February Movies Marathon

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest
Move On zillion time
Too March stories
Self Care On A Budget
Pilihan kehidupan
Come back blog mission
Memandangkan terlalu banyak movie yang aku tengok hari tu, (ada yang tengok kat wayang ada yang tengok online), maka aku dengan rajinnya naklah sum up sedikit cerita yang aku tengok sepanjang bulan lepas. 

view, sunset,

Ada cerita tu aku tengok penuh bermisi, ada pulak aku tengok sekadar nak tahu jalan cerita. Dan setengahnya pulak aku boleh ceritakan balik, lainnya aku tak tahu nak ceritakan macam mana. Korang tengoklah sendiri kot, aku kalau tak reti nak explain tu, sampai ke sudah tak retinya. 
So, tiga movie ni aku tengok kat wayang (terima kasih kepada sponsor ^_^) dan lebihnya aku layan online saja. So, here we go!
Movie pertama yang aku tengok kat wayang selepas sekian lama tak pergi wayang adalah:-
split, poster
Split ★★★★☆

    There is never ending story. Tapi aku sangat kagum dengan James McAvoy sebab berjaya membawa watak dengan karakter yang berbeza. Ini bukan cerita hantu. Dia macam realiti fantasi. Yang hanya difahami oleh dunia psikologi. Kita orang normal takkan faham situasi diorang. Dan akhirnya yang selamat adalah bila kita pernah berada sebahagian daripada dunia mereka. Hanya yang alami akan mengerti… 

    poster, raees

    Raees ★★★★☆
    Ini adalah cerita Hindustan pertama yang aku tengok dekat wayang. Dan aku tak jangka langsung ia akan berakhir begitu. Untuk yang sudah tengok cerita ni, cuba share sikit perasaan korang. Adakah se-kecewa aku? atau hanya aku sorang je yang rasa macam ni? atau aku memang jenis orang yang susah terima hakikat undang-undang? Apakah undang-undang itu direka atas kepentingan?? Why Raees why?!

    John wick, poster
    John Wick: Chapter Two ★★★★☆

    Cerita ini sangat berbaloi tengok kat wayang pada waktu murah iaitu seawal pagi. Takdelah pagi sangat, tengahari jugaklah. Less talk more action! Itu yang lebih berbaloi. Aku tak fahamlah kenapa susah sangat diorang nak kasi John Wick ni retired? Adakah penghujung cerita john wick yang akan datang beliau akan tewas? Aku tunggu sampai habis credit sebab takut ada plot terakhir, tapi takde….kiciwanya rasa. Memang kena tengok the next John Wick..

    ####

    Next, adalah senarai movie yang aku tengok online. 
    poster

    Man down ★★★★☆
    Kalau korang peminat war movies dan tak tahu nak tengok movie apa, aku sangatlah reccomendkan korang tengok cerita kat atas ni. Maunya tak menangis aku tengok. 
    Tengah fe-feeling jiwa perang tetiba boleh menangis bila dah tahu apa sebenar yang berlaku. Sejam yang pertama, memang aku tak faham time-line movie ni. Dia macam banyak flash back. Sampai keliru. Mana satu peristiwa sebenar, mana satu imaginasi dan mana satu cerita ulangan.
    Dia macam desolasi, tapi lagi kritikal…sob sob sob…dan realitinya, memang itu yang majoriti veteran hadapi – PTSD – (post traumatic stress disorder) dan ada juga isu lain yang menjadi faktor kepada mental health seperti hutang dan masalah kewangan.
    poster

    Hacksaw Ridge ★★★★★
    Hacksaw Ridge cerita pasal army yang tak nak pegang senjata masa perang. Isu besar bagi seorang askar bila dia tolak arahan untuk pegang senjata. Sampaikan ramai yang suruh dia give-up dan berhenti je dari jadi askar.
    Disebabkan jiwa dia kental untuk tolong orang dan jadikan perang bukan alasan untuk tidak berperi-kemanusiaan. Dan akhirnya, dialah yang menjadi penyelamat kepada semua askar yang terperangkap ditapak musuh tanpa sebarang kecederaan.

