Pilihan kehidupan

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest
Move On zillion time
Too March stories
Self Care On A Budget
Pilihan kehidupan
Come back blog mission

Dalam tahun ni, kemungkinan aku akan tamat belajar. InsyaAllah. Doakan segalanya dipermudahkan.

2019 adalah tahun dimana aku patut pilih untuk fokus kehidupan sebagai seorang pelajar. Yup! Betul-betul belajar. No more part time work, no more cari gali sisi yang aku tahu lambat laun iakan pergi. Itulah hidup. Yang datang akan pergi, yang hidup akan mati.

Pilihan itu tak akan sentiasa jelas. Ia sentiasa ada dua, tiga, empat atau lima jalan yang perlu kita tapis. Itu cara Dia agar kita sentiasa merujuk pada Yang Kuasa. Dia beri pilihan, sepertimana Dia kurnia Hidayah. Kita, dengan ilmu yang dangkal, iman yang senipis helaian kajang, perlu minta pada Dia…dipermudahkan segala urusan.

Sampai bila pun, pilihan kan sentiasa ada. Ada kos melepas, faktor yang perlu diambil kira.

Macam sekarang, adik aku baru sudah STPM, dihadap dengan berjuta pilihan. Mana hala tuju, ikut hati atau tunjuk kata ibu. Dia pun tak tahu. Pening haru biru! Kesian pun ada, tapi nak buat macam mana…aku sebagai kakak yang sekadar wujud memenuhi mayapada ini, hanya mampu mencucuh akal dia dengan setitis dua hikmah.

Kuasa pilihan tu sebenarnya ada dalam diri setiap orang.

Tapi, disebabkan faktor luaran, kita jadi kecut perut untuk dengar kata sendiri. Iyalah, segala yang dipilih sekarang itu seolah pantulan masa hadapan. Ambil kos ini, kata ramai akan menganggur. Mana tidak serba kena dibuatnya.

Dari sudut pandangan aku, benda memilih kos ni sebenarnya bukanlah suatu yang kau perlu fedup, bergaduh, tarik muka bagai nak rak semua. Ia adalah suatu proses dimana kau perlu enjoy the moment of understanding your true desire. Tak perlu gelabah, tak perlu kalut. Rezeki Tuhan semua ada jaminan. Bukan sebab kos yang dipilih, bukan jugak sebab universiti yang kau masuk dan bukan jugak sebab keputusan yang kau agungkan.

Semua tu asbab. Tuhan kata ‘Kun’ maka ‘Fayakun’.

Usaha ya kita usaha. Tapi jangan lupa Dia. Tuhan sangat suka bilamana kita libatkan Dia dalam setiap urusan kehidupan kita. Nampak remeh, tapi itulah dia indahnya hidup bersama Ilahi. Mana ada manusia yang tahan kita rengek dekat dia minta nasihat selalu. Tapi, dengan Tuhan, Tuhan lagi suka. InsyaAllah, proses kehidupan yang seterusnya itu semacam smooth. Semacam lancar dan terasa ringan.

Lepas dah dapat setiap apa yang kita nak, tadah tangan, syukur. Usaha lagi, doa dan tawakkal.

Senang kan nak kasi ceramah free dekat orang. Aku pun masih bertatih lagi libatkan Tuhan dalam setiap keputusan. Kadang lupa, terasa angkuhnya dengan Tuhan. Bila tak jadi, marah diri sendiri. Bodoh sombong tak bertempat.

Bila dah pilih, belajar untuk YAKIN. Yakin setiap keputusan itu adalah yang terbaik dari Dia untuk kita. Berhenti, berhenti salahkan diri sendiri dan orang lain. Belajar untuk berdamai dengan Takdir.

Dari sisi hidup aku yang sekarang, aku pilih untuk berhenti kerja sambilan, dan fokus pada dunia pembelajaran (sambil selam celup update blog). Memang rasa lain. Otak kau senget benget, jadual hidup dari kelawar kena jadi ayam. Memang pening. Sampai FYP yang orang lain dah submit, aku masih terhegeh-hegeh bersengkang mata nak buat pembetulan. Sedih, cemburu sebab ketinggalan. Tapi itu lah pilihan awal yang aku buat tak pakai otak. Jadi tanggunglah risiko sendirikan.

Jadi, buat adik-adik yang masih mencari dan mengkaji pilihan kalian, pilihlah diiringi dengan Dia. Dia tahu kamu tidak tahu, Dia tahu kamu buntu…jadi call-lah Dia.

Semoga dipermudahkan segala urusan dunia akhirat. InsyaAllah.

Keep reading on

Any thought?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Thank  
you
 for reading