Kotak

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest
I heart Ramadhan 1440H
Peluang
Endgame dan Hantu Kabel
Move On zillion time
Holla there!
Miss me huh? Bluek!!! Bazir karan je nak miss, miss kan? Okaylah, sebenarnya tadak alasan kukuh pun untuk aku tak update blog ni. Cuma aku kena cari beribu ayat dan cerita untuk bagi entri aku betul-betul manfaat untuk korang baca. (macamlah selama ni bermanfaat entri aku kan? cyeh!)

Alkisahnya….
dari hari tu nak update pasal satu isu ni, tapi macam sensitip sangat, so aku terpaksa buat untuk tatapan sendiri je. Peringatan untuk diri sendiri iya dak? Pastu, timbul lagi satu isu ni, pun sama jugak. Then, aku ingat nak buat review pasal tiga cerita aku tengok hari tu. Cerita nonsense dunia anti-loner, cerita philipine dan cerita hrithik roshan…terbantut jugak sebab itu bukan genre yang aku boleh puja lama-lama. So, terkubur lagi entri. Plus, amukan “garuda” yang melanda dalam diri pun tak berapa stabil. Lepas dikalahkan oleh Laksamana Sunan, barulah keadaan kembali normal.

Dan hari ni, aku pun come out dengan ‘Kotak’. Kenapa kotak? Kotak?
sebab tak tau nak bagi tajuk apa dan dah lama tak update, so otak pun masuk air. Mungkin entri ni revenge kot untuk lima hari tu…bertahanlah untuk membacanya..hahahahahhaha *gelak ala-ala Hitler*

Alhamdulillah, hari ni aku dah selesai isi UPU dan juga penerapan untuk sambung ke peringkat seterusnya. Dan, maafkan aku sebab tak dapat nak kejar *Sr. dah. Aku dah keluar dari kotak tu. Sepanjang praktikal hampir tiga bulan lebih ni, aku terlalu banyak berbolak-balik dengan kos ni. Sampaikan terbalik “kotak” aku. Sebab tu lah aku decide untuk keluar. Dah alang-alang tertonggeng terbalik dari kotak tu, baik aku keluar ajelah kan? 
Apalah yang aku pilih?
Masih bidang yang basic dia berkaitan. Tapi, takde ukur-ukur. Semua yang ukur-ukur aku terpaksa simpan dalam “kotak” lama. InsyaAllah ada rezeki, sambunglah aku nanti. Dan habis April ni, aku nak campak “kotak” tu jauh-jauh. Tapi, tu kata aku sekarang. Mungkin tak ditunaikan untuk akan datang.
Puas dah tanya diri sendiri, minat apa sebenarnya? Mun bulak oghang padah, habis semua kuiz personaliti dijawab…Punyalah nak tahu mana sebenarnya minat diri, apa yang sesuai etc. etc….Tapi tu lah, kerja sekarang kena letak sedikit rasa minat walau tak tahu…bila dah tahu, jangan pulak dibiarkan minat tu tenggelam macam kapal van der wijck pulak…

Kotak baru.
Kotak tak wujud pun. Macam manalah boleh ada baru dan lama? Pelikkan? Minda sendiri yang cipta kotak, lepas tu suruh keluar. Yang sempitkan minda dengan kotak buat apa? Semak tahu! Kan? Fikir luar kotaklah, dalam kotaklah…pening r! Bazir space memori, kena fikir empat segi, bulat tak boleh ke? tak pun segi ke? empat penjuru kotak dalam minda boleh melukakan pemikiran…

Empat segi kotak itu diandaikan seperti: – emosi, presepsi, kepercayaan, hakikat.
Susah betullah benda yang empat ni nak selaras. Senang cerita kita buang kotak tu, dan cuba berfikir tanpa kotak. Nak sangat macam kotak jugak, cuba tengok ‘boxtrolls’. Gerenti rasa terseksa dengan pemikiran kotak motak nih….

Dahlah, kotak itu kotak ini…kotak juga berjasa dalam semua keadaan. Tapi dalam minda? Nein!

Rajin nanti insyaAllah aku review..

Cerita kartun tu mungkin tak comel macam zootopia atau ice age…tapi kalau korang layan Coraline dengan Paranorman, gerenti korang dapat teka mesej yang disampaikan…nantilah aku review untuk tiga kartun tu. Karang berjeda rojak pulak, pening kome bacanya….

Kotak?
Siapa jawab quote Forrest Gump dalam entri pasal header dengan betul hari tu, tahniah aku ucapkan! Kalau ada lagi yang tak tau pasal cerita ni, boleh pergi cari kot!. 80% cerita ni dijadikan quote oleh penonton. Setiap dialog dia semua ada makna tersendiri, movie ni pun aku akan review penuh nanti. tak best kalau cerita sekerat. Tapi aku bagi preview dan jawapan dulu untuk quote pasal kotak coklat tu…
Forrest Gump-1994-
Cukuplah kot aku merapu meraban pasal kotak ni. Sebenar nak cerita satu je, “aku dah isi UPU/penerapan untuk sambung degree” dan aku tak ambil geomatik dah. Bukan sebab kos tu bermasalah, tapi aku yang bermasalah. huhuhuhuhu 
‘Kotak’ banyak sangat, sampai aku terpaksa buang semua dari minda. Biarkan saja kosong. 

Apa yang terjadi, biarkan terjadi…apa yang belum pasti, sandarkan pada yang Pasti..

*Sr.=surveyor

Pangkat untuk juruukur yang dah berlesen.

Thanks for reading and good night!

(haraplah “garuda” tak melanda minggu ni..tapi Miri jerebu…so probability untuk “garuda” tu sesat mungkin tinggi….jaga-jaga hati-hati…hahahhahah)

Okay…stop!

Night!

Keep reading on

Any thought?

0 thoughts on “Kotak”

  1. salam sofie!!!
    serius dalam otak kita ni berkotak kotak sangat sebab tu la kadang susah nak decide apa yang kita nak,

    yang pasti pada Allah kita bergantung harap dan moga DIA bukakan jalan πŸ™‚

    Moga Allah berikan yang terbaik Sofie πŸ™‚

  2. nak sambung degree ye sofie? fieyqa pun tukar kos jugak tak sambung pun kos masa asasi dulu walaupun memang layak. sebab tak tahulah, suka tapi tak minat. macam mana tu?? hahaha. apa-apa keputusan yg dibuat pun, semoga dipermudahkan ye πŸ™‚

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Thank  
you
 for reading