Araustralia dalam kenangan: Part 1

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest
Move On zillion time
Too March stories
Self Care On A Budget
Pilihan kehidupan
Come back blog mission
Entah angin pantai mana menyeru semua memori dari utara ni…tak sangka 2016 muncul sebagai tahun terakhir jejak Araustralia. Time nak habis macam nilah, rasa sayang pulak nak berpisah. Yeah, tanpa pertemuan mana mungkin kita berpisah.

Kuasa rindu tiada siapa dapat lawankan?

Hai korang! Entri ni aku buat khas untuk korang. Iya, aku tau memang lepas ni kita akan jumpa lagi…tapi incase caturan kita tak selari dengan aturan Ilahi, so aku tak naklah biarkan semua rasa ni terperam dalam diari. Untuk yang pernah hadir dalam layar memori seorang sofie di Arau, aku ucapkan terima kasih sebab sudi jadi senyuman aku di hari kelak.
Sebenarnya masa aku tulis entri ni lagu Pergi; Aizat yang main,…tapi macam takde kaitan so, terimalah “Semua tentang kita” by Peterpan….
Orang pertama yang aku akan cerita adalah kisah AFS.
Sesi kenal dengan kau, aku ingat lagi masa tu kelas pertama CTU101. Ustaz tak masuk pun. Kau duduk depan, sebelah aku. Dan ice breaking pun bermula. Kau tanya aku jawab, kau jawab aku tanya. Sampailah dua minggu lepas tu baru kau realize yang aku lagi tua dari kau. Dan sejak dari sem satu sampailah sem lima, kita selalu satu group LP. Aku pernah sakiti kau, aku tanya, kau kata okay. Sabar kau memang tinggilah! 
Aku pernah datang rumah kau, kau bila lagi nak datang rumah aku? Sayang rasa nak berpisah dengan kau. Tapi tu lah…aku selalu kasar dengan kau, sebab teringin gak nak tengok respon kau, tapi sepanjang tiga tahun kenal kau, kau memang tak cepat melatah. Tabik r dengan kau. Aku tau kau ramai peminat. Memang patut pun. Sampai aku rasa aku tak layak ada kawan sebaik kau. Aku kasar, kau berhemah. [kipas mata jap…] paling kasar aku pernah marah kau masa befday kau yang ke 20. Sebenar aku takdelah marah sangat, tapi tu lah…kau memang baik. Bertuah siapa dapat kau. Aku? hahahah, takpayahlah…
Orang kedua.
Kau ego memang tinggikan? Sanggup tukar dari satu group LP dengan aku masa sem 3. Menyampah dowh! Iya, aku tau aku termarah kau masa sem 2, tapi takkan sampai macam tu sekali kot! Aku dah minta maaf da pun. Tapi tak tau pulak maaf aku kena reject. Kau tau tadak sapa boleh tahan dengan baran kau tu, sampai beberapa orang menangis sebab kau. Ish ish ish…tak baik buat anak orang menangis. Aku? bazir air mata je menangis untuk kau. Ceyh! Untungla dekan sem tiga. Sem tiga bagi aku, the worst sem ever. Sebab? Terlalu banyak konflik. 
Aku tau kau budak pandai, boleh pergi jauh dalam bidang ni. Aku lepas ni rasa macam nak tarik diri tapi…tengoklah dulu macam mana. Macam mana aku boleh kenal dengan kau ek? mungkin sebab sama negeri kot. Tu yang macam cepat nak detect tu. Dari sem satu sampai habis study, plan nak balik sekali tak tertunai. It’s okay it’s alright. Lagipun dah 14 tahun aku pergi balik sorang diri. Lau berteman macam pelik pulak rasa. Pasal ole-ole kau, nanti aku bawak. Tak leh nak janjilah. Sebab kau pun datang lambat masa viva nantikan?
Orang ketiga.
Jiran befday aku. Kebetulan benda yang aku dan kau ambil banyak sama. Ceyh! Contohnya masa MDS. Aku usher, kau budak gimik. Pastu dari kelab sampailah ke koko, muka kau je aku tengok. [dan kau pun kata, eleh, kau tu yang tiru…] choi! Mana ada…kau pun macam cerah je dalam bidang ni. macam mana aku kenal dengan dia? Aku pun tak ingat. Tapi setahu aku, kitaorang banyak join benda sama. Kebetulan! Kau debat, aku join debate. Dalam PD, dia ni orang panggil ‘Tory’. Masa zaman ‘tory’, aku macam tak kenal dowh dia ni sapa. Sumpah lain giler! Kalau kau tanya Ana pun dia 100% setuju. 
Oh, pasal bunga hari tu, aku ada buat entri, lau belum baca ko rajin-rajinlah cari ya…hahahaha. Ha, lagi satu, kau kata nak buat video pasal penang. Lama jugak aku tunggu. Entah dah siap ke belum ea? Dia nih ramah dengan orang. Baguslah..ingat tak masa kita lepak kat kopitiam masa final? Topik kita dari sekecil-kecil perkara, sampailah seluas semesta. Rindu pulak nak lepak ilmiah macam tu. Cuma tempat tu, kena tukarlah. Sebab lau setiap kali lepak kopitiam, mau kaya kedai tu. Yang sakitnya, hujung bulan bantai mamee chef. First and last time aku join korang study untuk final? So, final hari tu, aku tak tanya pun khabar kau macam mana. Sihat tak? Kadang dia ni, seni kalahkan perempuan, aku pulak yang rasa tercabar. Dahlah pandai jahit, masak, mengemas, pembersih…senang kata, semua benda dia pro lah.

