Latest Posts

"ASSALAMUALAIKUM" Macam pelikkan bila orang yang tak pernah ber'CINTA', berbicarakan tentang cinta... Se...

"ASSALAMUALAIKUM"

Macam pelikkan bila orang yang tak pernah ber'CINTA', berbicarakan tentang cinta...


Sebenarnya,..aku bukanlah nak berhujah tentang cinta itu the blablabla.....
Mana ada orang nak ambil nasihat tentang cinta daripada orang yang tak pernah bercinta. Kan?!
Perlahan-lahan angguk...

Aku nak cerita tentang macam mana aku boleh 'cinta' dengan watak Pyan. hahahaha...entri tentang 'pyan'..Ala, pyan yang dalam 'Soalnya Hati' tulah...

Tahun 2007
(merupakan tahun ketiga aku belajar di suatu tempat yang adanya 'tak wujud'. 
Macam kat tempat hidden cities gi tu!)

Suatu petang. Aina pernah tanya aku,
"Dah pernah baca tak novel 'Soalnya Hati'?"

Aku jawab, tak pernah. 

Tanyalah yang mana satu? Kalau cerita tu pernahlah tengok. Cover novel tu macam mana?
Dengan bersungguhnya dia pun menerangkan bentuk dan segala yang berkaitan dengan novel tu.
(Masa duduk asrama, part paling best adalah bila ada member kita berborak tentang novel atau cerita yang dia pernah tengok sambil makan 'jajan' dan berbincang sambil gelak tawa...)

Start dari sinopsis, pergi kepada watak novel, lepas tu tentang taugeh (sebab heroin dalam cerita tu tak suka makan taugeh) dan style pyan bercakap sambil masukkan tangan dalam poket. (sangat cool!)
Aku yang belum baca lagi dengan setianya mendengar dia cerita terasa macam;
"Weh, nak baca..."
Then, dia pun kata, 'Belilah!" dan gelak bahagia. Menunjukkan bahawasanya cerita tu sangat menarik dan rugi kalau tak baca!

Then, masa tu ada pesta buku sedang berlangsung kat PWTC, Aku dengan member aku yang kamceng 'gila novel' masa tu, habis merayu kat ustazah yang bertugas. Mintak pelepasan dan peluang untuk ke pesta tu. Orang kata, sebelum kita buat cara 'haram', kena mintak cara' halal' dulu. Kalau diorang tak bagi, baru kita 'langgar'! (Ni prinsip masa dululah, kadang-kadang je guna prinsip ni, sebab kadang-kadang ia berguna jugak! hahahahah)

Disebabkan ustazah kami tu baik sangat, dia pun tak benarkan apa-apa outing yang melibatkan aktiviti 'sosial'. Lagi-lagi pesta. Even pesta buku pun, ianya tetap digelar tempat 'bersosial'!

Apalagi, meeting membina 'plan bawah tanah' untuk menyeludup keluar pun dijalankan. Maka, selamatlah kami berangkat ke tapak pesta. Dengan bahagianya (tanpa rasa bersalah), kita orang berhabis sakan mencari novel nan satu ni. 

Nak dijadikan cerita, kitaorang beli 3 novel skema bagi setiap satu novel illegal. So, kalau tertangkap pun mustahil lah tak percaya, sebab banyak tu kami beli. Adalah nak sampai dua ratus. Yang si Aina ni mujur sempat sambar novel 'Soalnya Hati' sebelum dia dirembat orang lain. (Oh, macam drama pulak kena rebut-rebut novel...)

Tadaa...inilah dia Soalnya Hati!
Sampai-sampai je kitaorang depan tangga asrama, tertangkaplah oleh ustazah yang baik tadi. Terkantoilah kami!!! Dalam hati takleh nak kata apalah. Nasib baik dah plan siap-siap. Yang malangnya, novel SH ni tak sempat diselamatkan!!! Maunya tak menangis, tapi sabar je lah. Menadah je lah telinga dengar 'ceramah' free. Nak buat macam mana, dah tak de rezeki. Aina pun iya kan ajelah...

Melepas lagi...
Takpelah 'pyan'...kalau dah jodoh tak kemana...

