Assalamualaikum, Kaifa haluki/ka? Alhamdulillah ana bi khair. Baiklah seperti yang korang boleh nampak tajuk post kat atas tu, aku nak share...

"Sains Geomatik?"

By | April 17, 2014 24 comments
Assalamualaikum,

Kaifa haluki/ka?



Alhamdulillah ana bi khair.


Baiklah seperti yang korang boleh nampak tajuk post kat atas tu, aku nak share sebab dan musabab dan sedikit perihal tentang bidang pengajian yang aku ambil di UiTM Arau, Perlis.

Sains Geomatik bukanlah satu bidang yang 'alien' sangat. so janganlah buat muka blur pulak ye!

Dalam bidang aku ni dia ada tiga bahagian;


1- Sc. Geomatik tulen
2- Sc. Geomatik (Geographic Information System, GIS)
3- Sc. Geomatik Sumber Alam

Aku ambil pilihan yang pertama.

Memang tak dinafikan lagi bidang ni sangat memerlukan dan lebih menghargai tenaga kerja dari golongan lelaki kalau nak dibandingkan dengan perempuan. Tapi, perempuan pun sangat berfungsi juga sebab selalunya perempuanlah yang akan menyimpan dan merekod segala data dan maklumat yang diambil oleh golongan lelaki. (itu seperti yang Sir aku katalah..) Dengan erti kata lain bidang ni lebih menjurus kepada surveyor atau bahasa melayunya ukur tanah. (yang buat kerja guna benda ala-ala macam nak tangkap gambar kat tepi jalan tu lah...)



Pertamanya sebab kenapa aku pilih bidang ni?


Sebabnya:



1- satu pengajian yang merangkumi semua situasi pembelajaran. Hall, lab, site dan kelas. So, takde     masalah bosan duduk dalam kelas dan asyik-asyik kena lepak dalam lab.

2- Kawasan pembelajaran yang tenang dan kondusif walaupun suhu Arau tidak boleh diramalkan.

3- Kos sara hidup berpatutan.

4- Adventureos.

5- Main dengan data dan nombor.

6- nak penuhkan kuota merantau satu semenanjung. maka ke Arau lah untuk melengkapkannya.


Apa-apa pun minat yang tinggi. Dalam apa jua benda yang kita lakukan kena ada minat yang mendalam (kalau tak minat pun kena pupuk bagi minat) dan kesungguhan yang tinggi. Kesungguhan tu penting. sangat-sangat-sangat penting.



Antara subjek asas awal yang bidang aku ambil:


1- Consolidating language skills (English asas)
2- Fundamentals of Islam
3- National kesatria (kokurikulum)
4- Pre calculus (asas matematik dan add math)
5- Physics (fizik form 4 dan form 5)
6- Introductry surveying
7- Computer Application 1

Yang nombor 6 dengan tujuh tu mungkin nampak macam susah, tapi takdelah.


No.7 tu adalah asas pengunaan komputer. macam cara nak guna microsoft, format-formatnya, pastu belajar coding sikit time guna VB6 (Visual Basic). Kalau korang student ICT adalah lebihnya sikit. Lagi satu subjek yang ke-7 ni takde final. So, semua markah adalah berdasarkan mid-term dan juga assignment. jadi aku nak pesan, hati-hatilah...


Yang no.6 tu pengenalan asas tentang bidang yang kita ambil ni. Kita akan di dedahkan macamana nak guna instrument, pengenalan kepada traversing dan macam-macam lagilah.



Naik semester kedua, ada "hard core" sikitlah pasal subjek yang kita betul-betul akan serap dalam dunia pekerjaan, start dalam sem kedua ni. Credit hournya pun boleh tahan. Nama course tu adalah....

  1. CADASTRAL

  2. Engineering Surveying

  3. sama jugak still ada kokurikulum wajib

  4. pengajian islam dan tamadun dunia

  5. Calculus 1

  6. Astronomi

  7. Intermediate english


Begitulah seterusnya jugak. Minat takde masalah. Course ni perlu kefahaman yang tinggi. dan kena rajin buat tutorial.



Itulah sedikit sebanyak yang aku tahu tentang apa yang aku belajar. Untuk makluman korang dah ramai senior yang kos nie, dan sekarang tengah sambung degree kat oversea...naaaa...jangan pandang sebelah mata tau bidang nie...Antara hasil pencarian Mr.Google aku terjumpa blog senior ni...


senaakaba21



Baca setiap entri dia membuatkan semangat nak belajar tu tinggi je...seronok kot, sapelah tak seronok dapat jejakkan kaki kat luar negara time study ni. Masa studylah masa yang paling sesuai untuk mencari dan mengembara.

rajin-rajinlah share kalau korang ada jumpa blog bakal surveyor yang menarik dan mencabar.


#(tetiba teringat dekat jingga; "kerja hari ni kena selesaikan hari ini, esok selesaikan kerja esok.dan seterusnya") entah betul ke idak ayat tu...




***UPDATE.!!!***

p/s: Pengalaman belajar geomatik memang seronok kalau kita suka kepada perkara baru dan mencabar. Kena ingat, pilih bidang yang nak diambil bukanlah perkara  main-main. Sebab ia berkait dengan masa depan dan kerjaya kita.Disebabkan masa batch aku boleh dikategorikan agak ramai yang 'kantoi', ada sampai 'Quit' dengan alasan 'tak boleh nak carry'. Cuba fikir sedalam-dalamnya, lagi-lagi yang ada buat pinjaman.So, nasihat aku pada sesiapa yang gigih baca entri ni sebab nak tau pasal Geomatik, rajin-rajinlah belek "Geomatik" kat blog ni untuk baca semua pengalaman sepanjang aku ambil bidang ni. (ayat promote tuu...)


Lagi satu, skop kerjaya bidang ni sangat luas. Maka peluang pekerjaan dia pun sangat tinggi dan besar. Hatta boleh kerja dengan Shell dan Petronas kalau betul-betul korang nak. Sebab dimana ada kemahuan, disitu pasti ada peluang dan jalan.



More about Geomatics Science


Untuk yang bertanya tentang perbezaan ketiga bidang Geomatik ni, boleh rujuk entri ini ya...

Perbezaan antara ketiga-tiga Geomatik


Thanks for reading!

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

24 ulasan:

  1. Sape yang nak kos ni tolong la pikir bebaik. Tolong ye google ape2 yg patut. Kalau tak minat gak, takyah ambik nnti mnyesal #SisNasihatJe #SisDahMenyesal
    Hahaha

    BalasPadam
  2. sila dengar nasihat sis yang berpengalaman ni...kaji habis dalam dulu sebelum letak dalam pilihan kos ya...

    bagus sis ni...baik orangnya..

    BalasPadam
  3. nak tanya kita belajar geomatik ni boleh ke tahu tanah ni bagus untuk buat pelaburan dan sekian2 macam patut beli, susuai buat bangunan dll.

    BalasPadam
  4. Itu lebih kepada hartanah tu. geomatik dia lebih terserlah kepada ukur tanah, bab-bab ukur lah senang cerita. kalau tanah sesuai buat bangunan tu pulak lebih ke arah engineering geology.

    BalasPadam
  5. 1- Sc. Geomatik tulen
    2- Sc. Geomatik (Geographic Information System, GIS)
    3- Sc. Geomatik Sumber Alam

    sis blh jelaskan beza bahagian2 geomatik trimas ye :)

    BalasPadam
  6. InsyaAllah saya akan jelaskan dalam entri akan datang. Terima kasih sudi bertanya.
    :)

    BalasPadam
  7. Apa perbezaan antara ketiga tiga bahagian tu ye?

    BalasPadam
  8. Baru2 ni result upu keluar, saya dapat course ni kat uitm arau. Saya seorang aktif dalam koko dan minat maths. Sofie rasa saya 'okay' ke dalam course ni?

    BalasPadam
  9. ok then :) n sis rsa klau student tu x prnah ambk subjek fizik ok k klau nak try trima kos ni trimas again:)

    BalasPadam
  10. boleh saja...sebab semuanya akan diterangkan semula. sebab tak semua yg ambil fizik...lagipun fizik dia lagi senang daripada masa spm.

    BalasPadam
  11. ha..secara ringkasnya takde lah beza besar sgt. dia beza masa nak praktikal masa sem 6 je...secara detail dan lebih byk huraiannya pulak awak kena tunggu next post k...

    BalasPadam
  12. aktif dalam koko dan minat maths? okay ja, sebab fizikal memang kena kuat. lagi2 kalau praktikal masa bulan puasa...

    dalam kos ni memang kena banyak basic math dan upper math...tapi kenapa tak mintak sains math ek?

    BalasPadam
  13. nk tnya, bukankah peluang pekerjaan sains geomatik ni lebih berpeluang kpd lelaki? sbb ckg sy ckp kebanyakkan lelaki yg keluar mengukur tanah

    BalasPadam
  14. Ha'ah memang pun bidang ni lebih cerah utk lelaki. tapi diorang banyak diberi tugasan luar. perempuan ramainya jadi drafter, orang yang proses data dekat opis.

    BalasPadam
  15. elif boleh rujuk dekat entri yang ini untuk keterangan dia k? kat situ saya dah ceritakan beza dia dgn detail..okay?

    http://www.sofieadie.com/2016/05/perbezaan-antara-geomatik-tulen-gis-dan.html

    BalasPadam
  16. mana paling menarik antara 3 tu?

    BalasPadam
  17. personally paling menarik 120, dari segi analysis; 121 dan 122.
    Depends pada individu utk terjemah menarik tu ^_^

    BalasPadam
  18. Sya nk tau..klau bidang ni kje dia cane ea..i mean msuk kje mcm mne nnti..and gaji?

    BalasPadam
  19. kerja dia macam mana? kerja dia sangat meluas. secara kasarnya yang paling orang selalu nampak adalah yang kira saiz tanah, luas bagi dinyatakan dalam geran tanah.
    gaji tu..kena tanya yang berpengalaman ^_^

    BalasPadam
  20. Saya nak tanya kenapa ramai yg tetiba quit dri course?? Ssh sangat atau ada sbb lain?? Maaf kalau soalan saya agak kasar???

    BalasPadam
  21. seperti yang saya nyatakan dalam entri, mstly quit sebab diorang tak boleh bawak subjek2 dalam kos ni. kos geomatik adalah kos professional yang memrlukan keterlibatan yang tinggi dalam semua aspek (lab-fieldwork-kelas).

    ada jugak yang dapat panggilan SPA. ataupun dapat kos yang memang diorang minat giler-giler. selalunya orang suka guna alasan kos ni diorang dapat sebab main isi je...bila dah belajar, rasa susah-quit...

    takde benda senang untuk jadi senang...tu je...

    BalasPadam
  22. sis masih belajar atau dah kerja ?

    BalasPadam