Sebulan lagi....

February 12, 2016

Kepada yang sedia maklum yang sekarang aku masih dalam tempoh praktikal yang begitu membunuh jiwa raga dan pergerakan serta membataskan....(tragik betullah ulasan aku), tinggal lagi sebulan. Yeay! happynya!!! but in the same time aku dah mula cuak dah peluh pun sudah pun merenek tanda masih lagi tak besedia untuk menghadapi hari-hari viva...wow! syabas! tiga bulan masih tak cukup ke apa?

Terlebih cukup...cuma yang part cuti tu yang tak cukup...hahahaha


Okay, alkisah sebenarnya minggu ni kitaorang dah habis praktikal bagi dua subjek, tapi disebabkan subjek ketiga kami buat special case study dalam U yang hanya makan masa dua tiga minggu saja, maka kami ada lebihan dua minggu untuk menanti ke dua tiga minggu tersebut...al-tak bertuahnya bila lect. suruh extend (sampai ke hujung bulan)...haila haila...baru otak berangan nak relax kejap. Nak fokus buat report tanpa jalani rutin 8-5..

Tak pun nak cari ole-ole untuk kawan-kawan yang tak tau lagi bila dapat jumpa kan? Ni jerlah last...aku pun satu, terkejar sangat ambil tiket pi balik terus hari tu...kan dah takde masa untuk hangout. Maklumlah habis je viva, tekad nak terus kerja katakan...kejar masa nak cari "daun pisang"...maklumlah usia dah tua, "daun pisang" pun tadak. jangankan daun, anak pokok pun tadak...


Biarlah sebulan tu sekejap je lagi...tengah busy-busy cari bahan untuk report, dah habis bulan dua. Tengah sibuk nak compile kan semua report, dah viva...tengah sibuk siap untuk viva, dah kena submit hardcover report...pastu 18 April!!! barulah boleh yeay dengan riangnya, dihari-hariku heeyay! heeyay! nananana


Okaylah takmau risau-risau..ni entri habis simple...korang pun tadaknya lemas dah....aku pun sibuk dah nak fikir pasal projek mana nak ambil untuk present, untuk report, untuk segala-galanya demi sehelai kertas yang bernama sijil. 


Semua member sedang bertungkus lumus cari projek dan bersiap sedia untuk ke medan perang...aku baru nak asah pedang...silap hari bulan boleh kena pancung tanpa sempat angkat kepala. Naudzubillahmindzalik! Selagi ada masa dan peluang, insyaAllah semua boleh buat...

Untuk rakan taulan, member, kamceng, buddyz, bruh, bro, rakan kerja, nemesis, strangers, acquaintance dan tak kira pun siapa anda atau status anda....selamat meneruskan hari-hari terakhir semester akhir...semoga kalian dilindungi rahmat Ilahi dan kita semua dapat grad bersama. Jaga diri dan berhati-hati dalam semua aspek dan segi.

Okay....tic toc tic toc....

thanx for reading...

14 comments

  1. Semoga dipermudahkan urusan ye sofie, tak lama lagi dah tu nak yehaa yeehaaa...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin!

      itulah kan kak...lepas tu hip hip hooray!

      Delete
  2. heee.. bestnya baca entry Sofie.. Lissa teda pengalaman sambung study.. tapi dapat baca pengalaman orang pun dah best! :D

    All the best, Sofie! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehhe...thanks lissa...malu i u puji gitu....

      insyaAllah ada rezeki lissa boleh sambung lagi....

      thanks lissa!

      Delete
  3. demi sehelai kertas bernama sijil :) fuhhh, nak berlapang dada tenang nak hadapi hari2 sebelum dapat sijil tuu, memang payah kann. kuat semangat sofie!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang payah...nafsu, syaitan, minda, hati, perasaan...semua berkecamuk bagai taufan katrina dan tsunami....huhuhuhu

      insyaAllah nina...terima kasih atas sokongan nina! u too!

      Delete
  4. cikgu cakap nanti saya pun kene buat mende viva tu. hehe. mula-mula tak tahu apa itu viva, kereta viva ke? ok, sekarang dah tahu :)

    semoga berjaya kak sofie :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalh kita tomo...viva? viva? acane sebut dia? ejaan macam viva..tapi kenapa sebut viva?...tu zaman noob ritulah...sekarang bila dah tau...cuaknya Tuhan tahu..

      semoga berjaya jugak tomo! thanks ya! ^_^

      Delete
  5. huhuhu demi sekeping sijil. tak lama dah tu. nikmatilah momen-momen terakhir kihkih :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? huhuhuhu nak nikmati pun macam tak berapa..but i will try my best!
      thanks fieyqa!

      Delete
  6. Waktu2 ini kena lebih sikit jaga kesihatan badan ( makan minum jaga ) kesihatan emosi dan jiwa k..:) InsyaAllah segala urusan dipermudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. emosi paling penting! hahahah...jiwa pun penting gak...
      insyaAllah...thanks kak ros!

      Delete
  7. Viva tu apa? Event or graduation day? Sorry la jarang dgr...

    Aku assume je la something yg mcm event meraikan kejayaan. Memang x sabar la nak tunggu viva tu kan, nak hilangkan beban yg ada skrg.

    Viva tu maybe best, tapi x bestnya bila jarang dpt jumpa member2 seperjuangan lepas ni. Good luck la papehal pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. viva tu dia macam presentation untuk project yang kita buat sepanjang praktikal based on report yang kita sediakan. lepas habis present kita akn disoal oleh panel.

      memang tak sabar nak tunggu, sebab kalau habis je viva, kira masa tulah nafas dah boleh hembus dengan leganya...kira unofficialy kita dah habis belajar...

      aku haraplah dia best...thanks bro!

      Delete

© SOFIEADIE. Design by FCD.