Latest Posts

Matahari... Masa aku sem dua, kitaorang ada field site astronomy. Masa tulah aku korbankan mata aku yang sedia rabun+silau tahap langi...

Matahari...

Masa aku sem dua, kitaorang ada field site astronomy. Masa tulah aku korbankan mata aku yang sedia rabun+silau tahap langit ketujuh ini demi selesaikan tugasan tu. Habis je semester dua, pergilah buat speck mata baru..mak aih! Terkejut bukan kepalang bila diberitahu yang power aku almost +-900...nganga sekejap....

Dan power tu aku masih guna sampai sekarang...nak turun memang lambat lah..
[even banyak produk mata sekarang ni, tapi aku old school...makan je carrot..tengok benda hijau..itupun jarang buat...sebab tu power lambat turun..]

Takpelah, ni bukti yang untuk meraih sesuatu, kita perlu korbankan sesuatu.

Aku nak markah bagi subjek astronomi maka aku perlu korbankan mata aku. Adil!



sambungan dari "Rant on Matahari #1"
next series

Matahari... Orang yang baru jumpa aku mesti akan tanya; Orang baru: Power speck mata kau berapa? Aku: Adalah dalam 800 kot! Or...

Matahari...

Orang yang baru jumpa aku mesti akan tanya;

Orang baru: Power speck mata kau berapa?
Aku: Adalah dalam 800 kot!
Orang baru: Wow, tingginya! Patutlah speck kau nampak tebal dan besar...
Aku: Oh...ni sebab aku suka tengok matahari...

Sebenarnya aku tak suka pun tenung matahari, matahari tu yang dok tenung aku setiap hari...nanti kalau aku marah, ‘nangis’ je tau...siap cabut semua pokok lagi...’nangisnya’ pulak kalau siap ‘hentak-hentak kaki’ tu yang bahaya..so, untuk elak dari matahari ni ‘merajuk’, aku tak boleh nak komen apa-apa. Aku kena terima seadanya matahari tu. Even sampai boleh menaikkan power mata aku. Pasrah!


sambungan:

  Salam satu dunia! Kita bertemu lagi dalam sesi "Soal Jawab bersama Sofieadie" dimana wartawan kita kali ini adalah calon ...

Salam satu dunia!
Kita bertemu lagi dalam sesi "Soal Jawab bersama Sofieadie" dimana wartawan kita kali ini adalah calon SPM 2016 iaitu Aishah Qairina. Sebelum saya menjawab soalan dari beliau, suka saya ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi tag saya. 
[Aduh! sejak bila aku jadi penulis akhbar ni?!]

Okaylah, aku tak nak serius-serius dihari yang panas terik ni...Meh tengok soalan yang ditanya oleh adik manis kita nih.
1) Apa movie kegemaran korang?
Toys Story! [kalau boleh aku tak nak Andy tu besar, sebab bila Andy besar, itu tandanya aku yang dah tua..*sad story bruh!*]

2) Perangai orang yang macam mana korang paling tak suka? dan nyatakan 2 sebab.
Aku tak kisah dengan perangai manusia ni selagi mereka pandai hormat antara satu sama lain. Respect tu penting! [sebab manusia sekarang ramai pelik-pelik...so biarlah mereka begitu asalkan bahagia...]

3) Warna kegemaran korang? Dan macam mana korang boleh suka warna tu?
Hitam! Just perfect.

4) Berapa orang sahabat korang dan kenapa orang tu dikira sebagai sahabat korang?
Biarlah rahsia...

5) Pernah bergaduh dengan adik-beradik? selalunya bergaduh sebab apa?
Alangkan lidah pun boleh tergigit, inikan pulak adik-beradik...tapi air yang dicincang tidakkan putus...sebabnya biarlah jadi memori anak cucu akan datang...[hahahaha]

6) Pilih nak masuk pintu Syurga atau Neraka? apakah amalan nak masuk pintu yang korang pilih? Bagi 6 amalan yang korang buat untuk masuk pintu yang korang pilih..
[Bila baca soalan ni, tetiba aku rasa macam seat paper PQS dengan PSI masa SPM dulu...]

Adik, tiada manusiakan pilih pintu neraka untuk mereka walau amalannya tidak kearah itu. Tapi siapa tahu hati manusia bukan boleh ditebak dengan mata kasar...kerana pandangan mata itu selalu menipu. Ketahuilah adikku, amalan untuk ke pintu syurga itu banyaknya seperti garam dilaut mati. Dan kadang menyembunyikan perbuatan baik yang dilakukan itu lebih afdal.
7) Adakah korang suka bersenam untuk dapat badan yang sihat? senaman apa yang korang buat?
Jarang r....ikut mood. Biasanya jogging, workout...

