, sekali buka dashboard tengok sofie dah tulis. Terus hilang idea. Haha ..

    Menulis ni sebenarnya salah satu cara nak expresikan diri, dan menulis untuk berkongsi rasa apa yg dirasa.

    Maaf terbebel di komen. Heeee

  7. hahahah… ayat akhir sis tu, "jangan berhenti menulis…sebab nanti tulisan jadi buruk giler…." hahaha betul sangat! XDD

    entahlah, bagi saya, saya lebih suka menulis. sebab saya banyak kali fail kalau nak sampaikan cerita dekat orang lain melalui mulut, last2 bila saya menulis, baru mereka paham hahaha.

  8. first of all, i love all your writings 🙂 especially your deep thought on something simple 😀 😀

    bagi kite, kite menulis untuk mengingatkan diri sendiri. dan macam org lain tahu je, air yang bertangguk di tmpt yg sama, lama2 akan busuk. macam tu jugak lah orang ibaratkan ilmu tu. kalau tak disebarkan/dialirkan, rugilah T_T

  9. Salam sofie! , bila baca gaya penulisan rindu nya nak menulis macam ni balik !
    menulis tentang pandangan,

    samala , zaman sekolah dulu menang suka pilih karangan tulis cerita, pendapat . tak berformat.
    dan tang komsas tu hahaha, prosa tradisional tu tahan lagi puisi2 hak depan tu memang saya skip ! 🙂

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Thank  
you
 for reading