Ahlan wa Sahlan Ya Ramadhan…

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest
Move On zillion time
Too March stories
Self Care On A Budget
Pilihan kehidupan
Come back blog mission
Salam Ramadhan kepada semua umat Islam yang menyambutnya diseluruh dunia. Macam mana first day Ramadhan? Sempat bersahur tak? Kalau sempat, alhamdulillah…apa? tak sempat? Takpe, boleh cuba lagi esok. Yang paling penting, niat puasa jangan lupa…
Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk menyambut ramadhan tahun ini. Dan untuk pertama kalinya selepas 12 tahun, aku dapat puasa penuh dekat rumah. Takde asrama-asrama atau kolej atau rumah sewa untuk masa ni. Fully at home! ^_^
Aku pun tak tau apa perasaan puasa penuh dekat rumah…mungkin jimat sikitlah kot! sebab tak perlu ke bazaar setiap kali nak ber’sungkei’ (padah orang sarawak  sungkei ya berbukak puasa…) Kalau puasa kat tempat orang, biasanya aku jadi pembeli ja…tu pun kadang sampai tak tau nak bukak puasa dengan apa walaupun gerai bazaar sampai lima puluh nam puloh…
Masa tu, aku kena planning betul-betul dan tanya perut dengan wajarnya untuk menu bukak puasa. Bajet takleh lebih dari 8 hinggit. Makanan berat: RM5, air: RM2, kuih: RM1. 
Kadang tu datang mood semua benda terliur, mau habis nak dekat 50! Giler punya nafsu makan uncontrollable! Air beli air KKN yang 4 ringgit, nak ayam goreng pulak, kuih kalau boleh semua jenis ambik. Donut lagi…plus kalau hari tu ada kerja site…(ni zaman kat Arau ritulah…) Kadang tu bukak puasa sampai ke KP pun ada…sebabnya, kes cari tapak survey yang tidak diketahui kedudukannya….haila haila, rindu pulak ngan deme-deme tu…huhuhuhu
Kalau masa dekat umah sewa Kelantan dedulu, boleh jimat sikit. Sebab nasi boleh masak. Air boleh bancuh. Jadi beli lauk jerlah. Kalau rasa nak makan kuih muih, share je duit dengan housemate…
Tapi, tahun ni disebabkan puasa dekat rumah, maka kitaorang jadi penjual. Jadi sukalah aku nak menjemput perantau-perantau yang berpuasa di Miri untuk datang ke bazaar dekat stadium Miri. Boleh jumpa kitaorang kat sana…hahahaha =_=!
Menu apa ya? Mana bisa kasi tauk…datang ajalah nengoknya…gerai nombor 112. Bazaar kali ni adalah kali pertama aku join secara penuh. Biasa aku join masa nak dekat-dekat raya…sebab baru cuti masa tu. Sekarang, dari first puasa sampai ke raya dekat rumah. Maka involvement dalam pembuatan menu di bazaar dan hari raya akan ada 60% air tangan aku…mungkin 50% atau 40%….huhuhuhu

Nice to meet you Ramadhan!
Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Kepada kawan-kawan aku yang di Langkawi, Selangor, Perak, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Kedah dan juga Sabah, Selamat Menyambut Ramadhan dari Miri. (Aku asingkan Langkawi dengan Kedah, sebab aku masih tak boleh terima hakikat yang Langkawi tu daerah Kedah….T_T) 
Tak lupa buat semua rakan blogger dan seluruh umat Islam di muka bumi ini, Salam Ramadhan!
Okaylah itu saja short update untuk hari ni. Dah macam ucapan salam perantauan pulak aku rasa…hahahahaha…

So, tahun ni korang sambut puasa dekat mana? 

Ada yang puasa dekat negara yang siang dia panjang tak? Kalau ada, semoga bertabah and all the best for you all.

Last but not least, I represent to you one of my favorite Ramadhan songs…

Thanks for reading and listening!

Keep reading on

Any thought?

0 thoughts on “Ahlan wa Sahlan Ya Ramadhan…”

  1. puasa dekat rumah famili takyah pening fikir menu…pindah ke mana tu? huhuhu

    pening kepala? maybelah kot…first day tu..

    selamat berpuasa juga πŸ™‚

  2. Tahun ni sambut dekat rumah famili.
    Rasanya tahun depan dah tak sambut sini sebab Abah dah pencen dan akan pindah. Hehehe

    Puasa first macam extra pening kepala sebab maybe otak tak cukup gula.
    Tapi tu biasa. Lama-lama nanti okay laa tu.

    Selamat berpuasa πŸ™‚

  3. salam πŸ˜€
    alhamdulillah dah tahun kedua…air KKN tak pernah beli? saya beli sebab dah ketagih! hahahhah
    satunya lagi KKN hanya ada kat sana, kat miri masih belum jumpa lagi…

  4. wah, ramainya kawan kak sofie! hehehe. tak salah lagi memang jimat bajet bila berpuasa kat rumah. sy pernah tengok berita pasal negara yang waktu siang hari dia tu lama sangat. dugaan betul.

    selamat menyambut ramadan al-mubarak kak sofie πŸ˜€

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Thank  
you
 for reading