    Based on true events tu yang menyebabkan cerita ini lagi menarik.

    poster
    Full Metal Jacket ★★★☆
    Disebabkan movies ni antara top 10 war movie wajib tengok, maka aku pun menengoknya dengan pelbagai persoalan.

    Cerita description katanya pasal Vietnam war movies. Tapi…entahlah…ke aku yang blur sangat time tengok cerita ni? Ke aku kena tengok balik untuk fahamkan?

    So far, bagi aku Platoon adalah cerita tentang Perang Vietnam paling terkesan.

    poster

    Arrival ★★★☆☆
    Arrival aku tengok sebab kawan aku recommend. Akulah cerita sci-fi ni memang tak ler nak layan kat wayang. Ya, memang cerita genius, tapi tu lah…not my genre.. aku gagah jugak tengok sampai habis. Bila kawan aku cakap:

    “dia cerita alien, tapi…” 
    “tapi takde alien? macam TDL?” hahahah…

    but TDL lagi senang untuk aku faham. Yang ni, berulang kali putar, baru jelas…fuh! penat nak hadam!
    poster

    Charlie St. Cloud ★★★☆☆
    Ini kisah pasal abang yang kehilangan adik dia dalam kemalangan. Dia dapat tengok orang yang takde macam Imani. Alaa Imani dalam Kashaf Imani tu…Bila si abang ni tadi dah tekad untuk hidup dengan hidup dia, dia terpaksa ‘kehilangan’ adik dia lagi sekali. Tu lah orang kata, untuk dapatkan sesuatu kita kena hilang sesuatu…
    poster
    Brothers ★★★★☆
    Cerita dua orang beradik tiri yang bertemu semula dalam gelanggang gusti. Syaratnya adalah kalah mati. So, mampukah seorang abang ungkapkan maaf untuk terlepas daripada mati? Air dicincang takkan putus…percayalah…lagu dalam cerita ni not bad r..


    poster
    Sultan ★★★★☆
    Sultan ni citer wrestling. Apasallah banyak sangat cerita lawan-lawan sejak dua menjak ni? Randeep Hooda sebagai sifu Sultan! huwaaaa…suka watak dia. moral of the story, jangan lupa diri bila dah berjaya…kalau tak, kita akan hilang segalanya…
    poster

    Airlift ★★★★☆
    Indian historical drama yang mencabar kesabaran. Berlaku pada era 1990-an. Penuh dengan emosi dan air mata. Aku pun tak tahu nak describe macam mana. Mungkin ketegangan situasi cerita ni korang boleh alami masa tengok. Macam Neerja. Tapi lebih ramai lagi orang yang perlu diselamatkan dari dibunuh. Bila terpaksa menjadi penyelamat dan tempat bergantung kepada orang ramai, apa pilihan kita? Nak nak pulak ada yang tak reti bersyukur bila dah diselamatkan…ishlah! memang berang sungguh! 

    poster

    The Accountant ★★★★★
    Soloman Grundy nursery rhyme. Aku terikut sampai seminggu jugaklah…penangan dia hebat tak hebat. Seram sebenarnya jadi auditor ni. Aku tabiklah dengan cara dia survive. Walaupun polis tengah cari dia. Dia boleh selamat. Memang tak rugi tengok.

    poster

    Inferno ★★★☆☆

    Kekuatan Prof.Langdon dalam siri ni sangatlah terhad kalau dibandingkan dengan Da vinci code dan Angels&Demons. Cerita dia buat kita ternanti siapakah dalang disebalik teka-teki. Yang pasti, musuh dia mesti orang yang paling dekat dengan dia. Mesti punya! Cayalah! Maklumlah diaorang dah kaji pasal dia dulu. Tengok boleh, percaya jangan. Haaa tu dia prinsip kalau nak tengok cerita hasil karya Dan Brown.

    poster

    Sully ★★★☆☆
    Sully tak macam Captain Philips yang trauma dek ditangkap lanun. Capt. Sully dipersoal hanya kerana tak ikut protokol walaupun dia berjaya selamatkan semua penumpang dia. Tanpa ada sebarang nyawa yang melayang.

