Blend in, Stand out

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest

Sebenarnya aku tidaklah sesegar mana untuk berkongsi teori kehidupan pada waktu begini. Tapi disebabkan otak aku tak boleh fokus sepanjang dua tiga hari ni, aku terpaksa muntahkan segalanya sebelum ia menjadi tengkorak berulat dan busuk membangkai dalam diri.

Sambil mencari muzik latar yang sesuai agar idea berjalan dengan lancar, aku mulakan kupasan teori ini dengan melihat 20 tahun hidup ke belakang dan juga kehadapan.

Kenapa tidak sekarang?

Sebab, aku nak kau nampak perbezaan antara fasa perubahan dalam hidup kau.

Pemikiran ini semakin bergolak bilamana hari yang selama ini dihitung kita bersama telah menjadi realiti.

“Normal ke kalau kita sedih dengan perpisahan macam ni?” tanya sang sahabat.

Aku angguk bersahaja. “Normallah tu…” kata seolah perpisahan itu suatu perkara yang terbiasa. Manakan tidak, seawal usia 12 tahun aku sudah terpisah asing dari keluarga, hingga kini rasa itu seolah suatu kedamaian. ‘Bahaya kau ni…’ umi pernah berkata.

Aku pandang umi, dengan persoalan ‘Kenapa pulak?’. Umi hanya diam sebab tidak tahu mahu terangkan bagaimana. Mungkin talian komunikasi kami telah lama bersilang arus. Entah…

“Saya pernah baca..yang orang kata pertemuan, perpisahan semua tu kan, hanya sekadar mainan perkataan yang dicipta oleh minda untuk bagi kita rasa kesedihan. Betulkan?”

Allah, Ain,,,,kaulah satunya manusia yang imaginasi kita boleh bergabung saat berbicara. Aku pun pernah terbaca kenyataan itu. Tapi, entahlah…barangkali hati ini sudah dingin salju membeku semenjak bila, aku pun tidak tahu. Jadi bila dipisah, terpisah ini bagi aku ia sekadar suatu detik yang aku akan gabungkan bersama menjadi satu video berlatar belakangkan tema yang sesuai.

Apa fasal aku rasa penyampaian kau kosong malam ni?

Sebab jiwa itu telah hilang diragut kehidupan yang serba berselarut mengejar modenisasi duit dan berakhir dengan…aku tak tahu…

“Lepas habis belajar, agak-agak kita senang tak nak jumpa lepak macam ni?” tanya Ain lagi. Rakan penghujah bersama Teori Penyu.

“Nak tak nak kita terpaksa blend in dengan kehendak kehidupan. Yeah, memang hidup perlukan passion tapi sekadar passion tanpa blend in, kita tak kemana, sebab kita masih tak mencipta sejarah agung. Kemodenan kini memaksa kita untuk menjadi seperti mereka…”

Taipan terhenti, melangu seketika…’Ain, next time kita borak, nampak gayanya memang kena rekod…’

“But how we’re gonna to stand out after we blend in the society?”

Tetapkan prinsip hidup, pendirian diri dan kenal diri sendiri dengan lebih terperinci baru kita tahu yang keunikan kita bukan sekadar teori. Tapi, untuk berdiri setelah lama mencangkung itu bukan senang. Samada kitakan selesa dengan cangkungan itu kerana sudah tidak merasa kewujudan kaki akibat kekebasan atau kita menyeringai kesakitan akibat kebasnya kaki dan kita pilih untuk stand out…”

How?

Kau tahu jawapannya. Kenal pasti punca kebasnya kaki tadi itu, dan kau kawal ia dengan sebaiknya…

atau…

jangan pernah lupa warna usul kau…

span atau iguana? tanyamu…

Terpulang bagaimana kau mahu tafsirkannya. Ayah aku bilang, jadilah seperti ikan. Hidup dilaut masin, tapi tak pernah memasinkan dirinya…

Blend in, stand out….

Tapi aku yakin, bilamana kau pilih untuk mengaplikasikan teori ini, kau akan merasa seperti Lone Wolf…Asing benar rasanya. Sehingga mahu berbicara pun kau lupa apa itu A BA TA…A BA CA…

Kenapa nak stand out?

Kata nak cipta sejarah menjadi lagenda bukan sekadar mitos….

Kalau semua orang nak stand out, apa uniknya??

Yang mentafsirkan unik itu abstrak, sama seperti cantik, sempurna, sedap dan lainnya…

Tak rasa ke manusia yang stand out ni orangnya pelik-pelik dan sebenarnya mereka tak betah untuk blend in?

As long as kita bekerjasama sebagai satu pasukan, dan kemudiannya membawa hala tujuan sendiri, bagi aku itu sudah memadai untuk hidup harmoni.

Stand out buat kita punya identiti yang tersendiri. Tiada copy paste, tiada ikutan dari mana-mana budaya dan bukan sekadar ikutan semata-mata…sebab kita sudah kenal mana letak duduknya diri kita untak berpasak dimuka bumi ini.

Taipan panjang berjeda….kenapa tidak kau hidup sekarang? Itukan lebih menyenangkan. Appreciate the present, they said.

I will.

Esok hari yang panjang untuk aku masuk dalam blender, dikisar halus oleh kemahuan dunia. Aku harap, selepas fasa 49 hari ini, aku masih punya kudrat untuk stand out dengan lebih utuh…itupun kalau daging-daging manusiawi dan rohani aku masih kental dalam menyatukan balik jasad untuk aku berdiri…sebab kadang aku rasa, isinya sudah lama tiada. Sebab itu bilamana masuk blender, yang keluar adalah sisa tengkorak. Menghasilkan tarikan pada bau neraka…

Aku takut tersalah masuk blender dan end up aku tersekat di dasarnya hingga aku tak jumpa jalan untuk stand out…

Blend in stand out ini semacam sudah sesat ke horizon lanun yang karam tamakkan harta karun…

Keep reading on

Ahlan wa Sahlan Ya Ramadhan…

Salam Ramadhan kepada semua umat Islam yang menyambutnya diseluruh dunia. Macam mana first day Ramadhan? …

Bintang

Ada apa pada bintang? * ** *** ☆ ☆☆ ☆☆☆ ★ ★★ ★★★ 🌟 🌟🌟 …

Simply Segmen by Shawal & Sofie

Holla gais! As you can see, I have made a collaboration with one of our …

Tiga sisi

Alhamdulillah masih berpeluang hidup dan membebel dekat laman yang kian pudar warnanya. Hah! So, hello …

Music…describe everything…

Sepatutnya aku letak title post ni dengan tajuk: Jenis muzik yang aku akan dengar. Tapi, bila …

Gamophobia

Gamophobia. Orang kata maksud dia adalah seseorang yang fobia pada komitmen seperti perkahwinan. Gamo itu …

Any thought?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *