Perubahan habitat

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest

Aku tak tahu nak mula dari mana. Aku tak tahu bagaimana untuk bercerita.

Part 2 podcast aku, takkan didedahkan trivianya. Nanti sampai masanya aku akan kongsilah ye…untuk hari ni, aku cerita trivia kenapa perubahan habitat itu perlu.

Semalam aku join program anjuran MASMED UiTM. Program usahawan yang julung kalinya aku join. Banyak membuka minda dan otak jugaklah bila join program macam ni. Ia lagi meletakkan diri ini berada di kerak bumi.

Bagusnya bila ada rasa macam ni adalah dia membantu kau untuk muhasabah, reflect balik diri…refresh balik plan, objektif, misi dan visi hidup. Macam biasa bila join program baru untuk pertama kalinya, aku lebih suka diam dan memerhati. Suka tengok gelagat, keletah dan karenah manusia-manusia yang berada dalam ruang tersebut.

Tapi tadaklah diam sampai tak buat engagement dan connection, buat jugaklah…sebab kau join program dimana ramai daripadanya adalah bisnes man/woman etc. Ada yang humble, ada yang havoc, ada yang…macam-macamlah! Aku? hahahaha aku ni minah sesat entah dari mana-mana tah yang suka join program hanya semata-mata nak tengok orang. Walhal, dekat tepi jalan pun boleh tengok orang.

Hurm….teringat kata-kata speaker masa hari kejadian,

  • kita kena bezakan hobi dan bisnes
  • hobi adalah sesuatu yang kita perlu keluarkan duit untuk gembira
  • manakala bisnes adalah, yang memberi kita duit

Aku dekat fasa mana? -Hobi @ Bisnes ??-

Aku sebenarnya kurang gemar untuk label benda yang aku buat. Aku buat sebab aku nak buat, dan dia adalah suatu benda yang dapat membantu aku lupakan kekecohan dunia realiti. Ia buat aku rasa happy (yep it’s seem like a hobby for them), ia buat aku rasa bertanggungjawab untuk lakukannya…walau ia tidak menjana apa-apa keuntungan.

Okay, katalah sekarang aku tengah internship. Dan aku buat 5 side project.

Podcasting –

sebab aku tak jumpa podcast yang kena dengan jiwa, jadi aku buatlah podcast yang macam mana jiwa aku nak. Sama macam teori penulis buku. Aku adalah pendengar setia podcast sendiri. Pesanan dari masa lalu incase future aku lupa daratan. Lagi satu sebab impian nak jadi deejay radio tak kesampaian, jadi….kita buatlah radio sendiri…senang! Kaulah bos, kaulah deejay, kaulah editor, kaulah producer, kaulah pendengar, kaulah segalanya. Kau malas, channel kosong, kau rajin boleh gain listener selain dari kau sendiri.

Blogging –

yang ni memang hobi, sebab aku suka tengok sentuhan jemari aku hidup dalam dunia maya. Blog ni aku design sendiri tau. Tulisan dia takde ciplak dari mana-mana. Original dari otak dan rasa aku sendiri…adalah jugak orang nak bayar, tapi aku tak jadikan blog sebagai lubuk menjana pendapatan. Ada, ada…takde, takde….bila set otak yang blog ni aku buat untuk kaut untung, automatik ayat dia jadi tak sedap. Plastik dan sebagainya….jadi, aku biarkan ia santai dan profesional.

Format editor –

yang ini aku kena buat betul-betul sebab aku dah daftar bawah SSM. So, ia adalah side bisnes yang aku tak jadikan sebagai main income juga tapi membantu aku untuk meningkatkan ilmu pengetahuan setiap hari. Aku buat sebab minat dan nak tolong orang. Ia adalah bisnes santai yang dibuat atas dasar suka pada perkhidmatan yang memudahkan urusan orang ramai. InsyaAllah ia akan membesar. Masih banyak yang perlu dibelajar.

Faktor yang buat aku suka formatting adalah, aku nak galakkan orang suka belajar, suka buat research, suka self-exploring, suka pada ilmu….aku sedih betul dengan mereka yang walau dah masuk universiti dah habis belajar pun masih come out dengan ‘tak suka membaca dan belajar serta praktis’.

Zalora Contributor

Sama jugak macam blog. Ia adalah hobi, in different level. Join Zalora ni aku belajar banyak benda jugak. Dari segi penulisan dalam bahasa English, bina keyakinan dalam menjadi penulis yang professional, no pasar pasar, no slang dan sebagainya…The best part is, ia adalah mimpi yang menjadi realiti. Masa kecik dulu aku pernah berangan nak jadi penulis dan editor bagi majalah Bintang Kecil, Remaja, Nur…

Part-time worker

Oh yang ni sebab aku nak duit lebih. So yeah…ia adalah secondary duit poket kala sesak dan self finance untuk aku established projek Orang dan Nilediting. Since korang pun tahu yang aku tak ambik PTPTN, jadi aku lebih suka ada duit lebih-lebih tanpa sebarang ikatan.

Selain daripada tu jugak, life part time ni dia best sebab membantu gila untuk soft-skill dan skill yang lainnya. Paling crucial sekali, time management skill dan self-motivated skill. Yelah, life ni sunyi kot. Sepi, takde orang faham sangat. Kalau ada pun lane tak sama. Nak tak nak, hanya kau sorang je yang dapat membantu diri kau sendiri.

Internship life

Sebab ia wajib. Inilah benda sepenuh masa aku patut buat. Tapi kalau tak self explore dengan benda-benda lain seperti perkara yang disenaraikan, kemungkinan…aku kekal di takuk yang aku sendiri tak suka.

Aku rasa aku pernah coret entri macam ni. Kalau tak silap dalam….Tiga sisi dan Purpose of living. So, setiap kali aku ubah tujuan hidup….macam nilah cara untuk yakinkan diri yang it’s okay start small start none…. kau hanya bersaing dengan diri sendiri saja. Takpe….(pujuk diri sendiri >_<!)

Kenapa perubahan itu perlu?

Sebab ia membantu meluaskan perspektif kita terhadap kehidupan.

Okaylah…panjang pulak….see ya when I see ya!

Till then!

Keep reading on

Semangat setiakawan

Dengarlah daku berceloteh; Dua malam berturut-turut aku ngan classmates berhabis kerat tulang nan 14 nih …

Keunikan sebuah kehidupan

Aku tak tahu macam mana nak mulakan entri santai. Sebab terlalu biasa guna bahasa kiasan, …

Official Launch of Orang podcast on 1441H

Sepatutnya aku up entri ni semalam. Yup, semalam sempena kemasukan tahun baru Hijrah yang ke …

5 Tips to moving to Washington

Washington. D.C attracts a lot of people in the world. After all, it is a …

Hard Feeling huh?

Samaada aku yang overthinking atau minda aku ni langsung tak kenal erti senyap??? Setiap benda …

Kenapa Tandas?

Hi there!   Kenapa tandas?  Percaya atau tidak privasi manusia ketika di tandas adalah 100% …

Any thought?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top