Dapat Hadiah Dari Cikla!

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest
Alhamdulillah rezeki hari Jumaat. 
After buka lapisan pertama

 First of all, aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada cikla sebab sudi hadiahkan kita sebuah memori terindah bagi bulan Februari 2016 ni. 

Balik dari mengimbau kenangan di sekolah rendah zaman dulu sambil bantai aiskrim gula apong, tetiba aku nampak satu bungkusan atas meja. 

“Hadiah dari cikla ke ni? Lajunya? Bukan semalam cikla baru pos ke?” 


Dan aku pun teruslah beroperasi membuka balutan luar hadiah tu. Tebal mak aih! Selepas berjaya operate salinan tadi, maka keluarlah sebuah hadiah seperti gambar di atas. Berbalut dengan kemas, cantik, elegan gitu…Masa nak operasi buka balutan kedua, aku punyalah beria takmau kasi koyak pembalut hadiah tu…tapi gagal! Koyak jua akhirnya….tangan belum cukup halus lagi..hehehe

Tadaaa!!!

Dan hasil operasi kedua, lahirlah sebuah kad ucapan dan hadiahnya…hadiah apa?

Cawan kaler purple yang comel dan juga lampu lip-lap lip-lap….habis je aku bukak balutan kedua ni, lampu lip-lap dari manalah aku fikir keluar…rupanya dari kotak yang sama…(lampu tu terlindung dibalik kad, sebab dia malu…^_^)
Alololo serba serbi comellah hadiah dari cikla kita ni…
Lampu tengah lip lap kaler merah…
Mak aku ceritalah, yang pak cik posmen tu dah boleh kenal dengan rumah ni..Setiap bulan mesti ada barang….dia pun pelik jugak..sebab yang jadi pengambilnya mak aku sorang je…tapi barang banyak….rezeki jangan ditolak iya dak pakcik?
Sebab apa aku dapat hadiah dari cikla?
Sebab tangan gatal dok mengulas entri cikla setiap hari…hehehehe….kalau korang nak jugak, korang mestilah kalahkan komen aku kat blog cikla dulu….hehehehhe….

Untuk julung kalinya saya ucapkan jutaan terima kasih kepada cikla! hope cikla maju dalam dunia blog dan jaya dalam berblogging! Moga rezeki cikla dimurahkanNya. Amin! 

Thanx for reading!

Keep reading on

Any thought?

0 thoughts on “Dapat Hadiah Dari Cikla!”

  1. Hi sofie… Syukurlah dh selamat sampai. Terkejut jugak sofie bg tau dh sampai… jugak abg pos laju anto brg. Syukur jugak sbb Sofie suka hadiah kecil yang tak seberapanya tu… Hihi… Oklah, thanks sbb tak jemu jemu intai intai blog picisanku itu… All the best utk Sofie jugak.. Kirim Salam dekat mak ye… tukang amik hadiah… Hihi…

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top