Kenapa kita menulis?
Sebab ramai yang suka membaca. Kenapa
kita membaca? Untuk tambahkan ilmu pengetahuan. Kenapa kita perlu tambahkan
ilmu? Sebab ilmu dapat selamatkan kita dari kejahilan. Kenapa kita perlu
selamatkan diri dari kejahilan? sebab jahil itu merbahaya.
“ilmu itu cahaya, jahil itu merbahaya...”
Dunia penulisan takkan pernah berhenti. Maka, tulislah dari
hati. Bukan untuk kebanggaan diri, tapi untuk menyampaikan mesej yang penting.
Menulis untuk luahkan rasa kepuasan yang hanya orang suka menulis faham. Menulis
untuk kongsikan pengalaman, ilmu pengetahuan dan pandangan secara rasional. Kita
bagi orang berfikir sejenak tentang apa yang kita tulis, apa yang kita kiaskan.
The way atau gaya penulisan kita, adalah gambaran diri kita. Perasaan kita.
Gembira, sedih, terluka atau terujakah hari-hari yang kita lalui? Tulisan akan
eksperesikan segalanya. Orang yang baca pun boleh dapat rasa semua perasaan tu
kalau kita menulis dari hati dengan emosi yang terkawal. [sebab kalau emosi tak
dikawal, tulisan kita akan lebih kepada menghentam...] (angguk kalau setuju...)
Kalau yang pandai
compose muzik, mereka akan guna instrumen dan lirik. Kalau melukis, mereka akan
lakarkan dalam sebuah lukisan. Caranya berbeza, tapi mesej atau misi dia tetap
sama;
“ingin menyampaikan sesuatu secara umum tapi masih miliki makna yang tersirat dan sarat untuk diungkaikan...”
![]() |
| yeah...true... |
Itu definisi kata kerja menulis bagi aku. Aku yang menulis
sebagai cara untuk ‘menghilangkan’ diri. Cara untuk ungkapkan rasa yang
dilalui. Kenapa masih lagi nak ‘menyimpang’? tak boleh ke cakap ‘direct’ secara
telus? Boleh je sebenar, tapi tak semua boleh menerima ketelusan tu. Dalam
frasa kasarnya
“Don’t give a shit if you can’t take it” –Enders Game-
Situasi semua orang sama. There’s no unique anymore.
Jika semua orang ingin jadi berbeza, bukankan sama tu?-Terbaik Dari Langit-
Dalam menulis jangan terlalu asyik berpunjangga [pesanan untuk diri sendiri]. Sebab tak semua rela mengusutkan fikiran yang sedia serabut. Ada batasnya. Ada limitnya. Macam dulu, aku rasa serabut sangat bila baca hikayat cerita lama. Lagi-lagi dalam siri sehijau warna daun sampailah ke kerusi.
![]() |
| siri buku komsas lama |
Masa sekolah rendah aku selalu skip bahagian tradisional tu. Sebab aku
tak faham kenapa perlu diulang ‘maka’ dan ‘arakian’ tu banyak kali. Setiap kali
cuba faham, aku macam nak termuntah. Habis renyuk jugaklah buku tu dibuatnya.
Protes sebab tak faham. Padahal cerita tu simple je. Nak cerita yang pak lebai
tu malang dia bertimpa-timpa.
Itu kata aku masa baru kenal karangan dua muka. Tapi, bila
didedahkan dengan pelbagai jenis bahan bacaan dan gaya penulisan, baru aku
sedar betapa indahnya sastera tradisional. Sebab tu lah masa UPSR dulu aku
boleh skor dua subjek je; pemahaman dan penulisan. Aku tak minat buat karangan
isu semasa. Sebab bagi aku tulisan tu nanti akan bernada serius. Tegang! Aku
suka tulis atau pilih karangan perbincangan, pandangan, tulisan bebas. Idea
kreatif. [ye, walau diakui gaya tulisan aku sampai sekarang bosan..T_T]
So, back to kenapa kita menulis.
Aku jawab sebab nak ‘hilangkan’
diri. Korang pula? Adakah korang menulis sebab isi
masa lapang? Atau menulis sebab kerjaya korang perlukan tulisan korang? In case
ada yang membaca sini merupakan seorang novelis, atau penyelaras, atau penulis
artikel majalah, akhbar dan macam-macam lagi...sape tahu kan?
Akhir kalam, jangan berhenti menulis...sebab nanti tulisan jadi buruk giler....






sehijau warna daun baca bila nak exam je. haha. Yup, hanya org suka tulis je phm knpa kita menulis.
BalasPadamapa masa nak exam baru baca....uuu...best kot buku tu...
Padamyeah true...
Baru nak taip entry pasal menulis, sekali buka dashboard tengok sofie dah tulis. Terus hilang idea. Haha ..
BalasPadamMenulis ni sebenarnya salah satu cara nak expresikan diri, dan menulis untuk berkongsi rasa apa yg dirasa.
Maaf terbebel di komen. Heeee
huhhhuhhu sorry bangat kim chaa...sorry ya! takpe kim chaa boleh je tulis..idea tak sama punya..ini pendapat saya...mungkin kim chaa punya lagi menarik!
Padamtakpe komen memang disediakan untuk bebel, baru best baca...^_^
hahahah... ayat akhir sis tu, "jangan berhenti menulis...sebab nanti tulisan jadi buruk giler...." hahaha betul sangat! XDD
BalasPadamentahlah, bagi saya, saya lebih suka menulis. sebab saya banyak kali fail kalau nak sampaikan cerita dekat orang lain melalui mulut, last2 bila saya menulis, baru mereka paham hahaha.
kan??? saya pernah baru sehari tak pegang pen, bila nak nulis tuh...ish ish ish...kalar budak kecik tulisannya!
Padamme too yoo! gagap sikit bab2 cakap nih...
first of all, i love all your writings :) especially your deep thought on something simple :D :D
BalasPadambagi kite, kite menulis untuk mengingatkan diri sendiri. dan macam org lain tahu je, air yang bertangguk di tmpt yg sama, lama2 akan busuk. macam tu jugak lah orang ibaratkan ilmu tu. kalau tak disebarkan/dialirkan, rugilah T_T
thanks nina! u know what, dapat komen dari pembacalah buat saya dapat semua idea untuk menulis...nampak tak sebenarnya saya ni seorang yang sangat kompleks bila nina tulis "deep thought on something simple"...huhuhu
Padamsetuju dengan pendapat nina. terbayang air sungai yang xdpt mengalir...
hahaha means that you do the thinking. bagus apa :) bila selalu rasa benda tu simple, kite tak perasan yg banyak benda di sebalik yg simple tu :D
PadamSaya menulis sebab minat.jemput singgah blog saya...
BalasPadamwww.qiyasaad.blogspot.my
baguslah Qiya...tanpa minat tak seronok nak menulis...betul kan?
Padamthnx for sharing.. :D buat kita fikir lagi.
BalasPadamwelcome bruh...^_^
PadamSalam sofie! , bila baca gaya penulisan rindu nya nak menulis macam ni balik !
BalasPadammenulis tentang pandangan,
samala , zaman sekolah dulu menang suka pilih karangan tulis cerita, pendapat . tak berformat.
dan tang komsas tu hahaha, prosa tradisional tu tahan lagi puisi2 hak depan tu memang saya skip ! :)
me too TKK! tu yang banyak betulkan balik penggunaan bahasa secara perlahan.
Padamhaa...kantoi skip2 baca...karangan tak berformat tak terikat dengan dua markah..hehehe
betul ke markah untuk format dua? ke lima ek? ntahlah tak ingat...^_^!
I'm better at expressing my feelings and thoughts by writing :)
BalasPadammesti banyak diari juga ni kan? setahun berapa diari ni? hehehehhe
PadamSaya menulis sebab saya suka kongsi pengalaman saya. Mana tahu bermanfaat untuk orang lain :)
BalasPadambaguslah dilla...mana tau pengalaman dilla nanti diperlukan oleh saya kan? terima kasih sangat masa tu...^_^
PadamTerlalu banyak perkara yang tak terluah dengan kata-kata. Tapi hakikatnya banyak sebab nak menulis salah satunya untuk didik diri sendiri. contohnya bila marah..tulis la apa-apa pun..kemudian baca, baca dan baca semula tulisan sendiri yang sedang marah. kemudian nilaikan diri sendiri,muhasabah dan padam semula tulisan. Bayangkan kalau marah terus cakap dengan kata2... eh banyak nak tulis ni kang telebih panjang plak komen dari post entry tuan blog..hahaha.. btw enjoy writing Sofie.
BalasPadamhahahahah....pergh komen kak ros! terbaik dowh!
Padamsaya pun selalu tulis time mood swing, pastu bila baca balik, rasa macam nak bakar semua...teruk tak teruk bahasa time marah, nasib baik buat simpanan untuk bakar. tulis bakar, tulis bakar...settle..
pastu terasa macam terapi pulak...bila marah, tulis kat kertas pastu bakar...lega! !_!
wahhh, suka jugak komen Ros ni :D kadang2 bila baca balik tulisan2 zaman saya before 20an dan nampak betul betapa kurang matangnya saya. T___T
Padamsame here nina.....tulisan lalu banyak mengajar saya yang sekarang...
PadamKamek menulis sebab kamek mok bercerita tapi kamek sikda bestfriend yang sudi nak nengar cerita kamek. Lagipun kamek sik biasa luahkan cerita or masalah kamek dengan orang face to face.
BalasPadamhttp://angellovesoldier.blogspot.com/
yalahkan...kamek pun kedak ya juak...mun ada bestie yang sanggup dengar kita berkelakar pun nang susah becarik...nulis gik senang...
PadamAssalamualaikum, sy setuju pendapat sofie huhu :)
BalasPadammenulis itu jihad, tulislah yg baik2
ya menulis adalah salah satu cabang jihad...
PadaminsyaAllah akan tulis yang baik2....^_^