Orang keempat.
Aku kenal dengan dia lambat r. Tu pun Suci yang kenalkan. Bestie Suci dengan Ana nie. Masa sem satu aku jarang lepak dekat bilik member kelas, rasa macam pelik pulak nak lepak bilik orang. Tu masa sem satulah. Naik sem dua, baru berani sikit nak jalan-jalan ke sana ke mari. Ikutkan masa makan malam tu, Suci join sekali. Tapi disebabkan hal apa tah tinggal kita berdua. Lau tak silap, aku makan paprik, kau ambil tom yam. Sebut pasal tom yam, dialah yang hantu. Pergi makan mana-mana pun, tom yam semedang. Tom yam lover katakan. Aku pun boleh kena tempias kau. 
Yang paling best sekali, kuey teuw kung fu tom yam. Pergh! Memang heaven kalau dapat bantai sebelum habis nanti. Selain pada tom yam, kau minat steamboat gak kan? Nak pergi seoul garden sampai sudah tak tercapai. Tapi lepak dengan kau tak pernah jemulah, sebab kau pelik. So ada je idea giler yang nak dibuat. Lagi satu, kau jenis tak susah nak bawak jalan. On je kalau nak makan malam kat luar even tak tau pun hala sebenar. Ingat tak kita bantai makan malam kat SRU malam tu? Duit ada semua on lah….cuba kalau tadak, memang beli maggi je lah….orang yang aku selalu tanya pendapat. Thanks buddy sebab sudi layan karenah aku. 
140915/1533
Sebenarnya banyak lagi aku nak bebel pasal korang. Nak cerita semua benda yang berlaku sepanjang sem lima. Masa screw prism hilang, pasal aku dengan AFS jatuh bendang, pasal prank seminggu befday girl, pasal bukak puasa kat KP….tapi aku dah kira words entri ni nak seribu lebih…so terpaksalah aku buat part by part…
Kalau korang baca, baguslah…aku nak ucapkan terima kasih sebab jadi sebahagian dalam memori hidup aku. Sebab ada orang hari tu kata dia rindu nak jadi boss…

Keep reading on

Any thought?

0 thoughts on “Araustralia dalam kenangan: Part 1”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Thank  
you
 for reading