Kelam Kelibut!

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest
Move On zillion time
Too March stories
Self Care On A Budget
Pilihan kehidupan
Come back blog mission
Empat minggu already huh? Okaylah, empat minggu itu memang sekejap. Sekejap giler! Tunggang terbalik, tunggang terbalik punya jadual, sedar tak sedar…dah habis bulan pertama. Hari ni…(pada masa aku menulis post ni…), dah masuk minggu ke-5. Yang bermaksud, perang sudah bermula!

Takbir!
Allahu akbar!
Takbir!
Allahu akbar!

sibuk, takde masa, busy

Allahu…tak terkejar dek akal untuk catch up semua benda. Gitulah hidup student ye kawan-kawan. Semua benda nak dikejar. Akademik, rohani, fizikal…memang kena stabil dan seimbang. (InsyaAllah…) Hilang satu, cacatlah kita…cacat tu, tak dapat dilihat…tapi dapat dirasa…rasa kosong!

Terlalu fokus pada akademik, tanpa ambil pusing soal rohani, mungkin aku akan lebih mudah untuk alpa, leka, cuai dan kemungkinan besar…hilang tunjang utama yang menjadi pemegang untuk aku berdiri teguh pada hari ini.

Fokus pada rohani….insyaAllah dapat fokus pada hal akademi…

Fizikal?
Sudah tunggang terbalik bagai rak nak terbalik menampung segala buku atas kepala, maunya cacat jiwa…maka aku kena sediakan ruang untuk tenangkan balik kondisi tubuh..

Tarik nafas dalam-dalam, sedalam tenggelamnya kapal van der wijck…

Pukul 2 pagi, mata masih menatap segala tugasan yang ditulis pada papan putih. Semua masih belum bertanda. Menunjukkan satu pun tugasan tidak diselesaikan sepenuhnya sepanjang hujung minggu…

– sabtu; pergi pds.
– ahad; pds lagi..
– senin; laundry, kemas kini time table…pastu…jadi tourist guide tak bertauliah…(padahal sendiri pun masih tercongak-congak setiap kali naik public transport…)

Isnin kelas pack. Selasalah satu-satunya hari untuk pulun otak. Stabilkan mana yang tertinggal pada hujung minggu…syukur masih bernafas walau terpaksa bersesak…Terasa jugaklah betapa kelam dan kabutnya bila hidup tiada perancangan…

Bukan tak ada, cuma tak ikut…sendiri buat, sendiri langgar…apa daa…

Okay..done bebel…aku tabiklah kepada student yang berjaya harungi semua cabaran dengan tenang…aku patut belajar teknik tu…ya…aku perlu belajar teknik bertenang…tak semua kerja aku dapat langasaikan dalam sehari…tapi sedikit, sedikit…lama-lamakan habis jua

Jawapannya, istiqomah beramal…

Istiqamah =  consistent

Sungguh benar…perkara paling susah dibuat adalah…beramal secara berterusan setiap hari tanpa jemu…

Tepuk dada, tanya iman..

Sebelum berakhir, sudilah kiranya kalian menonton video tugasan seorang dari kawan saya (yang asal dari you tube…). Topik dia pasal K-culture. Dia kongsikan pendapat dan presepsi mengenai dunia hiburan korea…FYI, dia juga termasuk dalam korean-fans…^_^!

dan aku dapat rasakan, lambat laun, aku pun terpaksa mempromote video tugasan sendiri jugak nanti…ngeee T_T! 
Thanks for reading! 

Keep reading on

Any thought?

0 thoughts on “Kelam Kelibut!”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Thank  
you
 for reading