Ceritera Ramadhan...

June 24, 2016

Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua! 
Sebelum memulakan entri dengan lebih lanjut, bersamalah kita menghadiahkan Al-Fatihah kepada Prof.Izzi yang baru saja pergi tengahari tadi...Al-Fatihah...


Masa awal masuk UiTM dulu, time MDS akan ada satu ujian Matematik. Dimana ia mengasah balik skill matematik kita. Time tu, aku jawab semberono je...sebab of courselah yang banyak guna formula tu aku tak dapat jawab. Even dia kasi berjuta pun formula. Lepas tu, aku fail!

Maka naiklah nama aku dalam senarai pelajar yang mengikuti kelas intensif matematik. Sebelum sesi kelas bermula, Prof. Izzi telah menjadi motivator untuk pelajar lain yang seangkatan dengan aku. Motivasi dari beliaulah yang membantu aku untuk dapat A dalam setiap subjek yang memerlukan kiraan...dan hari ini, beliau telah pergi...amanlah beliau disana....

Dari Allah kita datang, kepadaNya jua kitakan kembali...

Ramadhan tahun ni, terlalu banyak berita sebegini berlaku dikalangan orang yang aku kenal, atau mungkin keluarga aku kenal...terasa begitu dekat sangat dengan waktunya. Setiap hari, bila ada sesuatu ganjil yang berlaku, hati mesti terus berdetak...

Ya Allah, jika ini Ramadhan terakhir kami, Engkau bantulah kami untuk menjadikanNya yang terbaik antara yang terbaik sepanjang hidup kami... -Amin-

Hari Jumaat yang penuh barakah...semua orang impikan untuk 'pergi' pada hari Jumaat. Semoga diperkenankan olehNya...

Salam Lailatul Qadar...

30 comments

  1. salam sofie , baru tahu yang prof izzi dah tak ada Innalillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam yana, samalah saya pun baru tahu bila tengok jadi trending kat twitter....

      Delete
  2. sepanjang duk arau , dua tiga kali je terserempak dengan dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya kind of kerap jugak sebab selepas kelas prof. kelas kitaorang...ada satu sem tu...

      Delete
  3. dulu dia mengajar dungun, saya masuk dip dungun dia transfer arau

    ReplyDelete
  4. innalillaahiwainnailaihiroojiun

    ReplyDelete
  5. Dulu slalu dengar motivasi prof izzi dkt tv atau radio. Terkejut bila dpt tahu dia meninggal

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah....tapi sejak dah lama tak dengar radio kenal2 kat uitm pulak...

      Delete
  6. Al-Fatihah.. semoga beliau di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman :)

    ReplyDelete
  7. Innalillah. DariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali. Semoga prof dan kita mendapat husnul khatimah. Amiin.

    ReplyDelete
  8. Selamat berbuka puasa pada awak... :)

    ReplyDelete
  9. Inna lilahi wa inna Ilaehi Rajiun. We pray Almighty Allah admit him into al-jannah.

    ReplyDelete
  10. Dulu selalu dengar Prof. Izzi dr radio je.
    Santai je ceramah dia, pendek pulak tu tapi sampai.
    Semoga dia diberkati-Nya.

    "Renung-renungkan, dan selamat beramal"

    ReplyDelete
  11. tanpa kita sedar, waktu semakin berjalan dan giliran kita pula akan tiba. semoga kita selalu ingat pada Nya

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Sofie, selamat hari raya Aidilfitri..Maaf zahir dan batin walaupun tak penah bersua wajah.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalama kak shikin :)
      salam aidilfitri jugak...

      Delete
  13. selamat hari raya., maaf zahir batin

    ReplyDelete

© SOFIEADIE. Design by FCD.