Simbolik

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest

Orang bercerita, kita sibuk mendengar.

Orang berhujah, kita sibuk jua membantah.

Orang kata tidak, kita keras memaksa

Hingga orang terpaksa akur pada suatu yang dia tidak mahu…

Kenapa diberi simbolik?

Kenapa memaksa setelah ditolak?

Kenapa mahu lari seolah tak punya salah?

Kenapa?

Jika benar tiada salah, hadapi seperti dewasa

Hatta anak kecil pun berani bersemuka jika buat salah.

Ya, lupa anak kecil jujurnya tidak sampai ke besar…

Mahu salah siapa?

Persekitaran?

Didikan?

Ironiknya yang berkata jua tidak pernah jujur

Simboliknya selalu terkeliru

Hingga terasa memperguna yang qudus untuk memperoleh sesuatu

Apa agaknya rasa sebegitu?

Entah.

Simboliknya, sukar untuk ditolak.

Sukar untuk berkata tidak.

Sukar sehingga terpaksa menebal muka seolah tak punya maruah

Paling teruk seperti orang tiada agama dan tidak belajar syariah…

Terlalu mudah bagi sesetengah manusia adalah jerih bagi sesetengah makhluq lain

Tanggapan remeh sekelompok manusia adalah isu serius makhluq lain

Kenapa perlekeh?

Atas hakiman siapa yang memerhati, kata mereka

Atas hukum sendiri langsung tidak diambil kira.

Biarlah…

Biarlah kata dia…

Benar tidak, dia berdarah

Jatuh terjelepuk ditengah kota kegelapan untuk jillion kalinya

Tiada siapa kisah

Tiada siapa peduli

Ya, lolongan sendu tidak berlagu

Teriakannya syahdu

Sayangnya tiada yang tahu…

Sayangnya…memang diakan mati dahulu…

Tidak lahir, jiwanya yang pergi seperti kamu mahu..

Simbolik itu dipandang sepi

Tidak kiralah sejuta maharnya

Jika maruah bagai diinjak

Tiadalah guna pada harga

Simbolik gila menerobos jiwa sang peneroka yang sentiasa dahagakan kata bahasa dan kualiti

Kualiti yang jarang dicari bagi sesetengah manusiawi yang memenuhi bumi

Simboliknya, dia sudah tidak peduli

Hatta melaung teriakan agama tapi tingkahnya tidak sama

Dia rela lari…

Dia pilih untuk lari…

Dari terkambus dalam hipokrasi….

Keep reading on

Bila blog hilang kompas…

Siapa pernah rasa macam ni? Rasa macam blog korang dah jauh dari motif utama korang …

Dapat Hadiah Dari Cikla!

Alhamdulillah rezeki hari Jumaat.  After buka lapisan pertama  First of all, aku nak ucapkan ribuan …

Kawan…

Kawan itu… Tidak dihitung pada waktu gembira, Tapi dibilang pada waktu berduka Kawan itu.. Satu …

“Terbaik Dari Langit”

Bila tengok je preview cerita tu masa awal keluar dulu, terasa macam nak sangat tahu …

Soalan???

“ASSALAMUALAIKUM” Q:1. Banyak-banyak novel @ buku yang korang baca, buku apa yang watak dia bersatu dengan …

Araustralia dalam kenangan: Part 2

Salam Ramadhan kawan-kawan. Hari ni, angin monsun dari utagha menyerang Miri lagi. Masa nak mintak alamat …

Any thought?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top