Senario musim final exam

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest
Move On zillion time
Too March stories
Self Care On A Budget
Pilihan kehidupan
Come back blog mission

Masa final adalah masa dimana semua jenis tabiat manusia sedikit terserlah. Macam-macam cara, style dan gaya pembelajaran setiap manusia yang kita dapat kategorikan dalam beberapa kelas. Ilham entri ni pun aku dapat masa jawab paper ENT. Uish, ramai giler manusia keluar awal, maklumlah paper senang…pastu aku pulak berkira-kira nak keluar. Iyalah ada 45 minit lagi. Kalau keluar awal, nak buat apa…45 minit berangan ke nak teruskan hidup? hurm….
Maka aku ambil keputusan stay sampai habis masa…

Di bawah pemerhatian akulah kan, sepanjang bergelar student tak kira sejak sekolah rendah sampai ke Negara china, kita mesti akan jumpa jenis manusia macam ni time final. Confirm! (confident je kan?) takdelah ni just sikit je…agak-agak lah kan, kita ni kategori mana?

1) Manusia yang nampak relax je, tapi perform giler result! Padahal kita tengok dia jarang buka buku, pergi library pun bukan feveret dia, jumpa lecturer pun kadang-kadang je…pastu keluar dewan pun awal je…jeles betul dengan manusia macam ni…


2) Yang ni pulak jenis manusia yang pulun berhabisan, yang mana tak faham dia mesti tanya orang. Kadang-kadang tu, dapatlah AD kadang tu tak dapat. (Hurm,…aku rasa nilah kategori aku..huhuhu) 

3) Manusia yang ketiga ni dia sangat rajin. Semua persoalan yang dia tak faham dia akan bukak masa esok atau lusanya nak final. Masa tu segala soalan yang tak pernah ditanya dalam exam pun keluar jugak. Kita daripada yakin dengan apa yang kita baca dan faham, boleh jadi ragu-ragu. Tapi, bagusnya orang macam ni dia akan buat perbincangan dua hala. Tapi, kan bagus kalau dia tanya masa awal sem, bukan malam final.  

4) Hah, yang ni manusia yang akan mengeluarkan statement yang sama setiap kali hujung semester dan final.

“Aku rasalahkan, sepanjang pergi kelas, aku tak pernah faham pun subjek tu pasal apa. Memang blur habislah! Bila final baru ‘hijab’ tu terbuka…”

5) Kategori akhir ni pulak, manusia yang akan perhati je perangai manusia kat atas. Dia jenis yang relax, kadang-kadang pulun berhabisan, Bila orang tanya, semua ‘Okay’ je dia jawab. Macam jenis berkecuali lah.

So, aku bet korang mesti pernah rasa semua situasi kata atas kan? Kalau tak sama pun, mesti lebih kurang je ‘peel’nya…bak kata pepatah melayu ‘banyak orang banyak ragam’.

Hebatnya Tuhan yang ciptakan manusia…Subhanallah!

Keep reading on

Any thought?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Thank  
you
 for reading