Cerita Lapok: Penang

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest
Move On zillion time
Too March stories
Self Care On A Budget
Pilihan kehidupan
Come back blog mission
Hari tu nak buat dah entry lepas balik dari jalan-jalan kat Penang, tapi tak sempat. Almaklumlah line pun bukan main ‘laju’ kalahkan siput terbang…Bestnya pergi jalan-jalan kan padahal tak sedar tu, duit pun PAMA lagi. Huhuhu
Uish, kalau duit sendiri…bukan dalam Malaysia je nak pergi, sampai ke German nu ha aku dah tawan! (Amin! moga jadi kenyataan…^_^ )
Masa cuti merdeka dua bulan yang lepas, sempatlah jejakkan kaki ke Penang. Sebagai apa orang kata, ambil syarat jelajah utara sementara masih kat sana. Alhamdulillah perjalanan 3H2M tu sangat berbaloi sampai rasa tak nak balik kau! Tak banyak sangat tempat dapat pergi, maklumlah time tu cuti umum plus dengan jem yang tak pernah berhenti dari pagi sampai ke malam! tapi tempat wajib macam Padang Kota, Batu Feringhi dan Bukit Bendera tu sempatlah…

Cantik giler lampu dia…nak boleh?? hahaha

*speechless*

otw ke Monkey Beach..ke beach monkey ek? hahah tak ingatlah pulak!

Masa naik ke Bukit Bendera..Pukul 8 pagi pun dah bersesak orang…

Bukan senangkan dapat jalan-jalan makan angin kat tempat orang kalau bukan kita yang belajar kat sana…memang hargailah peluang keberlianan begini…Tapi, misi aku nak makan ais krim dalam tempurung tu masih tak tertunai…so insyaAllah ada rezeki tahun 2020 nak ke sini lagi. InsyaAllah…(hahahaha semata-mata nak penuhkan misi tu…)
Iyalah, pergi hari tu tak dapat makan nasi kandar sebab ada member yang tak boleh makan makanan mamak, yang aiskrim tu pulak sebab jalan jem giler kat situ sebab ada program apa tah masa tu…so tak dapat pergi. Sempatlah jugak tengok cerita ‘Hitman: Agent 47’. Not bad lah cerita tu tapi lakonan Timothy Olyphant tetap terbaik!!!
Trip ni lebih kurang macam ala-ala ‘destinasi bajet’ gitulah..sebab overall kitaorang spent tak sampai RM200..(Sekepala) termasuk kereta, makan, penempatan, tiket masuk semua tempat, minyak, tol…(plus masa kunci tertinggal dalam bonet lagi…)…lepas ni bolehlah bajet-bajet nak spent berapa kalau nak ke sana lagi…
Plan berikutnya, insyaAllah ke Pulau Pangkor…

Keep reading on

Any thought?

0 thoughts on “Cerita Lapok: Penang”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Thank  
you
 for reading