Latest Posts

"Bersihkan lukamu" arahnya. Iodin dituang pada kapas menghasilkan warna kuning yang kemudiannya dia tampal pada luka. "Awww!...

"Bersihkan lukamu" arahnya. Iodin dituang pada kapas menghasilkan warna kuning yang kemudiannya dia tampal pada luka.

"Awww!" desisnya.

"Kau tahu bukan, luka sebegini sepatutnya dijahit?" cerlung matanya. Dalam. Seperti harimau salju yang merenung pergerakan dipergunungan Iceland. Dia diam.

"Inilah masalahmu! Luka yang perlu dijahit, kau hanya rawat dengan plaster. Apa yang kau expect plaster tu akan bagi?"

Dia diam. Meringkuk, menahan perit luka yang semakin parah merebak. Dalam diam dia menangis.

Aku tak tahu doktor mana harus dituju...

Aku keliru jalan mana harus ku turut untuk ke hospital yang satu...

Aku cuma hanya mahu ikut pada alir sungai tanpa perlu risau pada batuan yang berliku...

"Kadang, kau tak boleh jadikan plaster untuk rawat luka yang perlukan jahitan..." ulangnya. Ayat ini sudah beribu kali dia guna. Pada dia, dia dan dia yang seringkali mencari plaster semata-mata takut pada jarum dan jahitan yang menggerikan. Paling parah, mereka takut pada parut!

Perit tahu, mahu fahami mereka yang lebih rela menampal plaster pada limpahan darah yang sudah bernanah dan baunya...usah diceritalah betapa hanyir! Naik mual juga dia menegur manusia sebegini.

"Aku sunyi..." ujarnya sayu.

"Muzik kan ada"

.....

"Beginilah kawan, kau itu aku sudah simpan di muzeum. Kerna kau terlalu antik untuk didedahkan pada arus kemodenan duniaku. Bahkan, aku tiada miliki satu pun peralatan yang setimpal canggihnya dengan kamu yang terlalu...terlalu klasik!" dalihnya berlapik.

Dia diam.

Jika bagimu plaster itu bisa merawat segala kudis yang mula memakan diri, paling tidak usahlah ditampal-tampal plaster itu pada luka yang sama. Atau paling jijik sekali, buanglah plaster lama itu sebelum kau balut lukamu dengan plaster yang baru.

Masakan luka itukan sembuh jika kamu hanya mengharap pada plaster untuk mengeringkan segala lukamu yang sarat dengan kuman??

Tak masuk akal! Apa kamu sudah hilang waras??

Berdenyut kepalanya untuk memahami situasi yang terlalu pantas berlaku. Seperti air bah tsunami yang menerjah tanpa sebarang warta rasmi. Sedar-sedar, dia sudah terhanyut di talian air.

"Yang kau boleh terjebak dengan dunia macam ni kenapa?" Kejora bertanya pelik. Hairan bin Ajaib betullah kawan nan seorang ini. Mahu dikata bodoh, punya kelulusan peringkat ijazah sarjana muda. Yang sang penggemar plaster itu pula, bijaknya tidak alang-alang. Bahkan pernah mendapat anugerah kecemerlangan. Tapi kenapa?????

"Jangankan kau, aku pun tak sangka...doktrin apa yang menghantui aku sekarang ni. Dia, dia tu, hero imaginasi dalam buku yang tak sepatutnya hidup di dunia nyata!" teriaknya tidak puasa hati.

"BODOH!!!!!!!!!!!!!!! kenapa kau muncul?????"

"La.....bukan selama ni kau memang nak hero novel kau muncul ke? bila dia muncul kau pulak yang meroyan tak keruan ni dah kenapa?"

Helaan nafasnya kini terasa sarat dengan persoalan yang dia sendiri tidak pasti samada punya jawapan atau tidak.

"Kau tak nak cuba berhubung dengan dia semula ke? Yelah, kau kan pernah suka dia..."

Diam.

'Patutkah aku tambahkan rawatan plaster pada luka dia?'

*****************

Plaster itu dia hulur pada mereka yang punya luka kecil sahaja, bukan pada mereka yang lukanya mengalir tanpa henti. Bahkan dia sendiri tidak pernah terfikir yang hidupnya perlu menjadi plaster. Atau, sebenarnya dia memang dilahir menjadi perawat pada manusia yang punya luka tiada kelihatan?

'Parah! Parah!' desisnya beribu kali. Namun itulah hakikat yang dia cuba untuk telan. Manusia lebih memilih plaster daripada dijahit tanpa sebarang ihsan.

Kawan, kadang jahitan yang meninggalkan parut itulah sebenarnya yang membuatkanmu lebih kental berbanding plaster yang sedikit pun tidak merawatmu bahkan kau akan ulangi kesakitan yang sama berjuta kali...
Plaster tidakkan mampu melancarkan pergerakanmu untuk jangka masa yang lama. Berhentilah jadikan plaster sebagai topeng lukamu. Taburkan saja garam dan jahitlah luka yang sekian lama dibiar bernanah itu. Kerna, ada baiknya kamu buang sebahagain dari dirimu yang sudah tidak lagi dicipta untuk bersamamu, daripada kamu pikul sesuatu yang sudah lama mati....

Pilihan itu ada pada dirimu. Dan untuk ke sekian kalinya aku ulang, "usah jadikan plaster sebagai rawatan jika lukamu itu perlukan jahitan...atau lebih teruk dari itu, pembedahan...kerna tak semua luka kan sembuh dengan hanya menampal plaster...."

Pesanan penulis: Ini bukan entri mengenai sejarah tau fu fa mahupun cara menghasilkan tau fu fa. Ia adalah metafora kepada gambaran kehidupa...

Pesanan penulis:

Ini bukan entri mengenai sejarah tau fu fa mahupun cara menghasilkan tau fu fa. Ia adalah metafora kepada gambaran kehidupan dunia hari ini.

********

"Kondisi dunia hari ini tak ubah seperti tau fu fa yang dimakan menggunakan chopstick..." katanya sambil menghirup air soya.

Aku termangu. 'Ada ke manusia yang makan benda tu dengan chopstick?'

"Takde. Sebab kau hanya akan hancurkan kecantikkan tekstur tau fu fa..."

2020 yang dikhabar dengan pelbagai kemodenan akan menakluk dunia seperti yang digemburkan 20 tahun lalu kini tinggal kengerian dan ketakuan yang menyelubungi penduduk Bumi. Pembukanya saja sudah kecoh dengan isu kebakaran hutan di Australia, Corona Virus, gempa bumi, banjir, isu kematian Ashraf Sinclair, Abam bocey dan hanya Tuhan saja tahu apa yang akan dan bakal berlaku pada sisa dunia hari ni...

Itu belum lagi di senaraikan ketidakstabilan isu politik di Malaysia. Pening!

Betullah kata orang dahulu kala, manusia hanya mampu merancang. Yang memberi keizinan itu hanya Tuhan. Kurang dari 48 hari lagi kita puasa. Biasa time puasa, automatik kita akan ada bazar. Itu pun tak tahu macam mana sambutan bazar tahun ni.

Persoalan, adakah COVID menjadi punca kesemua pergerakan dunia? Tak pernah-pernah tanah suci sunyi sehening hari ini...tiba-tiba ia kosong dan sepi.

Mungkin entri kali ni tak ubah seperti pengulas berita. Aku pun tak tahu apa angin yang melanda sampai aku jadi klon Clark Kent. Hahahaha....alhamdulillah, sebagai seorang manusia yang memang suka melakukan aktiviti dalam rumah tak terasa beban bila diwartakan untuk kurangkan aktiviti luar rumah.

Minggu ni jugak aku akan aktifkan semula projek podcast Orang selepas sebulan tergendala. Kononnya memberi ruang pada detox alam maya. So adakah detox itu perlu? yup, ia sangat diperlukan untuk membetulkan presepsi hidup. Korang dengar je lah apa isu dia. Mungkin sekitar isu yang sedia maklum, atau beberapa update hidup Orang dan falsafahnya...

Aku dah lama tak berfalsafah...huhuhuhu bila dah lama diperap, teori itu jadi basi..so, sebelum aku merepek lebih banyak, baiklah aku hentikan penulisan merapu ni.

Jaga diri, jaga kesihatan, yang paling penting sentiasa muhasabah diri...pesanan untuk aku sendiri jugak yang dah jauh dari Tuhan...benda yang paling takut adalah bila kita tak walk the talk...salah satu sebab aku detox dari alam maya....

Adios!

Salam budiman buat semua rakan seperjuangan mahupun pengunjung laman sofieadie. Seperti yang dijanjikan, bulan March adalah bulan kelahiran ...

Salam budiman buat semua rakan seperjuangan mahupun pengunjung laman sofieadie.

Seperti yang dijanjikan, bulan March adalah bulan kelahiran semula bagi semangat seorang sofie. Dengan bertemakan membantu mempromosi bisnes kawan-kawan yang satu program GRACELAB anjuran MASMED UiTM Shah Alam tahun 2019.

Cerita sebenar di sebalik misi ini adalah akibat keterlanjuran turn down ajakan satu member ni untuk jadi mereka punya soc-med manager. Aku tak tahu apa yang berlaku masa tu. Aku just terlalu takut pada peluang yang banyak sangat mendatang sampai tak percaya pada diri sendiri....

Demi menebus segala keterlanjuran dengan penuh kesal dan sangatlah rasa bersalah sehingga dua tiga minggu jugak aku cuba abaikan segala rasa. Maka, aku pun wujudkan misi closure dengan membuka peluang mempromosi bisnes kawan-kawan.

Jangan risau, semua promosi ni aku buat atas dasar sukarela. Tiada bayaran. Sebab aku sendiri pun takde kelayakan untuk terima bayaran (buat masa ini). Dan InsyaAllah aku dalam perancangan untuk ambil second-degree dalam bidang berkaitan dengan content creator (jika diberi peluang). Kemungkinan jugak akan dilakukan secara separuh masa.

Ye, aku memang suka buat hidup huru-hara. Memang tak reti nak hidup satu sisi kan?

Jadi, untuk korang yang mana rasa ada nak promosikan bisnes, bolehlah gunakan peluang ini sebaik mungkin. Aku pun budak baru nak berjinak dan menerima dengan hati terbuka industri pemasaran ni. Ye, dulu memang aku akur...aku tak suka marketing, hype dan segala macam yang berkaitan dengan pengiklanan...dan sekarang, itulah dunia aku untuk cari makan. Terima atau tidak, marketing sudah menjadi sebahagian dari darah daging aku....

Aku harap, dengan cara inilah aku dapat belajar dan buat kesilapan demi pembaikan pada masa akan datang.
Moga 2020 ini akan menjadi tahun mengasah bakat dan menggali segala potensi dalam mewujudkan Orang yang menjadi sandaran untuk aku terusan menggapai impian. Amin! - sofie

Bulan dua dah pun berlompat meninggalkan kesan debu yang tebal di meja yang kononya workstation dia di rumah. Alhamdulillah, aku kembali lag...

Bulan dua dah pun berlompat meninggalkan kesan debu yang tebal di meja yang kononya workstation dia di rumah. Alhamdulillah, aku kembali lagi untuk ke sekian kalinya.

Bulan Februari aku jadikan ia bulan hiatus buat detoxing dan rearrange balik misi hidup. Walau hakikat sebenarnya aku penat untuk teruskan impian. Tapi, impian takkan mudah digapai tanpa usaha yang berkekalan.

Antara peristiwa drastik berlaku sepanjang 29 hari yang lalu:-

  1. Aku turn down satu job kawan aku

  2. Aku terminate Nilediting service.

  3. Aku buat akaun IG personally hanya untuk privilage member sahaja.

  4. Official ig for promotion thingy dijenamakan semula sebagai 'Podcastorang' instead of 'thesofieadie'.

  5. Aku wipe off seorang manusia yang munculnya cuma untuk 3 hari


Apa sebenarnya yang aku dapat hasil semua peristiwa kat atas?

HIDUP DALAM RASA BERSALAH TAPI IN A GREAT WAY...

Bila kau hilang sesuatu, kau jumpa sesuatu.  Ye, kadang bila overwhelmed aku selalu jugak hadapi situasi dimana rasa macam nak cut off semua orang immediately...rasa macam nak lari dari grid, off radar dan bermacam rasalah...disebabkan suatu peristiwa yang bukan kuasa kau pun untuk kawal....

Yang aku syukurnya, kali ni aku boleh reheal dalam waktu yang singkat. Dua minggu!

Kalau based on previous experience, aku akan ambil masa paling singkat tiga bulan untuk pulih dari situasi sebegini. Dengan sokongan dan dorongan suasana tempat kerja buat aku perlu untuk pulih sesegera mungkin. Tiada jalan lain dah untuk tingkatkan diri sendiri selain keluar dari dunia ketakutan kau tu. 

