Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua!
Sebelum memulakan entri dengan lebih lanjut, bersamalah kita menghadiahkan Al-Fatihah kepada Prof.Izzi yang baru saja pergi tengahari tadi...Al-Fatihah...
Masa awal masuk UiTM dulu, time MDS akan ada satu ujian Matematik. Dimana ia mengasah balik skill matematik kita. Time tu, aku jawab semberono je...sebab of courselah yang banyak guna formula tu aku tak dapat jawab. Even dia kasi berjuta pun formula. Lepas tu, aku fail!
Maka naiklah nama aku dalam senarai pelajar yang mengikuti kelas intensif matematik. Sebelum sesi kelas bermula, Prof. Izzi telah menjadi motivator untuk pelajar lain yang seangkatan dengan aku. Motivasi dari beliaulah yang membantu aku untuk dapat A dalam setiap subjek yang memerlukan kiraan...dan hari ini, beliau telah pergi...amanlah beliau disana....
Dari Allah kita datang, kepadaNya jua kitakan kembali...
Ramadhan tahun ni, terlalu banyak berita sebegini berlaku dikalangan orang yang aku kenal, atau mungkin keluarga aku kenal...terasa begitu dekat sangat dengan waktunya. Setiap hari, bila ada sesuatu ganjil yang berlaku, hati mesti terus berdetak...
Ya Allah, jika ini Ramadhan terakhir kami, Engkau bantulah kami untuk menjadikanNya yang terbaik antara yang terbaik sepanjang hidup kami... -Amin-
Hari Jumaat yang penuh barakah...semua orang impikan untuk 'pergi' pada hari Jumaat. Semoga diperkenankan olehNya...
Salam Lailatul Qadar...


salam sofie , baru tahu yang prof izzi dah tak ada Innalillah
BalasPadamsepanjang duk arau , dua tiga kali je terserempak dengan dia
BalasPadamdulu dia mengajar dungun, saya masuk dip dungun dia transfer arau
BalasPadaminnalillaahiwainnailaihiroojiun
BalasPadamDulu slalu dengar motivasi prof izzi dkt tv atau radio. Terkejut bila dpt tahu dia meninggal
BalasPadamAl-Fatihah.. semoga beliau di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman :)
BalasPadamInnalillah. DariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali. Semoga prof dan kita mendapat husnul khatimah. Amiin.
BalasPadamSelamat berbuka puasa pada awak... :)
BalasPadamInna lilahi wa inna Ilaehi Rajiun. We pray Almighty Allah admit him into al-jannah.
BalasPadamDulu selalu dengar Prof. Izzi dr radio je.
BalasPadamSantai je ceramah dia, pendek pulak tu tapi sampai.
Semoga dia diberkati-Nya.
"Renung-renungkan, dan selamat beramal"
al-fatihah..
BalasPadamsalam yana, samalah saya pun baru tahu bila tengok jadi trending kat twitter....
BalasPadamsaya kind of kerap jugak sebab selepas kelas prof. kelas kitaorang...ada satu sem tu...
BalasPadamowh......
BalasPadamsamalah....tapi sejak dah lama tak dengar radio kenal2 kat uitm pulak...
BalasPadamAmin...
BalasPadamAmiin!
BalasPadamawak juga kak syikin :D
BalasPadamyalahkan....
BalasPadamAmin!
BalasPadamAmin...
BalasPadamtanpa kita sedar, waktu semakin berjalan dan giliran kita pula akan tiba. semoga kita selalu ingat pada Nya
BalasPadamselamat hari raya.
BalasPadamAssalamualaikum Sofie, selamat hari raya Aidilfitri..Maaf zahir dan batin walaupun tak penah bersua wajah.. :)
BalasPadamselamat hari raya., maaf zahir batin
BalasPadamAmin!
BalasPadamsalam aidilfitri :)
BalasPadamWaalaikumsalama kak shikin :)
BalasPadamsalam aidilfitri jugak...
selamat hari raya jugak...and MZB :)
BalasPadam