    Tak faham sungguhlah aku ni…orang dah selamatkan, bersyukurlah..ni masih pertikaikan lagi situasi. Akhirnya, Capt.Sully berjaya atasi situasi tegang selepas perbicaraan dengan mengambil faktor masa fikir sebelum bertindak. Fuh! Aku yang panas hati. Tapi dalam masa yang sama puas hati ^_^

    poster
    Deepwater Horizon ★★★☆☆
    Based on true events movies is my favourite movies. So, cerita ni wajib tengok. Sayangnya, tak semua selamat macam The 33 dan Sully. Sedih, tapi itulah hakikatnya…

    Dia macam ada agenda tersembunyi yang mencetus pada tragedi ni berlaku. Tu lah, jangan tamak…(mintak dijauhkan perkara sebegini berlaku pada orang yang kita kenal.)

    poster

    Desolasi ★★★☆☆
    Satu-satunya cerita melayu yang aku tengok sepanjang cuti. Terlalu banyak sangat persoalan yang perlukan jawapan. Dan berakhir dengan pulang kepada Dia. Fitrah manusia. Imaginasi yang lagi dahsyat sedang mereka alami tanpa dapat kita fahami. Sarat dengan pengajaran…wajib tengok!
    poster

    Trolls ★★★★☆

    Citer ni dah enam kali aku tengok. Maunya aku tak hafal dialog dia. Tapi tak pernah jemulah untuk ditengok. Lagunya memang banyak, boleh kalah citer hindustan. Dengan rambut warna warni bling-blingnya, memang ceria untuk ditonton kanak-kanak. hahaha..tak usah kanak-kanak, aku ni pun terhibur tengok. Bergen, trollstice, Bridget, Branch, Poppy…macam tak caya pulak suara Branch tu suara Justin Timberlake. Sampailah dia nyanyi lagu True Colors. Sooo lullaby! (sampai tertidur aku tengok cerita ni untuk first time)
    poster

    Moana ★★★★★
    We are the voyagers! Lagu-lagu dalam cerita ni best-best. Tapi boleh tahan banyak jugaklah. Kalau Trolls tentang patung kecik-kecik yang tak kenal erti sedih, Moana pulak hidupan manusia sebagai Voyagers yang dibatasi oleh lagenda yang tak pernah habis.

    Sehinggalah Moana ambil langkah berani untuk kembalikan keadaan seperti sedia kala. Cabaran yang berliku sehinggakan Moana putus asa dan mengalah…berjayakah dia? naa….kena tengoklah..

    poster

    Storks ★★☆☆☆
    Too many talks! Dan aku hanya tengok part wolfpack je. Bingit telinga bila cerita banyak sangat cakap. T_T Penat seh nak dengar! Jadinya aku tengok dengan keadaan mute. Kenapa tengok? sebabnya animasi dia comel. huhuhuhu


    poster

    The Angry Birds Movie ★★★★☆
    This movie is better than Storks. Walaupun aku bukanlah penggemar Angry Bird, tapi lepas aku tengok cerita ni, baru aku faham situasi dia. Sampai bergaduh dengan benda tak hidup. Punyalah baran dia…memang nak kena maki lah si binatang hijau dalam citer ni. Apa motif dia kasi kaler hijau ha? takde kaler lain ke? 
    poster
    E.T the extra-terrestrial ★★★☆☆
      E.T ni aku tengok sebab dia antara movie yang paling tinggi rate rotten tomatoes (98%). Rotten tomatoes punya rate ni kadang kejam jugak. Kalau orang lain boleh rate tetinggi, dia celah rate rendah…tapi rate dari rotten ni memang boleh percaya. Dan serius cerita ni uniklah. Macam cerita Koi…Mil Gaya pun ada gak. Kadang bila tengok cerita lama-lama zaman ritu, rasa macam lagi penuh inspirasi. Alien ada radiasi yang boleh merosakkan manusia ke? 

      poster

      The BFG ★★★★☆
      I love the language they used. Macam comel je bila budak ni sebut “BFG”, “don’t little missy me!”…Tak tahu pulak mimpi itu suatu benda yang boleh ditangkap dan dicari…huhuhuhu namalah cerita fantasi. Adoyai!

       poster

      A Street Cat Named Bob ★★★☆☆
      Aku tak tau nak ulas apa pasal cerita ni. Mungkin sebab dia based on true story, sebab tu aku tengok. Tapi, tak rugilah tengok. Kalau korang minat kucing, korang mesti nak kucing macam Bob ni. Orang kata bukan kita pilih kucing, kucing yang pilih kita…
      poster

      The 33 ★★★☆☆
      The 33 adalah cerita pasal miners yang terperangkap kat bawah tanah. Ianya agak penat bilamana semua bekalan untuk hidup adalah terhad. Ada yang dari awal dah give up, tapi salah seorang dari diorang cuba bagi harapan. Bila dorang tak pernah putus harap, pertolongan datang jugak akhirnya walaupun hampir 69 hari terperangkap. Based on true events. Satu-satunya tragedi yang tak meragut nyawa. Kunci dia. jangan pernah putus asa…


      poster
      The Magnificent Seven ★★★☆☆
      Yang Magnificent seven tu jalan cerita dia dapat dibaca. Orang jahat serang kampung untuk dapatkan tanah. Siapa yang lawan akan dibunuh. Then, orang kampung cari penyelamat untuk pertahankan hal mereka terhadap tanah. Berlakulah sengketa yang berakhir dengan pengorbanan dan kejayaan…Yang selamat hanya tiga orang saja. Sob sob sob…-spoiler alert-

      #####

      Habis cerita!! Giler kau nak ingat balik semua cerita ni dalam satu masa. Tapi dalam banyak-banyak cerita kat atas ni, yang paling aku tak lupa adalah Trolls!

      “He who controls the Trolls, control the kingdom, and I am the He!”
      “Are you dude?”

      Ini adalah antara dialog Trolls yang kerap bermain dalam rumah selepas semua menonton kartun tu.

      Oh! baru aku teringat…sebenarnya misi aku adalah menghabiskan semua movie karya Steven Spielberg. Masih banyak lagi yang belum tengok. Lagi-lagi cerita dia yang lama dulu kala..memandangkan cuti pun dah habis, so jumpa lain kali movies. Da!!

      p/s: inilah yang berlaku bila lama tak tengok movies.

      Keep reading on

      Any thought?

      0 thoughts on “February Movies Marathon”

      1. Banyaknyaaaaaaaaaaaaaaaa movie Sofie marathon dalam satu bulan. FUhhh, macam never ending tau baca sampai ke bawah. Hihi.

        Deepwater Horizon nampak menarik. Masih berkira nak tengok atau tidak, Hii

      2. hahahah tak payah nak kagum sangatlah…hahahhaha
        uish…mrs pip pun boleh tahn jugek banyaknya…ha lepas ni free2 tengoklah deepwater horizon pulak…
        and selamat menonton mrs. pip!

      3. hahahha banyak sik banyak..tok ada juak ditolak movie yang sik berapa gilak…#cahalakikey
        samalah…apa ndak jadi ujongnya kelak…sik sabar alu mok nangga!! 😀

      4. Byknya movie ktk tengok. Kmk suka johnwick ya!! Before kmk tgk johnwick2 ya awal kmk ngga nok first pun sbb kmk lom tgk nok first. Mmg ada sequel cita ya nak oooo. Heh sik saba nak nggu mun ada!

      5. Wahhhh, kagum saya..
        Byk nya movie awak tengok…
        Yang hacksaw ridge tu best, moana pun and magnificent seven…
        Bfg n storks mrs pip dah tengok..
        Deepwatertu cd dah beli tapi takmenyempat nak tengok…

      Leave a Comment

      Your email address will not be published. Required fields are marked *

      Thank  
      you
       for reading