2710 Empat tahun berlalu.. Tanpa khabar tanpa berita Tanpa suara, tanpa cerita... Kau hidup kau, aku hidup aku.. Hari ini khabarnya, hari is...

1027:2710

By | Oktober 27, 2016 Leave a Comment

2710


Empat tahun berlalu..


Tanpa khabar tanpa berita


Tanpa suara, tanpa cerita...


Kau hidup kau, aku hidup aku..


Hari ini khabarnya, hari istimewa dalam hidup kau..


Tapi, aku buat tidak endah


Kau siapa dalam kalendar hidup aku?


*sengih sumbing...*


Selama ini kau simpan tarikh keramat kerana kau tak mampu bersua


Kau hipokrit!


Penakut dengan diri sendiri...


Cukup!


Aku tak mahu menuduh lagi...


Biar hanya aku yang tertuduh..


Empat tahun seperti semalam..


Kau dah banyak berubah...aku?


Masih ditakuk lama.


Berubah?


Mungkin ya mungkin tidak...


1027


Rahsia? Tiada!


Aku sudah lama beralih arah...


Kerna aku tahu aku bukanlah terbaik didunia..


Mungkin dimata kau juga....


Hakikat itu aku tidak pernah menolak...


Benar, ia benar...


Jangan cuba kau menafikannya...


Semoga kau berjumpa dengan bahagia yang kau cari...


Selamat hari lahir untuk kau, dan kembar...


2710..


.kek, birthday, ulang tahun

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

0 comments: