Start living, stop comparing

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest

Siapa pernah tengok kartun ‘Trolls‘?

“He who cntrols the Trolls control the kingdom. And I am He!”

Itu adalah trademark bagi watak antagonis dalam cerita ni. Tapi entri ni bukan berkaitan dengan review cerita Trolls. Ini adalah entri tentang…mencari bahagia dalam hidup.

Bergens makan Trolls untuk bahagia.

Tapi kekalkah kebahagiaan mereka? -Tidak!-

Ia adalah mindset Bergens. Padahal mereka boleh bahagia tanpa perlu membunuh warga Trolls.

Bahagia itu bukan satu pengorbanan yang tidak adil. Ia adalah satu keseimbangan dalam hidup. Ia adalah konsep ‘give and take’.

Perkara pertama untuk ubah presepsi dalam hidup kita adalah, ubah minda kita.

Aku tahu, situasi ubah minda tu bukan macam ubah nasi putih jadi nasi goreng. Bukan juga macam tukar duit seringgit kertas menjadi dua keping syiling 50 sen. Bahkan lebih dari itu. Bak kata DAO, untuk berjaya kita perlu tutup mulut biawak dalam kepala kita. Setiap orang ada bela biawak dalam kepala.

Buktinya, bila terlalu banyak membandingkan hidup kita dengan orang lain. Kenapa tidak kita buat hidup kita juga sehebat dan setanding mereka dengan cara ‘Start living and stop comparing‘?

..

(Dah macam ceramah pulak. 😅)

Tak salah untuk membanding. Ia salah bila kita hanya banding tanpa sebarang tindakan untuk memajukan diri. Biar cuba dan gagal dari tak pernah cuba.

Malu?

Siapa tak malu bila gagal?

Hatta kalau repeat paper pun malu dengan kawan sendiri. Inikan pulak kalau kena repeat proses harungi hidup. Buat itu gagal, buat ini gagal. Tapi, gagal selepas usaha itu sesi pembelajaran namanya.

How to start living? 

Terlalu banyak jawapan Google akan bentangkan sejurus kita menaip soalan ni pada ruangan search.

Dan bagaimana seorang sofie mahu start living her life?

Kalau korang tanya aku pada 10 tahun dulu, mungkin aku akan jawab; ‘Lantaklah apa yang orang nak fikir pasal kita, janji bahagia.’

Tapi kalau korang tanya aku sekarang, aku hanya senyum dan jawab; ‘Just be yourself”

Samakan jawapan dia? Cuma struktur ayat berbeza. Lebih matang? Mungkin! Sebenarnya semua orang tahu jawapan itu. Semua orang tahu….

Kalau diberi peluang merantau ke tempat orang, pergilah. Sebab jauh perjalanan luas pemandangan. Luas jua pemikiran bahkan hidup akan lebih bermakna bila kita sudah mula menghargai erti sebuah kesusahan.

Comfort zones adalah silent killer. Mungkin dia tak bunuh kita secara fizikal, tapi dari segi mental dan emosi.

Impian aku paling besar adalah mahu menjadi nomad seperti Zahariz Khuzaimah. Berjalan dan bermusafir serata bumi Tuhan. Alam adalah rumah. Teruja, tapi dalam masa yang sama takut bukan?

Nomad? Alaa lelaki senanglah nak jadi nomad, tak bahaya ke kalau perempuan jadi nomad? ← ini adalah salah satu statement yang dikeluarkan oleh biawak dalam kepala.

Hentikan dan bunuh biawak itu. Dan sekarang alhamdulillah, biawak itu seakan sudah dibunuh pada musim ‘kemarau’ yang lalu. Musim itu, jatuh berdarah pun kau tak sedar sebab hati tegar semangat juang kau telah tekad untuk ubah nasib hidup kau.

Hikmah gagal adalah kekuatan jiwa.

Hikmah berjaya lagi nikmat setelah gagal.

Stop comparing!

Dulu aku cemburu dengan sebilangan manusia yang tak pernah berpisah dengan keluarga mereka. Aku cemburu lihat keluarga mereka sering ziarah setiap minggu dekat asrama. Menangis? Tipulah kalau masa awal dulu aku kata aku tak menangis. Dan aku sedar, masa itu telah mengajar aku erti rindu dan pengorbanan.

Hikmahnya? Campaklah kemana pun, insyaAllah aku boleh survive.

Dalam diri kita semua ada satu suara kecil meronta untuk bebas. Bebas dari biawak dalam kepala, tapi selagi kita benarkan suara biawak itu mengawal tindakan kita lebih dari suara kecil itu, selagi itu kita tak akan berjaya.

Cara bebas dari biawak ni, banyakkan membaca dan cari kawan baru yang sama misi dengan kita.

Proses seterusnya, kita harus bersedia untuk berubah.

I believe when I see it.

To be happy we don’t need to eat the Trolls.

Happy is come from within not from the outside. You know who can make you happy. -YOU- 

Change your mind and you will change your world.

InsyaAllah, prosesnya lebih mudah untuk berubah ke arah lebih baik.

Salam Jumaat dan let’s live the life with full of happiness!

Keep reading on

Salam dari Miri…

Holla! Alhamdulillah…akhirnya kami (aku dan adik aku) selamat mendarat di tanah tumpah darahku….ibu pertiwiku…… Rakyat …

Pistachio Baskin Robbins??

Panas panas gini makan aiskrim memang sedap. Lagi-lagi kalau dapat offer dari Digi. Ah! jangan risau …

Aksara

Aksara… Tidak semua boleh ditatap ramai pabila bercantum menjadi satu ayat, Tidak semua kata boleh …

Gifts Less Ordinary: A luxury corporate gifting

A warm reminder: Kindly leave if you don’t like to read about the sponsored post. …

Kenapa pilih Huawei P9?

Holla there! Baru nak timbul balik selepas seminggu misi pencarian smartphone paling awesome kurun ini. …

Soal tentang sebuah Impian

Impian.  Semua orang ada impian. Impian besar, kecil, jangka masa yang panjang atau pendek. Apa …

Any thought?

0 thoughts on “Start living, stop comparing”

  1. Sis setuju dgn stop comparing & biaq pi apa org kata.. Berdasarkan pengalaman sis sikap asyik fikir apa orang kata memang tak ke mana..

    All the best to you!

  2. Sangat penat! tapi once kita belajar untuk berhenti dari semua tu, satu kepuasan yang abadi.
    ^_^

    Istiqamah tu lagi susah dari bangkit…semoga Allah mudahkan kita semua untuk terus beristiwamah dalam semua kebaikkan yang dilakukan.

    Amin.

  3. Kita selalu ingatkan diri sendiri, memang kita kalau boleh nak puaskan hati semua orang. Tapi trust me, penat. Asalkan buat benda yg insyAllah kita percaya tak lari dari agama, puaskan hati sendiri. Nak puaskan hati A, nanti B tak puas hati. Biarlah, memang Allah ciptakan makhluknya berbeza-beza. Tugas kita ialah menerima setiap antara kita. Masa ni lah nampak macam apa yg Sofie kata, tak salah membanding tapi biarlah perbandingan yg membina. Jangan sesekali niat nak menjatuhkan orang lain sebab hidup ni memang macam roda. Semua yg naik memang akan turun. Iman pun macam tu kan. Cumanya nak cepat naik bila dah turun tu yang memang perlu usaha keras.

    Yep, setuju. Kita yang akan buat diri kita happy.

    hanisamanina.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *