February Rant in one post

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest
Move On zillion time
Too March stories
Self Care On A Budget
Pilihan kehidupan
Come back blog mission
Orang kata, kalau kita ada idea, kita tak boleh perapkan dia dalam memori dengan niat akan luahkan idea itu dilain waktu.

Tapi, bila kita kerap memulaukan idea yang datang, akhirnya idea atau segala inspirasi untuk kita berilham pun akan merajuk. Rajuknya yang sukar dipujuk hinggakan kita atau spesifiknya aku terpaksa mencari kick-starter dia yang aku sendiri pun tak tahu kat mana. Gilakan rasa bila situasi macam ni melanda!

Tak pernah dalam hidup aku berhenti menaip or menulis dalam satu tempoh yang lama hingga aku lupa nak mulakan ayat. Hatta bercakap sekali pun aku tak tahu nak mula dari mana…macam sekarang…jadinya aku dapat rasakan yang post ini agak hambar…huhuhu 
Bagi aku February bulan yang sangat singkat untuk tidak melakukan apa-apa perkara yang aku tak dapat buat bila kuliah bermula. Misalnya layan movies, series dan juga jalan-jalan.

view, picture, sofieadie

Jalan-jalan ke aku? Adalah sikit.
Syukurlah kakak kahwin dengan orang jauh. Sambil menyelam minum air lah kita. So, aku sarankan adik beradik aku, kalau nak settle down ke apa nanti, pergilah dok tempat jejauh sikit. Biar senang nak berjalan. Alasan nak ziarah, tapi alang-alang tu bolehlah cuci mata kan? Duduk dekat-dekat memang syok, tapi tu lah…kerap sangat jumpa pun takde cerita gak…

Marathon Movies? πŸŽ₯
Aku suka layan movies online. Tapi bila ada orang tawarkan untuk tengok diwayang, aku takkan tolak der…confirm aku terima.

—-selepas enam jam penghasilan entri untuk review movie—-

Penat otak aku me-revise balik semua movie yang aku tengok hari tu. Aku dah sum up siap-siap untuk post seterusnya. Ingatkan nak gabung je kat sini, tapi panjangnya ya ampunnnn tobat tak mau baca!

Sib baik movie je, angau tv series pun syukur dah surut…kemaruk Oliver Queen lawan dengan Promethous tu memang menyakitkan hati betullah! Tak masuk lagi si Flash nak lawan takdir. Takdir ke? Hurm…takdirlah kot…Yang Legends of Tomorrow tak sudah nak kejar dak Legion of doom. adoyai!! Gotham pulak aku pause dulu, tunggu sampai dia habis season nanti baru nak layan. (rasanya semua series ni aku pause, sebabnya bila tengok sikit-sikit..feel tak sampai..) Bikin panas doh kalau layan tak habis…

Buku? πŸ“•πŸ“–πŸ“•
Semalam aku baca Kembara Afghanistan dan juga buku pasal bridged al-qassam. Lepas aku baca dua buku ni aku rasa confused…kau! nak confused pasal apa pulak?

Yelah, kan aku ni kind of manusia yang banyak disajikan dengan cerita perang. Perang Vietnam, perang Jepun, perang Africa, perang Afghanistan, Perang German, Rusia…bukan aku takde tengok cerita perang dari sudut pihak yang US lawan. Ada…cuma tak banyaklah. Pastu, lepas aku baca buku tu..aku taktau nak sedih ke suka ke apa. Aku macam neutral je lah. Sedikit dicuci mindanya…

Nak nak pulak lepas aku baca buku tu, aku pi tengok movie Man Down. Trauma perang yang dialami oleh tentera Amerika. Sampai gila jugaklah jadinya. So, aku kesian bila tentera tu jadi macam tu, tapi dalam masa yang sama aku macam tak faham kenapa diorang perlu hadapi situasi tu padahal diorang hanya bertugas? Dan orang yang menembak kawan tentera tu tadi juga menjalankan tanggungjawab dia untuk mempertahankan diri. So, takde yang salah dalam situasi ni. -spoiler alert-

lawak ke, hambar je, boleh lah
Sumber


Apa yang dicari dalam perang sebenarnya? 
Damai, aman, kata sepakat? Tapi kalau buat perjanjian pun kadang berat sebelah dan kadang setengah pihak buat tak endah. Bila akan berakhir kalau macam ni? Histroy keep repeating itself. Dan aku takkan pernah jemu untuk tengok cerita perang walau aku tahu benda tu…

Kadang aku tak boleh nak persoalkan orang yang sign up jadi tentera ni. Sebabnya, once diorang jadi tentera, mereka sudah ada jalan untuk melakukan pengorbanan terhadap negara walau terpaksa gadaikan nyawa dan hanya sekelumit je yang ingat pada mereka.

Kagum dengan semangat yang diorang miliki. Aku? Hanya memerhati mereka setelah mereka dimoviekan…kelakar kan? hahahaha

Okaylah, tak mbohlah ulas panjang. Aku bengang dengan status whatapps pun tak habis lagi. Apa ke pihak whatapps tak tahu yang status bertulis tu memberi makna dalam hidup seseorang? Sibuk nak stroy mory…semua benda nak distorykan..kenapa tak buat auto screen shot jer? di era yang semua orang nak ss semua conversation ni kalau ada fungsi tu takdelah teruk kena maki macam pertukaran terhadap fungsi status ni…

Dan kehambaran hati aku terhadap whatapps semakin meningkat sejak peristiwa itu. Dan post ni aku telah taip selama seharian suntuk hanya kerana mencari kick-starter untuk mulakan entri…yang berakhir dengan kebencian terhadap whatapps. Is it?

Oh, lagi satu…tetiba gigi bongsu baru nak tumbuh yang menyebabkan selera makan aku merudum. 😷

Yeah aku lesap macam chips more, no more oreo…chiao lu…tetiba terasa banyak benda pulak nak tulis..chiss…

Keep reading on

Any thought?

0 thoughts on “February Rant in one post”

  1. waktu Whatsapp buat story tu, ingatkan dah salah masuk Instagram. haha. Tapi saja la try jugak masa first day pastu dah blur tak faham kenapa ada yang sanggup post kat ig pun ye, whatsapp pun ye. Hailah.

    Akhir2 ni rasa macam banyak pulak terdedah pasal askar2 ni. Rasanya kisah perang yg last tengok hmmmm Leftenan Adnan kot?

    hanisamanina.com

  2. yeay ada geng jugak! kan? nak harap jalan tanpa misi memang susah…

    cerita perang2 ni bagi semangat untuk hidup…

    kan? rasanya whatapps macam buat tak endah je walau kita maki dia..hahahahah tak rajin nak storykan semua benda..

  3. Siqah suka part kahwin dengan orang jauh tu! Hahaha! Suka tau pergi wedding jauh2. Ada peluang nak berjalan jugak. Kalau tak, memang tak pergilah. Hihi.
    Bagusnya sofie baca pasal perang. Siqah tak pernah lagi baca buku atau tengok cerita perang. Seram nanye nak baca. Kesian pun ada. Huhu. Cerita perang yang filem US tu ada gaklah tengok sikit2.
    Haaaa part whatsapp!! I agree much!!!! nak status balik! Tak nak story. Cukuplah kat insta dan FB dah ada story. WS pun tak nak kalah tau.

  4. haha tahu takpa menyampah betul dengan story kat whatsapp tu. Entah pape tah semua benda nak ikut snapchat tu.
    btw, memang kagum dengan siapa yang pilih utk jadi askar. bukan senang tu nak berkorban untuk negara kan? perlukan keberanian.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Thank  
you
 for reading