8) Jika tiba hari jadi korang, apa yang korang inginkan masa hari jadi korang tu?
Ikutlah...kadang rasa nak kek, kadang dengan adanya orang ingat itu hari jadi kita pun dah okay...

9) Kalau korang disuruh untuk menyampaikan dakwah, siapa yang korang nak dakwahkan dulu?
Diri sendiri...keluarga.

10) Apa yang korang rasa kurang dalam blog aku ni? kalau ada bagilah tahu...
Nope! semua dah ada...Blog Aishah dah cukup semuanya...^_^

***SIARAN TAMAT!***

So korang rasa membunuh tak soalan tu? *sambil lap dahi...*
[panas giler hari ni...]

Semua dah join contest #Dearsofie??
Kalau belum, dijemput untuk meriahkan...
Sokongan dari anda amatlah daku hargai!
^_^

  Holla! Hari ini aku menjadi blogger yang sangat bertuah oleh Farzana Zahari Danke to FZ sebab sudi tagging saya! ^_^ Okay ...

 
Holla!
Hari ini aku menjadi blogger yang sangat bertuah oleh Farzana Zahari
Danke to FZ sebab sudi tagging saya!
^_^

Okay here the Question:


Saya blogging?? Mestilah suka! Kenapa? Sebab blog make my day! ^_^

Sisi terang: Mungkin dia follow privately kot!
Sisi gelap: Eh, eh dia ni...gila followers ke apa? [mohon jangan sentap...^_^!]

Sebaya dengan Josh Hutcherson, Taylor Lautner, Logan Lerman, Freddie Highmore....

Hadiah idaman? Entah!

16:09 on 24th Dec 2015

Simple, old school...eh jap! background diamond ke belakang tu?

Takde..sebab semua sama je...

Takde jugak....

Diari + Music

Economy class.

*****SIARAN TAMAT*****

Okeh! Tamat sudah siaran kita...
Kita jumpa lagi dalam siaran akan datang!

Soalan untuk semua yang rajin:
- Betul ke anda rajin?
- Azam 2015 semua dah tertunai ke?
- Kalau belum, nak jadikan azam 2016 pulak ke?
- Memori 2015 yang gembira untuk anda
- Tragedi 2015 yang menimpa anda
- Status 2015 anda?
- Satu perkataan untuk describe tahun 2015
- Perlu ke azam 2016?
- Movie 2016 yang nak tengok sangat-sangat..
- Anda puas hati dengan 2015 anda?

[Tak tau nak tag sape, kalau ada yang sudi jawab...lagi kita seronok...]

Klik banner untuk join! Tag: Hikayat Leyha Aienienka

Klik banner untuk join!

Tag:



Ingat dulu masa duduk asrama, setiap kali maulidur rasul mesti ada pertandingan perarakan, pertandingan pentomen, sajak dan macam-macam lagi...



salam, maulidur, rasul


Ingat dulu masa duduk asrama, setiap kali maulidur rasul mesti ada pertandingan perarakan, pertandingan pentomen, sajak dan macam-macam lagi. Maklumlah karnival Maulidur rasul tiga hari tiga malam diraikan. Memang meriah giler! Aku paling suka malam terakhir, sebab masa tu banyak persembahan.

Pastu setiap kali habis perssembahan, mesti ada macam-macam bunyi. Srooot srooot lah...snif sniff lah...tengok kawan tu, mata dah merah..kawan tu pulak..hidung merah...sedih dalam gembira...


Gembira sebab hari tu hari jadi baginda...sedih sebab masih lagi tak dapat jadi seperti golongan yang baginda rindukan. Menangis lagi...mulut kata Rindu Rasulullah...perbuatan langsung tak membuktikan...maafkan kami ya Rasululullah...


Dulu, aku selalu impi untuk hidup pada zaman Rasulullah.


Dan Ustazah aku mencelah, belum tentu lagi kamu hidup pada zaman baginda boleh terima ajaran yang baginda bawa. 


Hakikat yang tiada siapa dapat bongkar. Iya, aku syukur sebab diberi peluang hidup pada zaman baginda walau tak pernah bersua.


“Berbahagialah orang yang bertemu denganku dan beriman denganku,


Berbahagialah tujuh kali orang yang tidak bertemu denganku, tapi beriman denganku...”


Marilah kita meraih tujuh kali kebahagiaan yang telah dijanjikan baginda.


Salam maulidur rasul...