Dalam ramai, pasti ada yang merasa sendiri Rasa itu bukan mereka yang pinta Ia hadir kerna merasa jiwanya lara... Lara tak terubat tanpa seb...

Ramai...

By | Oktober 13, 2016 7 comments

Dalam ramai,


pasti ada yang merasa sendiri


Rasa itu bukan mereka yang pinta


Ia hadir kerna merasa jiwanya lara...


Lara tak terubat tanpa sebarang penawar


Dia kecewa hingga merasa ke hempedu pahitnya


Beribu ubat pun takkan boleh merawat rasa itu...


Dia tenggelam dalam dunia khayalannya


Seperti dunia cermin


Dikala orang ramai berjalan ke hadapan


Dia semakin melangkah ke belakang


Pabila orang menuju ke kiri


Dia pula ke kanan


Rawan tak bertepi


Cuba diusir sejauh mungkin


Namun semakin menghantui


Hati sudah tiada perisa


Tiada pewarna...


Terasa mahu sendiri


Namun takut dikata pentingkan diri


Bila ramai,


Merasa kecil hingga ke dasar bumi...


sedih,


Sayu...


Sedih tak berair mata


Namun hati terhiris luka


Dan tenggelam dalam darah imaginasi yang dicipta oleh minda...



Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

7 ulasan:

  1. sedihnya puisi tu... T.T tambah dengan lagu dari blog sendiri. OMG~ bertambah feeling dia..

    BalasPadam
  2. Mood tengah kucar kacir dan,setabut dgn org ramai, tetiba baca entry niih . Fuuuhhh, rasa mcm ada org tolong terjemahkan perasaan ketika ini. T___T

    BalasPadam
  3. huhuhuhu...inilah perasaan itu...sukar diluah..apatah lagi utk diterjemah....

    BalasPadam