Pohon Kecil

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest

Minggu lepas banyak peristiwa. Tapi aku tangguh lagi untuk bercerita dengan alasan internet giler slow-na-matey! Jadinya, aku peram lagi semua cerita itu menjadi satu entri. Yang sebenarnya aku sendiri pun dah lupa segala peristiwa yang terjadi.

Masuk minggu ni, dah sebulan berlalu bagi semester dua. Terasa cepat dalam lambatnya. Sebab jadual sem ni, Alhamdulillah sangatlah lapang. Sebab tu semacam rugi kalau aku tidak gunakan masa itu untuk mencari apa-apa yang boleh menambahkan nilai diri sendiri. Cyeh, ayat!

Antaranya adalah:-

1) Teater.

Aku bukan gila teater. Tapi aku adalah sebahagian darinya. Teater adalah satu ruang untuk mencerna minda supaya berfikir lebih dalam lagi. Malangnya, semua penghuni rumah aku bukanlah kaki teater menyebabkan aku terpaksa guna cara kasar. Tapi aku tak paksa. Syukur, semua rela.

Bakal pergi menonton teater Polos by Anomalist Production di DPAC nanti. Sinopsis dia buat jiwa aku meronta kegalauan. Ya, semua kata tiket dia mahal dan tempatnya jauh. Gilakan aku!Β 

Anomalist, polos, teater

gila tak kecur hati baca sinopsis

2) Bengkel

Ikut minat, aku teringin nak sesaja join bengkel DFKL. Ikut minat memang aku buat kerja giler tanpa tengok harga. Tapi, bila ikut kemampuan, aku hanya mampu join bengkel anjuran universiti saja. Segalanya harga student. Tapi, sampai bila nak limitkan minat? So, bila fikir balik…selagi ada peluang untuk kejar apa yang aku minat, why not aku laburkan saja duit tu.

Pesan pada diri, jangan berkira sangat demi ilmu dan pengalaman. Biar mahal asal setanding dengan kualiti yang kita mahu. Dan, aku pun buat kerja gila lagi.

3) Reunion?

Ini lagi satu hal. Awal rancangan, aku hanya nak jumpa, lepak macam biasa dengan orang yang sudah 8 tahun tak jumpa. Tapi, bila member dari Sabah pun turun, apa lagi semua pakat turun dengan bawak anak memasing. Dan jadilah ia REUNION. Nasib baik dulu aku sekolah perempuan. Sekolah yang dulu selepas sekolah rendah sebelum aku merantau ke pantai timur.

Yang ini pulak, bila mereka bertanya:

“Kau buat apa sekarang?”

Dari selepas aku tinggalkan sekolah tu sampailah sekarang, jawapan aku tak habis dan tak pernah sudah adalah :

“Aku belajar sekarang.”

Bertanya lagi mereka, “Bila lagi lu mau kawen der?”

Dan aku pun ketawa. ha ha ha

Kelakarnya reunion ini, hampir semua dah tukar status. Aku? Wat lek wat cool udeh ler…

4) Konvo

Jakel buat sale. Jakel ni dari rumah sewa aku boleh nampak dah lampu dia. Lip lap lip lap kaler kuning. Riuh tu kadang buat goyah iman. Tapi, kalau tak jejak sana, selamat duit. Silapnya hari tu, aku terpijak kawasan Jakel. Dan aku terpegang baju yang diorang jual. Maka, aku telah dipukau. Chis! Melayang jugak le duitnya. Konon takde lagi baju untuk konvo. Ada ke patut??

Walhal awal pengesahan konvo, aku bertekad TAK AKAN mengeluarkan sebarang duit demi sebuah konvo yang aku rasa aku dah tak layak untuk terima skrol jurusan tu. Sayangnya, duit itu Jakel punya. Gila kan?

5) Part-time

Melepek lesu di rumah selepas habis kelas sambil menanti episod akhir ‘Misteri Wan Peah’ bukanlah satu perkara yang begitu menarik ye kawan-kawan. Ye, ye, ye…memang seronok sebab kelas tak padat. Memang seronok dapat banyak masa lapang. Tapi, sedarlah…kondisi dan lokasi yang aku hadapi sekarang memerlukan sara hidup yang tinggi jugek.

Nak buat duit online, ke laut jadinya..Pasai orang kuning tak tau naik lift. Maka, mereka panjat menyebabkan line menjadi slow.

Peliknya, walau setinggi mana pun manusia hidup, nyamuk dapat jugak sampai ye? Boleh tahan tinggi jugak nyamuk ni terbang. Dan, aku masih menanti hidup tiga dimensi. Ha ha ha ha

#

Pohon kecil.

Cerita sebenar adalah,

pohon yang telah diatur cantik oleh Dia untuk menyelamatkan kenderaan yang dipandu oleh umi selepas hujan dari terbabas masuk ke gaung di Bukit Grand Old Lady. Alhamdulillah, umi selamat. Syukur tak terkata.

Takut?

Kau, giler aku tak takut. Kus semengat…Minta dijauhkan dari perkara sebegini berlaku sepanjang ketiadaan kami semua. Umi, semoga trauma umi beransur hilang.

grand old lady, sofieadie

“Baru orang tau fungsi pohon kecik ni umi…” itu kata didi.

#

Jangan dipandang sepi jasa si pohon kecil.

Melatanya masih berjasa.

Rendahnya dibangga.

Metafora baru tercipta.

Keep reading on

How to Draft the Perfect Resume

When it comes to finding a job, besides having the will and disposition to do …

Come back blog mission

Ianya seakan janggal bilamana interface yang biasa diguna untuk berblogging itu sudah berubah. Kalau tahun …

Ikan besar, ikan kecil

Awalun pemikiran ini telah diperam menjadi ikan masin terubuk. Arakian ia digoreng, diperah pula limau …

Asam payau…

Kalau bukan kita sendiri yang akan sayang perjalanan hidup kita, maka siapa lagi? Setiap hari …

Dapat banner dari bajuwarnacoklat.com!!

Walawe!!!! Dapat banner tu… Untuk korang yang join ‘Segmen awak orang mana?‘ dari Rrai hari …

Cabaran blogging zaman millenia

Hari yang redup dikawasan aku telah membuatkan aku merenung dan memikirkan tentang nasib dunia blogging …

Any thought?

0 thoughts on “Pohon Kecil”

  1. alhamdulillah umi selamat.

    amin amin amin. kak nad pun semoga sentiasa dalam lindunganNya πŸ˜€

    teater tu? best kak! memang berbaloi lah tengok. sekarang rasa macam puas sebab dapat tengok teater yang dapat ubah presepsi hidup. πŸ˜€

  2. waalaikumsalam yana!
    15 mei nanti konvonya. kos saya dapat sesi petang. πŸ˜€
    wan peah giler tak layan…sayang nya cerita dia dah habis! huhuhuhuhu

  3. wahhh..lama tak jalan2 sini..haha..dulu eksited nak kawen..bila dah kawen, beranak,, kadang2 menangih gak tepi bucu katil..haha…teater tu mcm best..kawan tanya bila nak kawen?…hahaha…gelak je lah…:D
    Nasib umi sofie tak apa2..

    apa pun semoga sofie sentiasa dalam keadaan baik dan dilindungi Allah..:-)

  4. Jangan tukar status sebab semua kawan lain dah bertukar tapi sebaiknya tunggulah betul2 bersedia dari segala aspek hehe. Setiap yang diciptakan Allah itu ada fungsinya kan? πŸ™‚ Alhamdulillah nasib baik takda apa-apa. Dalam ke gaung tu? seram juga tengok.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *