Dinasihatkan penggemar
‘Running Man’ untuk tidak membaca entry ni.
Tengah aku layan
muzik video dak ‘The Wanted’ dengan senyuman tak berhenti, tetiba terdengar
hilaian tawa dari roomie aku. Mak aih! Seronknya ketawa kak?! Ish ish
ish….geleng kepala ajelah…maklumlah dah terbiasa dengan situasi macam tu.
Kalau nak tahu,
tu adalah salah satu dari symptom mereka yang layan running man. Gelak bagai
tak ingat dunia bhai! Dulu pernah gak r termasuk dalam kategori tu…tapi lelama
dah jadi bosan…tak bukan aku nak kritik mereka yang suka ‘Running Man’ ni, tapi
aku tak suka benda yang ‘kerana rating, kau sanggup kelihatan bodoh!’ *ops!*
Entahlah...tak
berminat untuk ‘join the club’. Urm, tak minat. Langsung? Entah…kekadang tu
boleh lah layan macam superman return ke, big bang ke, tapi tak delah addicted.
Just for fun. Rasa nak tengok, layan macam biasa. Tapi, kalau dah takde,
takdelah tercari-cari. Tak suka dikategorikan dalam golongan ‘K-Pop’. Tak. Tak
suka…ehem..*geleng-geleng*
Ish, agak risiko
jugaklah nak kritik ni, ada kena serang tak pasal-pasal dengan ‘die hard fans
RM’ karang. Haa, tak pasal-pasal masuk Metro;
“Blogger dikecam
kerana kritik RM!”
Maka ber’huhu’
jerlah nanti. Kena pulau silap hari bulan. Iya, kita faham dunia sekarang ni
semua tengah ‘angkat’ diorang. Kita tak bolehlah sembarangan nak menafikan
fakta tu. Tapi, janganlah sampai buat orang menyampah tau dak? Seolah orang
yang tak minat or tak layan RM tu
‘rugi’. Cuba bagitau sikit celah mana ruginya kalau tak follow up semua episode
RM tu?
Lain orang lain
pandangan. Ini hanya pandangan akulah kan sebagai orang yang akan ‘heh’ saja
bila dengar orang ketawa sakan layan RM. Aku hormat minat masing-masing tapi
tolong, tolong jangan sampai menganggu ketenteraman awam. Ni tidak,
tengah-tengah malam pun boleh dengar orang hilai tawa. Ish, ish, ish…mana tak
kecut perut kita nak ke toilet.
Takde salah untuk minat sesuatu, janji tahu had dan batasnya.
PnW!



Saya Sokong Yang Arif~
BalasPadam