Dandelion

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest
I heart Ramadhan 1440H
Peluang
Endgame dan Hantu Kabel
Move On zillion time
Dandelion…
Tengah malam buta macam ni aku bukan nak bagi ceramah pasal tumbuhan bernama dandelion. Kalau nak tahu pasal dandelion secara saintifik dan sejarahnya, korang bolehlah rujuk pada wiki.
Ini bicara dandelion secara alaminya. Kiasan. Well, sesiapa yang rasa macam nak ‘tenggelam’ dalam dunia kiasan yang mencecah paras ‘lowest astronomical chart’ dengan aku, mungkin boleh teruskan membaca entri nih. Kalau rasa macam kena ada ‘pelampung’, aku nasihatkan better tak payah ‘menyelam’. Takut ‘lemas’, aku tak tanggung. Sebab aku sendiri tak pandai berenang. 
Dandelion, 
Sapelah tak pernah tiup dandelion. Kalau boleh setiap kali jumpa dandelion, mesti rasa macam nak tiup sampai ‘botak’ dandelion tu. Sebab suka tengok dia berterbangan bebas. Macam lawa je kan? Itulah dia dandelion. Ke mana dia pergi, kita pun tak tahu. Ada yang terbang jauh, ada yang awal-awal lagi dah jatuh. 

Dandelion.
Apa persamaan dandelion dengan homosapien? Dandelion ibarat jiwa seorang manusia yang inginkan impiannya bebas tercapai. Terbang dengan yakinnya tanpa sebarang keraguan. Jika dandelion itu sendiri ragu-ragu, korang rasa tercapai tak semua benda yang dihajati tadi? Terang lagi bersuluh takkan tercapai. 

Sebab keraguan membunuh semua pergerakan. Hatta imaginasi sekalipun. 

Dandelion ibarat sebuah keluarga.
Ibu bapa adalah akar dan batangnya, anak-anak adalah bunganya. Sampai masanya, semua bunga itu akan berterbangan meninggalkan keduanya. Walau tak jauh, mereka tetap akan pergi. Kenapa dandelion biarkan bunganya ditiup sang angin mahupun dipetik sang manusia? Sebab itu fitrah alam, dandelion itu hidupnya bertebaran. Cara mereka meluaskan legasi dan empayar dengan melepaskan bunganya. Ada bantahan? Mustahil mereka melawan kuasa Tuhan. 

Dandelion miliki sifat percaya yang sangat tinggi pada bunganya. Mereka yakin walau kemana pun bunga mereka tuju, pasti akan jadi seperti mereka jugak. 

Melepaskan bukan bermaksud membiarkan tanpa tujuan, tapi memberi peluang mengecapi sebuah ‘kebebasan’ dalam meneroka kehidupan untuk mencapai impian.

Dandelion…
Hidupnya melata bersama rumput. Benda yang kita sendiri takkan perasan kalau mereka tak berkelompok. Sama macam manusia. Orang takkan perasan kewujudan kita kalau sendiri, tapi bila kita ramai, semua orang akan menoleh. Kenapa? Adakah kekuatan itu datang dari bilangan? Atau dari majoriti? Takde makna kuantiti kalau tiada kualiti. Tapi, jika kesatuan itu menyelamatkan, seorang itu ada baiknya berkumpulan. 
Dandelion untuk kali terakhir…
Ia adalah sebuah impian. 
Ia juga ibarat keluarga.
Lambang kebebasan
Atas sebuah kepercayaan..
Bila terpandang dandelion, ingatlah dari mana kita bermula…sebuah kehidupan itu takkan wujud tanpa sebuah kepercayaan. Percaya itu nilai dia lagi mahal dari segalanya. Bila percaya, kita takkan mudah terpedaya….
Maka percayalah…
Jika ada orang tawarkan dua perkara pada kamu, apa yang kamu akan minta?
Jika aku, akanku minta percaya dan ilmu. 
Sekarang 0243, pagi nanti pergi praktikal…dan aku rasa aku dah layu macam dandelion yang dipijak dengan sepatu. Aku tak sanggup hadapi hari-hari baru dengan hanya menghitung waktu. Tapi, bila semua berlalu, aku pulak yang rasa rindu. Choi!!! Rindu konon! Pigi jalanlah…
Okay! night everyone! Thanx for reading my nonsense entry! 

Keep reading on

Any thought?

0 thoughts on “Dandelion”

  1. sofie pernah tgk timelapse dandelion ni? kalau belum, nanti cari kat youtube ea πŸ˜€ menarik sgt!

    kite selalu ibaratkan dandelion tu sebagai kite jugak. selalu rasa macam when we have learned something, we need to spread it to others. same macam dandelion, lepas dia dah matured dia kena terbang utk bertebaran ke tempat lain kan πŸ™‚

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Thank  
you
 for reading