"ASSALAMUALAIKUM" Cerita tentang aku dan lindsey? Aku dan Lindsey Stirling ? 'Bagi aku observ dulu, tang mana tah persamaan di...



"ASSALAMUALAIKUM"

Cerita tentang aku dan lindsey?


Aku dan Lindsey Stirling?


'Bagi aku observ dulu, tang mana tah persamaan dia...'


(Tajuk macam aku dengan Lindsey ni pernah berjumpa je gayanya.hahahaha)


Tak adelah, mana ade....


Aku just salah seorang peminat dia yang menyokong dari jauh je...huhuhu


Nak kata peminat tegar tu, taklah kot..


sebab setakat ni aku takdelah berhabis duit semata-mata untuk album dia.


just usha-usha kat you tube je...


Sape tak kenal gadis violin hip hop ni?


Dengan gaya dia yang cool, sempoi dan sangat humble...


Okey, aku dah speechless....


Senang kata kalau aku nak dengar muzik tanpa lirik, aku akan pasang semua lagu dia.


Macam ada 'soul' di situ..


Seolah, biar irama berbicara..


Sambil nak bersiap pergi kelas or dalam perjalanan ke detinasi, muzik dia 'terbaik'!!!


Paling best yang Assasin's Creed III tu..


Okey, writeless sudah..


Viewers youtube dia pun boleh tahan meletop!


Kalau berminat bolehlah check dekat youtube, g+ dan laman web dia sendiri.



"ASSALAMUALAIKUM" Cerita tentang aku dan lindsey? Aku dan Lindsey Stirling ? 'Bagi aku observ dulu, tang man...

"ASSALAMUALAIKUM"
Cerita tentang aku dan lindsey?

'Bagi aku observ dulu, tang mana tah persamaan dia...'

(Tajuk macam aku dengan Lindsey ni pernah berjumpa je gayanya.hahahaha)
Tak adelah, mana ade....
Aku just salah seorang peminat dia yang menyokong dari jauh je...huhuhu
Nak kata peminat tegar tu, taklah kot..
sebab setakat ni aku takdelah berhabis duit semata-mata untuk album dia.
just usha-usha kat you tube je...

Sape tak kenal gadis violin hip hop ni?
Dengan gaya dia yang cool, sempoi dan sangat humble...
Okey, aku dah speechless....

Senang kata kalau aku nak dengar muzik tanpa lirik, aku akan pasang semua lagu dia.
Macam ada 'soul' di situ..
Seolah, biar irama berbicara..

Sambil nak bersiap pergi kelas or dalam perjalanan ke detinasi, muzik dia 'terbaik'!!!
Paling best yang Assasin's Creed III tu..
Okey, writeless sudah..

Viewers youtube dia pun boleh tahan meletop!
Kalau berminat bolehlah check dekat youtube, g+ dan laman web dia sendiri.

"ASSALAMUALAIKUM" klik banner untuk join! Aku sebagai seorang blogger?! Aku pernah buat satu entri khusus tentang ...

"ASSALAMUALAIKUM"
 Klik banner untuk join!
klik banner untuk join!

Aku sebagai seorang blogger?!
Aku pernah buat satu entri khusus tentang kisah 'Aku dan Blogger' di suatu hari yang sangat kehabisan idea. Macam mana kisahnya aku berminat dan give up. 
Aku minat sebab aku suka baca blog yang santai dan sempoi yang more kepada hidup diorang.
Aku give up sebab aku tak rasa orang boleh terima idea aku.
Dan sekarang aku bangkit balik.
Cuba beranikan diri cebur dunia blogger.
Cuba mencabar diri dengan sesuatu yang menghantui.
(yang kadang-kadang bagi aku ia menakutkan juga. Tak tau pasai pa...)

Sebenarnya aku nak jadi blogger just suka-suka nak kongsi karya, cerita, pengalaman dan macam-macam benda nak diceritakan dekat dunia ni tapi tak terluah.
Aku nak kongsi karya, nak orang baca idea aku dan kritik untuk aku majukan lagi nilai karya aku.
Tapi, aku bukak je blog jadi tersekat...
Sebab aku takut orang akan terasa dan marah dengan karya aku dan diorang akan banned aku dan yang paling menakutkan mereka akan cari dan BUNUH aku!
(imaginasi tak terkawal!)

