Imaginasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest
Pilihan kehidupan
Come back blog mission
Blog Migration Notice
Hilang
Imaginasi
Menurut Kamus Bahasa Melayu, Imaginasi memberi maksud ‘kebolehan menggambarkan sesuatu dalam fikiran; apa-apa yang digambarkan dalam kepala.’
Aku tak tahu apa sebab aku nak berhujah dan mengkaji erti kata imaginasi. Mungkin sebab minda aku dah mula berimaginasi perkara yang tak tergapai dek akal. Atau berfikir sesuatu yang mempunyai potensi samada positif atau negatif. Entah!
Light, dreams
Imaginasi.
Karya Ramlee Awang Murshid, aku dah khatam. Tapi itu imaginasi beliau. Bukanlah imaginasi versi aku. Apa yang beliau tulis atau gambarkan boleh jadi sama atau bertentangan dengan apa yang aku bayangkan. Takde orang boleh marah pada sesuatu yang kita imaginasikan. 
Imaginasi.
Bebas! Tiada sempadan dan halangan. Mungkin ada batasnya dalam berimaginasi. Ada aturannya selagi tidak mendatangkan dosa. 
Imaginasi seolah punya sandaran pada mimpi dan angan-angan. 
Tiada bersifat namun dapat dibayangkan. Sukar untuk diterjemahkan dalam sebarang platform dan medium. Tapi tidak mustahil untuk dijadikan kenyataan. Pelik benar bunyinya…
Tercari maksud dibalik kebarangkalian menjadikan imaginasi itu suatu igauan. 
Jika apa yang digambarkan itu menjadi nyata, alhamdulillah…
Jika sebaliknya, belajar untuk redha.
Entah. Imaginasi liar boleh buat aku tersalah sangka pada Dia…Naudzubillah!
Apa yang kau cuba sampaikan padaku wahai imaginasiku?
Aku sukar untuk memahami mesejmu jika ia dalam kondisi abstrak. 
Seolah memanggil dan terpanggil oleh sesuatu yang aku sendiri tidak tahu apa maksudnya. 
Apa helahnya, atau apa hikmahnya….
Entah….
Berharap segala imaginasi inikan menjadi realiti dengan menyandarkannya pada doa. Doa…doa…ampuhnya bisa tembus dimensi imaginasi yang aku geruni. 
Yakin. Sandar pada Yang Pasti.
Usaha. Doa. Tawakkal.
Pagi dan malam. 
Hentian sebuah imaginasi pabila realiti menjelmakan diri.
water spark
#doakanyangterbaik

Keep reading on

Any thought?

0 thoughts on “Imaginasi”

  1. Setiap manusia memang ada daya imaginasi masing-masing, cuma olahan imaginasi tue bergantung pada pemikiran yang ada kalanya matang, ada kalanya seperti kebudak-budakan…

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Thank  
you
 for reading