Bukan Sekadar Header…

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest
I heart Ramadhan 1440H
Peluang
Endgame dan Hantu Kabel
Move On zillion time
Bukan Sekadar Header.
Header blog adalah impression utama bila orang datang menjengah blog kita. Dari header kita mungkin dapat tebak sedikit personaliti sang pemilik blog tersebut. Header blog ni macam keadaan luar rumah kita. Mungkin! (hahahah…janganlah serius sangat, itu aku teka je…) mungkin jugak macam wallpaper lappy, phone kita…
Alhamdulillah,
Dah dua hari aku pakai header ni. Mungkin nak masuk tiga hari jugak lah…disebabkan hujung minggu lalu aku berblogwalking dan melihat semua blogger pakat tukar header…lagi-lagi kim chaa…Dahlah semua header dia kiut miut, comel pulak tu…mana tak jeles tengok..hahahah takdelah kim chaa…bagus jugak ada inspirasi tukar header macam awak! ^_^
Header yang sebelum ni direka dan dihadiahkan sendiri oleh sya. Aku dah pakai header tu dalam dua bulan lebih kalau tak silap. Header tu memang awesome sangat bagi aku. Tapi disebabkan mood aku sekarang macam tengah fight something dan masih lagi cari hala tuju, so terciptalah satu header yang undescribe…[macam yang aku tengah guna sekarang]
Kalau ikut rasa malas aku, memang nak tempah je kat orang, tapi kenang “duit dipinjam oleh kedai hari tu masih lagi tak dibayar balik”, maka aku trylah geledah satu google mencari “How to make stunning header” lah, “awesome header” lah, macam-macamlah aku cari..sampai habis weekend…Last sekali aku jumpa satu video ni…so aku pun ikutlah sebijik macam dia ajar…[aku suka tengok video tutorial tanpa suara..tetiba]

Bukan sekadar header…
Dalam header tu, ada lima gambar yang digabungkan…
Dari kiri; adalah api dan sunset, diikuti seorang soldier yang sedang berdiri memerhati bandar Berlin,…diakhiri dengan seorang veteran yang duduk sendirian dibawah pokok. Dan ada kawanan burung terbang menuju ke Berlin city…
Puff! Idea penerangan tentang header ni hilang. 
Bila tengok pak cik tua duduk kat kerusi dari belakang macam tu, teringat cerita “Forrest Gump”. Siapa dah tengok cerita tu? Ingat tak quotes cerita tu? ha….mestilah ingat kan? Aku bagi hint sikit…

“My mom said, life is like a box of…..”

Sape dapat jawab tu memang awesome lah! Sebab ni cerita tahun 1994…aku pun baru dua tahun masa tu…insyaAllah ada masa aku review movie ni. (macam dah lari dari tajuk asal je kan?)

Balik kepada “Bukan sekadar header”..

Adakah korang jugak macam aku, menyiratkan maksud tertentu dalam header? -mai dah, mai dah….- 
Takdelah, aku just nak tanya pendapat korang…kotlah ada yang lagi dasyhat dari siratan maksud header….dan lagi detail…

Kenapa guna tulisan tu untuk header? Apakah maksud penggunaan tulisan tu bagi header korang? Apakah maksud disebalik bunga/corak/warna yang diguna dalam header korang? Kenapa header tu bentuk dia bulat/petak/etc..? Last sekali, describe header korang dalam satu ayat…

Itu semua psikologi …gambaran dari diri kita. Even kalau kita deny, benda tu sedikit sebanyak ada kaitan dengan diri kita. Betul tak?
Dan aku akhiri lagi entry ni dengan “Let’s think about it for a moment…” 
Thanx for reading!

Keep reading on

Any thought?

0 thoughts on “Bukan Sekadar Header…”

  1. hahahahhah….ala tashira panggil akak membuatkan saya rasa agak tua…
    takpelah tak kisah pun..huhuhuhu

    tu lah sebenarnya tepu jugak nak buat macam mana. pastu try cari and ikut apa yang dia ajar…tak sangka lak jadik..hahahhaha

    thanks tashira!!! πŸ™‚

  2. at least lah akak berjaya jugak buat header ni kan? hahaha kalau sy ntah berbulan kot nak siapkan satu header. otak tak kreatif,tangan kayu biasalah hahaha . nice header kak! *nak panggil akak lah sbb rasa macam kak sofie lebih tua je dari sy ni hah* hehe

  3. graphic designer??? hahahahhaha….tadak mendelah kalau setakat header tu….

    tulah..aku pun sekadar ada header…tapi alang2 tu letaklah maksud sekali..sebab everthing we do hide something truth..

  4. thanks lissa!!!!!! [eh terikut pulak banyak2 seru…hehehhehe]

    tadaklah biasa ja tu..cincai2…

    hurm….lissa patut tengok cerita tu…dan cari jawapan dia sebenar..hahahahah

  5. Serius header cantik, boleh jadi graphic designer. Aku buat header yg simple2 je pada pandangan aku. takde maksud, just nak ada nama blog aku and sikit identit cukup la…

  6. laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaawwwwwwwwwwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! jeles T_T masuk blog sofie, tu dulu yang nampak.. lawaaa. Lama Lissa nda singgah sini. hiks. busy baru pindah ofis. T_T sorry lama nda jenguk sofie :'(

    Apapun, header tu lawa lawa lawa!

    "My mom said, life is like a box of imagination? "
    hehehehehe teka ja tu. haha

  7. tu pun diseru mood rajin dan sebab takde mende nak buat… (okay tipu, padahal report berlambak kena siapkan..T_T)

    kalau malas aku buat gak…tapi aku tak postlah..sebab malas kan? hahahah

  8. pergh! sedap jgak dapat wat nama gitu kan? kita nama ada satu je…sofie..so jadilah sofieadie gabungan dengan nama ayah….
    kira hebat lah nama blog tak pernah tukar2 since first blogging….awesome r nina!

  9. thanks kak shikin! alamak baru perasan da lama xjenguk blog akak….thanks again kak..!

    askar? memang minat nak jadi askar…p askar dalam diri jerlah kot! hahaha

  10. yeay!!! 100% markah untuk numigx bagi full quote forrest gump!!!!

    "My name is Forrest. Forrest Gump." ^_^

    takpe..at least ada jugak maksud kan? mungkin xjumpa jalan ja lagi. no hal lah bab2 share ni….acane? dah try dah ke? heheheheh

  11. iyap 30% pun besar jugak kim cha….macam markah kuiz yg lecturer selalu bagi tu…heheheh….

    apa? hadiah satu? erm……erm……kita tak kreatip lah nak hadiah kat org….huhuhuhu…xpe kim chaa pun boleh belajar dari video tu…jangan merajuk tau…

  12. Peerrrgggggghhhh … Bapaaaak ahhhhh … Cun gilerrrr header ! Tak nak hadiah kan satu ke, header mcm tuuu .. Muahahaahah ..
    Sebenarnya header niih benda penting sbb dia mcm mnunjukkan identiti kita, macam selalu bila kita jmpa orang, first sekali kita akan tgok penampilan dia dan header pun lebih kurang mcm tuu laah fungsi dia. Tapi tak 100% apa yg ada dekat header tuuh, melambangkan identiti kita. Maybe dalam 30% je kot header mainkan peranan. Panjanglah pulak komen. Sorry sofie .. Ngeeeee

  13. Post kak sofie semua deep deep ni.. hahaahah.. Life is like a box of chocolate.. you never knew what you gonna get.. kan? Lama dah tak tgk.. citer tu sedih T_T.. tungla header ada maksud deep deep.. header igs maksud dia *i don't know what I'm going to do with my life*. Tu je.. hahaahahahaahahahahaha kay abaikan.. kay bye.. kay header ohsem.. thankyou share!!! XD Banyaknya bebel..

  14. Alamaakkkk, header kita ada tulisan je. πŸ˜€ Itu pun sebenarnya gabungan nama kita. A Man In A = amanina. home tu pakai letak zaman awal2 buat blog. oh myy, lama betul nama blog gitu. πŸ˜€

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Thank  
you
 for reading