So, bila aku tengok lagi 'kebodohan' aku sendiri time join segmen oleh saudari afifah ni, rasa macam;
'Aiyooo...apa ke bodoh sangat tak faham arahan! ish...teruk teruk...'
Untuk saudari Afifah, maafkan daku diatas segala kekeliruan dalam memahami ayat.

Okey, terpanjang pulak bebel..
Dah macam orang gila dah!

So, kesimpulan yang panjang ni aku sertakan link entry blog aku yang rasa boleh jalanla..

Dan dua member blogger;
Princess Ayuni
Nad

*Ini dah kira cukup syarat tak saudari afifah?!
Saya berkali-kali baca syarat yang ke-6 ni: 
'Semua peserta digalakkan membaca dan memberi komen entry yang "dijual". Ayuh kita sama-sama menjadi blogger yg lebih produktif ! :D'

Tak faham jugak!aiyoo...dah habis berkerut dahi baca..
kalau masih salah jugak keluarkan je dari segmen ni..dah macam menyusahkan pulak..huhuhu

Kisah aku dan blogger bermula sejak 2011 . Zaman tu aku selalu lepak pergi c.c semata-mata nak baca blog orang atau kata lainnya 'blogwa...


Kisah aku dan blogger bermula sejak 2011. Zaman tu aku selalu lepak pergi c.c semata-mata nak baca blog orang atau kata lainnya 'blogwalking'. Dan tahun 2011 adalah tahun kedua aku bermastautin di Kelantan.  (yeah, ia agak kind of ketinggalan zaman untuk aku yang masih tak ada lappy sendiri.)



Dan bermula tahun itu aku mulakan dunia berblogging. Aku jatuh cinta dengan para blogger yang otai, macam zack zukhairy, maria elena, hanis zalikha etc. etc.


First nama blog yang aku bubuh adalah HISFANTAREAL. Ia adalah gabungan nama history, fantasi dan juga reality. (dengan description 'history sebuah fantasi mencetus realiti'....) Hampir setiap hari aku singgah pergi c.c semata-mata nak update blog. Yeah, u know...dengan blog, aku kongsikan cerita dengan beradik yang lain. Maklumlah blog nie dah menjadi seakan diari online kitaorang. (sampai sekarang...)


Memang agak mahal untuk lepak kat c.c dengan harga sejam rm1.50. Kalau tiga jam? Mahu dua bungkus nasi boleh beli..


Tahun 2013,


Aku delete blog tu bersama dengan emailnya sekali. Sebab? takde sebab yang kukuh! maklumlah masa tu 'zaman rennainsance' untuk aku. Dan aku buat balik email baru beserta blog baru. Dan tadaaa.....inilah blog aku yang cuba aku pertahankan dari di roboh oleh 'perang dingin'. Aku cuba cari identiti blog aku sendiri. Agak seharian suntuk jugaklah cari title untuk blog ni. Berkali tukar nama dan url.


Tak payah di ceritalah apa nama yang dah aku guna untuk cari 'keunikan' sendiri. (Itulah 'masalah' bagi 21st century: Masalah mencari username, tagline etc.) Hari tu ada jugak aku guna nama 'Sofi G-kan' dengan sebutan 'Sofi G dash kan'... Tapi, bila difikirkan balik "aiyooo...kalau the real 'sofi jikan' tahu ni maunya mampos aku!"


(even aku kind of peminat kecil sofi jikan! huhuhuhu) naa...kan dia dah serang blog gua!!! sofi memang nama aku...amaaaaa!!!!tolong saya!!


Then, aku pun tukar balik and this is the last name yang paling tak hipokrit lah aku rasa untuk digunakan. "sofie adie" (dengan penuh yakinnya...) Rasa macam penat dah nak cari identiti blog sendiri, aku pun follow the instinct of woman. buat ikut apa yang aku rasa releven.


***THE END***


Itulah kisah aku dan blogger yang sangat tragis! Berblogging untuk aku adalah satu cara yang paling mudah untuk mengeksperesikan cerita dan pengalaman. Ia macam kepuasan. (Biar takde orang baca pun!) <------statement sedih o,0


Informasi, tips, fakta menarik, etc. etc. semua boleh dikongsikan melalui blog.. Tapi, blog aku cukuplah sekadar perkongsian pengalaman dan cerita yang takde copy pasta dari mana-mana. Sebab aku lebih suka baca blog yang berbentuk diari, Alasan; cerita dia macam lebih dekat dengan alam. apa-apa ajelah...yang penting aku akan baca mana yang masih dalam landasan. So, at least aku tak membazir masa dan dapat tambahkan pengetahuan am.


***THANX FOR READING***


Aku dan blogger part 2 ?



Kisah aku dan blogger bermula sejak 2011. Zaman tu aku selalu lepak pergi c.c semata-mata nak baca blog orang atau kata lainnya 'blogw...

Kisah aku dan blogger bermula sejak 2011. Zaman tu aku selalu lepak pergi c.c semata-mata nak baca blog orang atau kata lainnya 'blogwalking'. Dan tahun 2011 adalah tahun kedua aku bermastautin di Kelantan.  (yeah, ia agak kind of ketinggalan zaman untuk aku yang masih tak ada lappy sendiri.)


Dan bermula tahun itu aku mulakan dunia berblogging. Aku jatuh cinta dengan para blogger yang otai, macam zack zukhairy, maria elena, hanis zalikha etc. etc.
First nama blog yang aku bubuh adalah HISFANTAREAL. Ia adalah gabungan nama history, fantasi dan juga reality. (dengan description 'history sebuah fantasi mencetus realiti'....) Hampir setiap hari aku singgah pergi c.c semata-mata nak update blog. Yeah, u know...dengan blog, aku kongsikan cerita dengan beradik yang lain. Maklumlah blog nie dah menjadi seakan diari online kitaorang. (sampai sekarang...)

Memang agak mahal untuk lepak kat c.c dengan harga sejam rm1.50. Kalau tiga jam? Mahu dua bungkus nasi boleh beli..

Tahun 2013,
aku delete blog tu bersama dengan emailnya sekali. Sebab? takde sebab yang kukuh! maklumlah masa tu 'zaman rennainsance' untuk aku. Dan aku buat balik email baru beserta blog baru. Dan tadaaa.....inilah blog aku yang cuba aku pertahankan dari di roboh oleh 'perang dingin'. Aku cuba cari identiti blog aku sendiri. Agak seharian suntuk jugaklah cari title untuk blog ni. Berkali tukar nama dan url.

Tak payah di ceritalah apa nama yang dah aku guna untuk cari 'keunikan' sendiri. (Itulah 'masalah' bagi 21st century: Masalah mencari username, tagline etc.) Hari tu ada jugak aku guna nama 'Sofi G-kan' dengan sebutan 'Sofi G dash kan'... Tapi, bila difikirkan balik "aiyooo...kalau the real 'sofi jikan' tahu ni maunya mampos aku!"

(even aku kind of peminat kecil sofi jikan! huhuhuhu) naa...kan dia dah serang blog gua!!! sofi memang nama aku...amaaaaa!!!!tolong saya!!

Then, aku pun tukar balik and this is the last name yang paling tak hipokrit lah aku rasa untuk digunakan. "sofie adie" (dengan penuh yakinnya...) Rasa macam penat dah nak cari identiti blog sendiri, aku pun follow the instinct of woman. buat ikut apa yang aku rasa releven.

***THE END***

Itulah kisah aku dan blogger yang sangat tragis! Berblogging untuk aku adalah satu cara yang paling mudah untuk mengeksperesikan cerita dan pengalaman. Ia macam kepuasan. (Biar takde orang baca pun!) <------statement sedih o,0

Informasi, tips, fakta menarik, etc. etc. semua boleh dikongsikan melalui blog.. Tapi, blog aku cukuplah sekadar perkongsian pengalaman dan cerita yang takde copy pasta dari mana-mana. Sebab aku lebih suka baca blog yang berbentuk diari, Alasan; cerita dia macam lebih dekat dengan alam. apa-apa ajelah...yang penting aku akan baca mana yang masih dalam landasan. So, at least aku tak membazir masa dan dapat tambahkan pengetahuan am.

***THANX FOR READING***

Aku dan blogger part 2 ðŸ˜€