Berbaloikah?

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest

Semenjak dua menjak ni aku kerap ‘ter-melayang’ minda entah ke mana. Jadinya, dua tiga hari lepas, aku adalah beli buku-buku yang mungkin akan membantu aku memijak bumi nyata. Yang nyatanya, semakin bawak aku jauh ke luar bumi…..

“Berbaloikah?”

Aku lihat si penanya.

“Apa yang berbaloi? Kerja part-time?”

Dia angguk.

“Berbaloi!”Tapi dalam hati bukan main panjang skrip jawapan yang direka. Yang keluar, hanya satu kata. ‘B-E-R-B-A-L-O-I

Betulkah berbaloi? Dia tanya dirinya kembali usai tamat kelas tutorial, sepanjang perjalanan pulang…tanpa henti.

Panjang jedanya….

#

Illenium ada satu lagu ni. Aku pun tak tau kenapa lagu tu aku selalu biarkan dalam mode repeat. Nama tajuknya ‘Take you down‘. Dah dua bulan jugak lagu tu aku putarkan. Non-stop (tipunya) tanpa sedikit rasa jemu. Lebih-lebih lagi bila baca description disebalik lagu ni,…seolah kena…kena dengan sesiapa saja yang tengah struggling…untuk hidup ‘berbaloi’.

Aku tak overdose. Aku tadak addict, tapi jiwa parah macam orang tak punya Tuhan dan seolah punya sakit jiwa tahap penagih petala ke-13.Ada satu insiden ni. Dah lama dah berlaku. Lebih kurang bulan lepas. Aku bukan tak ingat, tapi buat-buat tak ingat.

Satu insiden yang buat aku rasa murah. Insiden luar alam yang personaliti aku tak pernah sokong dengan tindakan aku. Peluang yang aku ingat boleh ubah persepsi aku terhadap suatu perkara ini. Tapi nyata ia serupa.

Aku cuba untuk tidak prejudis. Tapi, ia sama. Dan aku rasa, mungkin aku tak patut bagi peluang atau ruang atau apa saja yang menyebabkan aku rasa seperti manusia tak punya Tuhan dan tak belajar syariah…..

Berbaloikah?

Aku tanya setiap hari.

“Takdelah. Sehari kerja berapa jam? Kalau naik grab ulang alik tu berbaloi ke? Macam tak je…” si penanya cuba menafikan jawapan dia.

Dia sengih. “Berbaloi sebab dapat pengalaman. Plus, dulukan grab banyak bagi kupon, redeem dan rate dia pun masa tu murah…so takdelah teruk sangat…”

“Oh” diiringi sengihan yang sukar ditafsir apa maksudnya. Dia hanya balas dengan senyuman.

#

Susahkan jadi introvert?

Apasal pulak?

Bila kena hadap orang, tetiba rasa gerun, rasa macam semut..rasa macam jantung nak pecah…rasa macam dalam video klip ‘Numb’. Macam-macamlah..

Ah, tu perasaan kau saja.

Tapi kenapa dia real kalau itu sekadar perasaan?

Sebab tu dia bagi alasan;
Tukar duit dengan networking.

Tukar duit dengan pengalaman

Tukar duit dengan pengetahuan….

Jadi, berbaloikah?

Introvert side kata berbaloi.

Sambil menahan tangkisan yang kian hari menghiris dirinya. Dalam….mata kasar kata dia kuat. Jadi, dia harus menjadi apa yang dia mahu jadi.

Berbaloi atau tidak, lihat pada penghujung hidupnya kelak.

To the end,
moga husnul khatimah.

Keep reading on

Kalau aku jadi penulis…

Orang pernah kata, You don’t write because you want to say something, you write because …

Apa!! Tinggal 10 hari lagi?!

“ASSALAMUALAIKUM”  Whaat?? 10 hari lagi? Apa yang 10 hari? Cutilah…. Ceyh! suspen kan gua aje…ingatkan …

Farewell October!

Aku tahu, orang dah mula tertanya…mana aku yang dulu? aku yang suka berhujah tentang hidup, …

Be strong buddy!

Aku tak tahu nak up cerita apa. Cuma sebabkan aku dah lama tak up entri …

Pyan aka Ammar Sufian

“ASSALAMUALAIKUM”Ini bukan kisah syok sendiri, tapi realiti yang tak pernah wujud.Kisah si Pyan ni bermula …

Things gonna change….

Salam Merdeka buat penduduk bumi di Tanah Melayu pada zaman 1957. Kabare kalian penghuni yang …

Any thought?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top