Farewell October!

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest
I heart Ramadhan 1440H
Peluang
Endgame dan Hantu Kabel
Move On zillion time
Aku tahu, orang dah mula tertanya…mana aku yang dulu? aku yang suka berhujah tentang hidup, tentang apa yang berlaku terhadap sekeliling dia, terhadap benda kecil hatta span pun nak dibahaskan…(padahal takde orang kisah pun….hahahaha)
Aku pun rindu..sayangnya setiap kali ilham untuk “me-rant-ing” itu datang, musuh tradisi aku merangkap sahabat untuk aku hidup; (masa) selalu dengki. Makanya, semua ilham itu telah tersumbat ke salur pencernaan sehingga setiap kali selepas makan aku terpaksa membuangnya. T___T
Aku dah penat! aku dah penat untuk pendamkan semua rasa itu. Dah sebulan aku buat auto publish dan setiap kali tu jugak aku rasa jiwa tak tenang. Rasa macam entri aku dah expired macam roti yang tak dimakan seratus tahun! Rasa macam aku penipu. Penulis yang menipu rasanya dengan menajakan entri lama. Aku benci rasa itu. Ianya buat aku rasa serba tak kena…serba salah dan rasa tak jujur…
Padahal benda tu bukan orang tahu pun…samada auto publish ke, dah expired ke apa…tapi aku tetap tak tenang…dan aku tahu semua orang busy…tapi tetap bagi entri segar setiap hari…aku ni yang dok risau sibuk…kononnya lah nak fokus bagai…padahal, asal bukak je lappy connect to wifi…benda pertama dibukak lepas email adalah blog! Chiss! berdebah kau yuha!
kl sentral, nu sentral, jalan raya, kereta, bangunan
Ini view masa visit site sambil ‘minum air’
Dan, keaslian entri itu aku akan pulangkan minggu ini…ya minggu ini…aku akan post setiap kali aku rasa jiwa kacau…setiap kali ada ilham dan setiap kali perubahan angin monsun melanda…
Sekarang, semua orang balik. Sebab nak tolong jiran buat maruku…(kalau balik nanti takde maruku siaplah…)- okay…sebenarnya tidak pun- itu hanya lawak hambar kepada yang balik even cuti weekend takde penambahan pun sebenarnya… tapi aku syukur…sebab at least aku dapat ketenangan jiwa…
Hah! tenanglah sangat…so far hari ini aku rasa damailah…tinggal kat bilik sensorang, ditemani OST Anohana, dan bayu malam yang tak pernah sampaikan salam aku pada A…sebab bayu tahu A dah ada orang lain…dan aku disini patah dahan…choi!!! -jangan percaya..ini statement angin semata-mata…-
Life sekarang?
-tak busy pun- sebab masih lagi boleh layan Arrow, Gotham dan The Flash season baru macam biasa…cerita yang buat aku sedar sebenarnya hidup itu bukan hanya ada kita seorang…bukan lemahkan jiwa tapi teguhkan. -hujah untuk menolak drama yang digilai ramai…- urgh!-
So far, hidup korang pulak macam mana? 
Aku tak tahu kalau aku ada bertembung dengan korang ke tidak…sebab dah tiga minggu lepas, aku banyak main sekitar kl sentral, ampang,…macam tu lah..mostly aku jalan seorang. Sebab aku lebih selesa begitu. Bahaya? Iya, aku pun risau…tapi kalau jalan beramai itu serupa aku jalan sendiri, baiklah aku jalan sendiri…lagi satu, memang takde orang nak temankan…busy + kegawatan ekonomi…-takpe aku faham itu…-
Kenapa aku tak guna gambar sendiri untuk mengambarkan situasi yang berlaku? -bahaya…-
Ingat tak pada dunia cermin? Dimana apa yang kita tunjuk adalah pantulan kepada apa yang kita sembunyikan….- Alasan! sebab selalunya masa peristiwa tu berlaku aku dok ralit hayati suasana…apa kata orang ‘Carpe Diem’? 
Masih lagi belum puas untuk hanyut dalam aksara. Perasaan ini dah lama sangat aku pendam hingga jadi pekasam yang baunya mungkin ambil masa seminggu untuk hilang. Sebenarnya banyak cerita…aku nak ceritakan betapa bengangnya hidup bila waktu tidur diganggu selama seminggu, betapa banyaknya monyet yang nak hidup berjiran dan betapa ramainya kawan aku bernama afiq hingga makhluk yang aku gelarkan ‘nabiyusuf’ itu pun bernama Afiq! Apakah tiada nama lain??? Dalam banyak-banyak nama kenapa Afiq?!
(Fiq, kalau kau terbaca entri ni or entri akan datang yang guna nama kau ke apa, sila jangan perasan…sebab kau ni mudah sangat perasan…dah dah gi main jauh-jauh nu dengan kpop…)
Itulah orang pesan, jika ada idea jangan pernah pendam…sebab once dia datang, dia takkan ada lagi ulangan…kalau ada pun dah tak sama rasanya macam kali pertama dia terjah…
Ha, lagi satu cerita….hari tu aku nak derma darah…tapi tak dapat dek kerna darah cair T_____T…excited ni nak derma…tapi tak lepas…sayangnya lahai…at least aku dah tahu darah aku AB! yeay!!

Okaylah tu je kot entri merapu meraban lepas geram ni…jangan risau aku akan kurangkan bahasa yang sukar diterjemah dek akal…mungkin ada tapi once a week la kot…
Jangan lupa bulan 12 ni ada contest dari aku ^_^…insyaAllah…hadiah dah ada tinggal pemenang je lagi takde…(nak beli kasut toys story!!!- okay ni kena cerita lain ni…tak cukup cerita kat sini…)
sushi, air, sakae sushi
Hantu sushi punya pasal…mula je sepinggan…
k chow lu! pape roger!
calm snowi see star-

Keep reading on

Any thought?

0 thoughts on “Farewell October!”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Thank  
you
 for reading