Orang bercerita, kita sibuk mendengar. Orang berhujah, kita sibuk jua membantah. Orang kata tidak, kita keras memaksa Hingga orang terpaksa ...

Simbolik

By | Ogos 19, 2018 Leave a Comment

Orang bercerita, kita sibuk mendengar.


Orang berhujah, kita sibuk jua membantah.


Orang kata tidak, kita keras memaksa


Hingga orang terpaksa akur pada suatu yang dia tidak mahu...


Kenapa diberi simbolik?


Kenapa memaksa setelah ditolak?


Kenapa mahu lari seolah tak punya salah?


Kenapa?


Jika benar tiada salah, hadapi seperti dewasa


Hatta anak kecil pun berani bersemuka jika buat salah.


Ya, lupa anak kecil jujurnya tidak sampai ke besar...


Mahu salah siapa?


Persekitaran?


Didikan?


Ironiknya yang berkata jua tidak pernah jujur


Simboliknya selalu terkeliru


Hingga terasa memperguna yang qudus untuk memperoleh sesuatu


Apa agaknya rasa sebegitu?


Entah.


Simboliknya, sukar untuk ditolak.


Sukar untuk berkata tidak.


Sukar sehingga terpaksa menebal muka seolah tak punya maruah


Paling teruk seperti orang tiada agama dan tidak belajar syariah...


Terlalu mudah bagi sesetengah manusia adalah jerih bagi sesetengah makhluq lain


Tanggapan remeh sekelompok manusia adalah isu serius makhluq lain


Kenapa perlekeh?


Atas hakiman siapa yang memerhati, kata mereka


Atas hukum sendiri langsung tidak diambil kira.


Biarlah...


Biarlah kata dia...


Benar tidak, dia berdarah


Jatuh terjelepuk ditengah kota kegelapan untuk jillion kalinya


Tiada siapa kisah


Tiada siapa peduli


Ya, lolongan sendu tidak berlagu


Teriakannya syahdu


Sayangnya tiada yang tahu...


Sayangnya...memang diakan mati dahulu...


Tidak lahir, jiwanya yang pergi seperti kamu mahu..


Simbolik itu dipandang sepi


Tidak kiralah sejuta maharnya


Jika maruah bagai diinjak


Tiadalah guna pada harga


Simbolik gila menerobos jiwa sang peneroka yang sentiasa dahagakan kata bahasa dan kualiti


Kualiti yang jarang dicari bagi sesetengah manusiawi yang memenuhi bumi


Simboliknya, dia sudah tidak peduli


Hatta melaung teriakan agama tapi tingkahnya tidak sama


Dia rela lari...


Dia pilih untuk lari...


Dari terkambus dalam hipokrasi....




Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

0 comments: