Awas! Kawasan licin.

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest
I heart Ramadhan 1440H
Peluang
Endgame dan Hantu Kabel
Move On zillion time


Kawasan licin adalah situasi yang paling merbahaya. Tak kiralah secara nyata ataupun secara metafora.

Zon kawasan licin berlaku apabila kita mula takut pada gelinciran. Gelincir yang menyebabkan kita takut juga pada kejatuhan. 
Jatuh.
Istilah yang paling kelakar bila seseorang itu sudah berpaut pada tempat yang kukuh tapi masih jatuh tergelincir!
Ini metafora.
Semua orang takut akan jatuh. Lebih lagi gelincir tanpa sengaja. Walau pautannya sudah kukuh, ia tidakkan mampu untuk menampung. 
Pernah jatuh? 
Maksud aku, kalian ‘gelincir’ dan ‘jatuh’ ke dalam ‘gaung’ hati tak bernama.
Kalian takkan merasakannya hinggalah kalian sudah hampir ke kerak bumi. Tika itu bahangnya sudah mula terasa. 
Ini metafora, 
untuk mereka yang pernah ‘gelincir’ tapi masih bertahan dari terus ‘terjatuh’.
Kiasan bagi orang yang takut untuk mengeksperesikan sukanya pada orang dan mengambil langkah untuk terus mengelak “kawasan licin”.
Usah disalahkan “lantai yang licin” atau faktor jalan menjadi basah jika sendiri yang gagal mengawalnya. Mahu dimarah “tukang mop” atau “hujan”? 
###

Keep reading on

Any thought?

0 thoughts on “Awas! Kawasan licin.”

  1. aduhh ayat ktk tok best bena dibaca xD tersirat maksudnya. hmmm. kadang selalu jak mcm tok. even dah berpaut kononnya tek, tapi lastnya gugok juak. nak salahkan org lain sik dpt juak. salah sendirik sbb sik kuat. gia kan? huhuhu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Thank  
you
 for reading