The Other Side of Bazaar

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest
Assalamualaikum! Kabare kalian semua? Alhamdulillah sihat seiring dengan berlalunya Ramadhan. Harapnya semua begitulah…Pergh! Seminggu zebby-zebby dengan rutin Ramadhan, baru hari ni dapat taip dengan amannya….fuh! (acah-acah tengah lap peluh kat dahi…)
Hari tu, aku pernah cerita yang tahun ni kitaorang (refer kepada aku dan beradik lain) ada bukak bazaar. So, dalam lebih kurang sepuluh hari ni, macam banyak sangat kisah, karenah, pe’el, telatah di bazaar yang buat kitaorang senyum, marah, gembira, muram, sedih…argh! macam-macamlah! (give me five untuk sape yang pernah join bazaar…)

The Other Side of Bazaar.
Bermacam cerita tersimpan yang pembeli takkan pernah faham. Sama macam masa aku jadi pembeli dulu. Aku tak pernah faham peniaga kat bazaar. Kenapa harga sekian sekian yang langsung tak padan dengan makanan sekian sekian….dan begitulah proses jual beli berlangsung hingga ke penghujung Ramadhan…
Bazaar ni dia seronok. Proses jual beli dengan orang. Mestilah dengan orang…adoyai! Kira macam lingkungan sosial aku, tanpa sedar macam dah bertambah…walhal aku takut dengan orang. Spekulasi mainan perasaan yang buat diri sendiri jadi paranoid-sedikit sebanyak dah berkurang. Sekarang aku hidup situasi sebenar. Realiti! Bukan lagi masa silam atau masa hadapan. 
Bila kita dah tahu betapa susahnya membuat sesuatu barang, kita takkan berkira dengan nilai. Sebab kita faham…
Tipulah kalau aku kata tak pernah terliur tengok barang jualan peniaga kiri kanan depan belakang…maunya ikut nafsu setiap hari nak membeli. Dengan air pelbagai warna plus hipster pulak…teringin nak merasa…tapi benda camtu, sekali cukuplah. Ambil syarat merasa…jangan sampai kempunan sudah!
Saingan tinggi woh! Takyah cakaplah…sebab tu kalau betul nak jaga nama gerai…kualiti tu sangat penting. Nak menjadi peniaga jujur dengan kualiti ni dugaan dia tinggi. Kadang terikut dengan emosi…kalau dapat pembeli yang faham, alhamdulillah…kalau tidak….sabar ajerlah….
The Other Side of Bazaar
Untung ke meniaga kat bazaar? -Tertakluk- Rezeki masing-masing sukar ditebak. Saat paling bahagia sepanjang kat bazaar, bila semua barang jualan habis. Happynya sampai senyum ke langit! Terima kasih kerana sudi membeli ^_^
Sorrylah…masih belum ada gambar gerai lagi…nantilah….tak menyempat nak tangkap gambar T_T
Huargh….dahlah kot cerita pasal bazaar ni..chow lu…thanks for reading!
p/s: masa awal taip tadi berlambak cerita nak cerita, bila start taip…puf! hilang terus semua….=_=!…

Keep reading on

Perbezaan antara Geomatik Tulen, GIS dan Sumber Alam.

Holla there! First of all, aku nak ucapkan terima kasih kepada beberapa orang yang sudi …

Bagaimana mencari pekerjaan selepas tamat pengajian?

Universiti atau kolej tidak menyediakan kita kehidupan yang sebenar. Jika kita seorang pelajar sepenuh masa, …

Araustralia dalam kenangan: Part 1

Entah angin pantai mana menyeru semua memori dari utara ni…tak sangka 2016 muncul sebagai tahun …

Plaster dan Platform B2

Ceritanya selalu tidak berkait. Ceritanya, selalu tidak habis. Jarang pernah ditemui jawapan. Selalu kepusingan mencari …

5 Tips To Buying A Home in Sea Pines

Buying a home can be one of the most excruciating and overwhelming experiences more so …

How’s the Ramadan?

Ramadhan tahun ni adalah paling……nak kata hambar tu, takdelah hambar sangat. Alhamdulillah makan semua cukup. …

Any thought?

0 thoughts on “The Other Side of Bazaar”

  1. kan??? sebab tu kitaorang selalunya akan beli makanan tu kalau betul2 rasa nak makan dan makanan pada hari tu tak banyak…kalau tak, kirim salam ajelah…

  2. bahayanye pergi bazaar bila pergi dgn perasaan lapar dan takde aim nak makan apa (untuk family sy). end up akan beli lebih dari yg perlu dan penat bila kena jadi tong sampah. haha

  3. belum pernah lagi jejakkan kaki ke bazaar,parents selalu suruh ikut tapi tu lah malas k malas plus takut rasa dahaga nanti hahaha T_T

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top