Seorang itu bebas

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest
“ASSALAMUALAIKUM”

(ini bukan khayalan, tapi realiti yang tak pernah wujud…)

Dengan bertemankan radio Sinarfm, burger daging 2.50 dan sebotol mineral. 
Tadi, atau dengan kata lainnya dah semalaman aku membelek blog blogger-blogger yang legend r, yang kalau aku baca, aku akan baca dari awal penulisan sampailah sekarang. Sebab blog dorang tak jemu untuk dibaca, ditatap, dibuat berfikir dan macam-macamlah..

Antaranya blog Mr.K, cEro, dan banyak lagi blog lain yang buat aku rasa ‘bestnya blog diorang’
Tiap kali baca blog Mr.K, aku mesti tergelak. Entah celah mana lawak dia…sebab tu orang kata, kalau nak menulis, kena dari hati…baru sampai…Okay aku tau dua-dua blog tu milik ‘lelaki’. Aku suka tentang presepsi dan pandangan dorang tentang perempuan. Mana yang boleh buat teladan dan pengajaran, aku ambil iktibar. Macam cerita gadis 5.49 tu…

Kalau blog cEro tu pulak, aku rasa aku macam masuk dalam dunia Uth…ala Uth watak novel Pingu Toha tu…Aku tak tahulah kenapa dunia Uth tu macam lama-lama termasuk dalam dunia realiti aku…atau aku watak novel yang terkeluar ke dunia realiti??? hahahahah (tak habis merapu…)

Pernah tak rasa macam tu?

Sebenarnya apa yang menyebabkan aku bagi statement ni, adalah hari tu aku lepak dan study dengan dua orang kawan aku, yang aku susah nak cakap apa status diorang. Iya, aku tau aku ni penyemak…even dorang cakap 
Mana adalah….tak sukalah cakap macam tu…”

Tapi, aku sedar sebenarnya aku memang penyemak. Takpelah, aku tau selama ni kalau time final aku memang tak suka study group, aku lebih suka sorang. Tapi, bila tengok subjek yang memerlukan perbincangan, nak tak nak aku kena join the company. Tapi, aku benci perasaan tu. Perasaan dimana kau seolah tak wujud dan terpaksa buat macam kau tak ada kat situ.
 
Nak buat macamana, aku memang ada kat situ. Okay, paper yang perlu berbincang dah pun berlalu. Tak payah risau dah! Aku bebas! Bebas je nak bergerak sorang. Tak perlu rasa bersalah sebab menyemak atau rasa tak selesa….

Aku boleh sesuka hati nak lepak kat Academic Height dengan diari buku cerita, lagu…sampai pukul berapa pun tak kisah…Bebas giler rasa…borak dengan pokok ke rumput…jerit kat burung yang berterbangan betapa aku tak yakin dengan paper yang aku akan jawab…
Huh!

Luah pada angin dan bayu yang bertiupan tanpa jasad betapa aku akan rindu port lepak aku tu nanti. Betapa aku rindu dan cuba untuk lupakan A. A lagi…sikit-sikit A…
Eh, A pun tak pernah ingat engkaulah…Haduih!!!

Baik ingat Pyan…at least Pyan tu aku tak pernah jumpa. A? Taklah ni bukan isu ‘playgirl’ ke apa, 
[FYI rekod aku masih bersih untuk 23 tahun ni ea…HAHAHAHA gelak bangga! chit! Berlagak!]
Ni isu aku wujudkan watak novel dalam realiti, Pyan tu heronya Zulaikha Alias la…A tu heronya…
urm…menyesal ‘tengok bumbung rumah orang’…

Takpe, aku dah biasa macam ni….aku minat orang takpe…biar patah hati tu kita yang simpan…[even tak pernah bertegur sapa pun *_*]
Asalkan aku bebas….

p/s: lagipun A tu adik r..@_@

Keep reading on

Aksara

Aksara… Tidak semua boleh ditatap ramai pabila bercantum menjadi satu ayat, Tidak semua kata boleh …

Hey 2017, it’s time to Sayonara

Ada orang cakap 2017 will teach us to be strong. Dan ianya amat benar. So, …

Hidup seorang ambivert

Dear readers, Hari ini aku telah selamat keluar dari Gua Wakanda Mahismati (gelaran bagi rumah …

Raya, raya dan raya lagi-lagi raya tak habis raya……

“ASSALAMUALAIKUM”Kalau semua orang sedang bersupu-supu upload gambar raya keluarga, aku pun nak sibuk upload gambar …

Akim

Hari tu masa Matluthfi kawen, tadaklah aku sedu sangat. Pastu bila Akim kahwin, rasa dia …

Captain Philips: Based on true story

Captain Philips adalah salah satu movie Tom Hanks yang bermain dengan perasaan penonton. Dalam cerita …

Any thought?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *