2710 Empat tahun berlalu.. Tanpa khabar tanpa berita Tanpa suara, tanpa cerita... Kau hidup kau, aku hidup aku.. ...

1027:2710

By | Oktober 27, 2016 Leave a Comment
2710
Empat tahun berlalu..
Tanpa khabar tanpa berita
Tanpa suara, tanpa cerita...
Kau hidup kau, aku hidup aku..

Hari ini khabarnya, hari istimewa dalam hidup kau..
Tapi, aku buat tidak endah
Kau siapa dalam kalendar hidup aku?
*sengih sumbing...*

lilin, cahaya,

Selama ini kau simpan tarikh keramat kerana kau tak mampu bersua
Kau hipokrit!
Penakut dengan diri sendiri...

Cukup!
Aku tak mahu menuduh lagi...
Biar hanya aku yang tertuduh..

Empat tahun seperti semalam..
Kau dah banyak berubah...aku?
Masih ditakuk lama.

Berubah?
Mungkin ya mungkin tidak...

1027
Rahsia? Tiada!
Aku sudah lama beralih arah...
Kerna aku tahu aku bukanlah terbaik didunia..
Mungkin dimata kau juga....
Hakikat itu aku tidak pernah menolak...

Benar, ia benar...
Jangan cuba kau menafikannya...
Semoga kau berjumpa dengan bahagia yang kau cari...
Selamat hari lahir untuk kau, dan kembar...
2710..

.kek, birthday, ulang tahun
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

0 comments: