Contengan alam...

September 22, 2018

Kabare kalian penghuni maya yang tidak henti menatap skrin yang kian hari memonopoli mata dari memandang alam nan semesta. Cuba pandang sekeliling barang sejenak, masihkah ada hijau berhampiran alam kita? 

Aku alhamdulillah masih ada. Dapat jugak merasa desa walau bandar itu lebih memeriahkan. Meriah bandar hanya mahu kaburi jiwa sepi penghuni kota....

Eh, eh...

Semester baru

Sekarang dah masuk tahun ketiga. Maknanya dah masuk semester lima. 5 bhai! Kejapnya dah jadi senior. Hahahahaha Apa yang berlaku sepanjang dua tahun aku jadi warga sementara Shah Alam ni? Dua tahun tu macam tak lama kan? Rasa sekejap sangat. Dengan jerih, perih, keringat dan air mata...bila ke penghujung rasa macam sekelip mata je semua berlalu.

Macam tak adil pulak rasa sebab biarkan sejarah lampau itu terkandus sepi tanpa sebarang pamit. Oh ya, nasib baik aku ni sejenis manusia yang tak lepas dari pen. Setiap kemana pada waktu apa...ada je nak conteng. Setelah diteliti, gaya penulisan aku tidaklah berunsur bullet journal atau yang sewaktu dengannya. Ia sekadar contengan alam yang terlintas difikiran...

Dulu aku pernah mengharap yang akan wujud sebuah teknologi, apa yang terlintas dihati, diminda terus ada tulisan. (yeah, memang dah lama wujud. Malaikat kiri kanan yang tak pernah lepas dari pena mereka juga...Allah....)

Masa balik Miri tempoh hari, aku dengan rajinnya telah mengangkut semua diari sejak aku belajar disemenanjung. Mana tah buku tahun 2004-2005 aku pun dah tak tahu. Mungkin tulisan zaman sekolah yang terlalu buruk menyebabkan aku buang tanpa ihsan. Mungkin. Jadinya, simpanan diari aku hanya bermula dengan nostalgic-nya sejak 2006. 

Contengan sem lepas

1. Sem lepas, alhamdulillah aku berjaya naikkan balik CGPA. Walau tak banyak tapi cukup memadai untuk aku teruskan perjuangan. 

2. Kedua, aku dapat praktis benda yang aku belajar dalam menguruskan tanggungjawab yang ayah beri. Belajar bidang hartanah ni seronok tapi agak mencabar jugaklah pada awalnya. Sampai rasa macam 'terpaksa' menerima hakikat yang aku ini sudah dewasa. 'Welcome to adulthood dude!'

Itu yang wujud dua entri rumbling pasal betapa tidak bersedianya aku untuk digelar manusia dewasa. Aku masih belia....huhuhu

3. Dan, alhamdulillah majlis Muharram 1440 hari tu segalanya dipermudahkan. Hasil pertolongan kawan-kawan, berjaya jugaklah aku mencari ustaz untuk ketuai majlis. 

Masa proses cari ustaz tu aku dah wonder, apasal aku tak jadi lelaki? Maklumlah masa tu cuti panjang. Semua lelaki dah macam tak wujud! Bapak geram nak matiey r! Last-last suami member aku punya kawan jugaklah yang offerkan diri. Pastu semua tanya; 

'weh sofie, mana kau kutip ustaz tu dowh?'

Kau tanya aku kat mana aku kutip? Kau tak tahu nak cari ustaz ni bukan kerja senang. Lagi-lagi zaman ketandusan iman dan pupusnya lelaki tulen. Adoyai! Nasib tak terjun tingkat 17. Nasib jugak aku masih punya Tuhan. Allah....

Walau tak megah tapi cukup memadai. Cukup dengan apa yang ada ini sudah buat aku gerun untuk hidup. Risaukan tenggelam dalam dunia nan sementara....

#

Contengan alam....

So misi sem lima ni kita cari calon mahu? hahahahah
Gelak je aku mampu weh....
Cukuplah dengan komitmen yang ada ini aku pun dah tak mampu nak urus, inikan pulak nak serabutkan kepala dengan komitmen lain...jadi, aku hargai masa sendiri. Masih punya keluarga yang memahami itu cukup aku syukur.

Aku tahu, bagilah sesiapa pun untuk jadi diri ni nescaya semuakan undur diri. Hatta aku sendiri pun banyak kali give-up nak jadi diri sendiri. Lagi-lagi bila manusia selalu cakap; 

'Kau lain, kau dah biasa sensorang. Sebab tu kau tak kisah berdikari.'
'Kau over independent bolehlah handle semua benda sendiri...'
'Kau kan bla bla bla...'

Aku....jujur cakap....aku sendiri tak rasa aku biasa. Aku sendiri masih perlukan manusia lain untuk hidup. Tapi manusia selalu anggap, orang yang biasa sendiri ini mereka tidak dihulur tangan, tidak dijenguk pun masihkan hidup..

Fizikalnya mungkin ya, hatinya? emosinya? Ada siapa peduli? Tiada...itu tinggal rahsia dia dan Tuhannya saja....

Kawan, jika kamu ketemu dengan manusia yang jalannya sentiasa sendiri, itu bukan bermakna dia sombong atau pentingkan diri atau terbiasa berdikari...tegurlah dia. Dia pun manusia jua. Manusia yang jatuhnya bangkit sendiri. Bukan robot. Lolongan serigala dia malam hari kamu tak dengarkan kerna kamu sibuk berliburan. Kita tak tahu teguran kita yang manakan menjadi pemangkin pada manusia lain. Just be good to others...nothing harm will come to you...


'Allah tak kejamkan untuk hantar orang jahat pada hambaNya yang baik-baik....' dia cuba pujuk diri. Yakin. Aku ada Allah menjadi mantranya hari-hari....

Aku ada Allah
Aku ada Allah
Aku ada Allah...

Hasbunallah wa ni'ma wakil....
Wa la haula wala quwatailla billahil a'liyiladzim...

Bisiknya...tidak putus...tidak henti....

#


"Dulu, saya tak tahu pun...kawan yang selama ini dengan saya pernah attempt to commit suicide...masa dia meninggal baru saya tahu. Itupun sebab terjumpa tulisan dia yang dulu-dulu...tak sangka...saya ingat dia okay. Sebab dia tak pernah cerita."

Please don't let this conversation happen in any funeral...

Kadang aku sendiri alpa dan tidak sedar....tapi aku cuba untuk menjadi manusia yang memahami. Sebab aku tahu apa rasanya....berpaut pada tali tangsi...

InsyaAllah....kita semua mampu mengubahnya...

To the end,
moga husnul khatimah....
Amin....

10 comments

  1. kadang memang ada masa mok be alone. but actually deep down ya rasa perlukan someone nok sangat memahami. tp syg shiadaa. yg ada cuma dirik sendirik jak nok paham dirik kita. huhu. btw stay strong!! dont give up!! <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhuhu sedihnya....T^T
      insyaAllah i will fight to be strong...till the last breath.
      ^_^

      Delete
  2. No matter what happens, I hope you'll always be strong. May Allah ease everything. Iife is a long process of learning. take care okay

    ReplyDelete
  3. really love your gallery. So beautiful blog, beautiful pictures!

    check mine too, would you?
    regards,
    www.CHIPPEIDO.co.vu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you for drop by chippeido ^_^
      nice to meet you :D

      Delete
  4. every single day, I try to practice saying Bismillāhi tawakkaltu 'ala Allah wa la ḥaula wa la quwwata illa billahi 'l-'aliyyi 'l-'aẓhim. It helps a lot to get through the day, by knowing Allah is always there to guide us. :)

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Me too...besides It really helps a lot...
      ^_^

      Delete

© SOFIE ADIE. Design by FCD.