Segala macam phobialah kau boleh senaraikan...dan sambil melupakan otak dari fikirkan semua tu, aku cuba jugak distract fikiran dengan layan series The Big Bang Theory sebanyak 12 season. Dan distraction itu hanya berjaya untuk seketika....nak atau tidak, aku perlu menjawab soalan diri sendiri,

"Sampai bila kau nak takut dengan semua benda???"

"Sampai bila kau nak lari dari semua komitmen dan responsibility???"

Kau bukan tak boleh bagi komited. Bahkan kau sendiri sedia maklum yang kau itu seorang yang setia. Setia tidak berbelah bagi once kau dah terlibat.

Bermacam persoalan sampai aku rasa macam....adakah aku sedang alami mid life identity crisis? 

hahahahaha....kelakar! But it's real though....aku ucap terima kasih gila pada semua kawan yang cuba untuk faham situasi 'gila' aku ni. Yang kadang aku sendiri sebenarnya tak tahu apa sebenarnya berlaku. ..

Yeah, ini adalah diari bagaimana Orang akan kembali untuk March 2020 ini.

Attachment dan detachment issues pun kadang buat aku trauma. Pada apa, aku sendiri tidak tahu. Kadang rasa macam bodoh gila sebab tak berfikiran waras. Kau nak beri inspirasi pada orang, tapi kau sendiri fragile....how come orang akan ambil pengajaran???

Mungkin aku overact and terlalu letak expectations yang tinggi pada diri sendiri sampai satu tahap, aku hilang......

hilang seolah manusia tiada Tuhan. Sedikit hilang pedoman.....

Tapi....dengan wujudnya Projek Orang, Podcast Orang dan segala macam misi yang aku sudah uar-uarkan, buat aku rasa macam...this project are the cure of all the illness that I hold.
Podcast Orang adalah kunci yang membantu aku lepaskan segala beban dari beg yang aku sandang entah milik siapa-siapa....

Lepaskan beban yang bukan kuasa kau untuk kawal....

Dan 29 Februari...

Aku kembali membawa sirna buat diri dan buat mereka yang mengalami situasi yang serupa tapi sukar dicerita kerna yang mendengar tak semua faham situasi yang kita rasa....

Aku harap kita semua akan terusan diberi kekuatan untuk buang segala beban, beg dan segala rantai yang membelengu pemikiran dan jiwa kita dari terus maju kehadapan. Cerita itu kompleks.

Oh ya lagi satu, sepanjang aku cuba pulihkan diri yang hilang waras itu, aku cuma implementasikan gaya hidup Stoic. Dan ia banyak membantu....aku follow apa yang Jordan Peterson, Seth Godin, dengar podcast daily stoic....dan here i am....writing for the comeback....sedikit tertampar juga sebenarnya dengan segala kenyataan mereka. Tapi, itulah yang aku perlukan. The UGLY TRUTH yang menampar kau supaya kau sedar, yang selama ni kau pentingkan diri sendiri.

Moga March dan seterusnya menjadi bulan pemula yang baru untuk aku kembali teruskan perjalanan.

Kadang sesat itu bagus...tapi membenarkan diri untuk sesat selamanya, ia boleh memberi ruang pada entiti lain untuk mengambil alih takhta. Please, don't make me let that things happen again....
We are once a broken soul...hardly ask for the help because we were afraid of being label as a weak...the truth is, asking for the help is never weak, but letting yourself swallow all the pain it is called selfish and the major of all the weaknesses..... -  sofie

Memang betullah kan semua orang akan tinggalkan kau. Tak kira cepat atau perlahan, penghujung hidup kelak, kau memang bersemadi sendirian. ...

Memang betullah kan semua orang akan tinggalkan kau. Tak kira cepat atau perlahan, penghujung hidup kelak, kau memang bersemadi sendirian.

"Aku rasa macam nak join kelas pengurusan jenazah..." Air dihirup sambil mata ditala pada kereta yang keluar masuk simpang kedai yang menjadi port mereka lepak.

"Asal kau cakap macam tu? "

"At least aku dah ada komuniti yang dapat jaga jasad aku selepas mati... "

Perbualan mereka dibiar sepi.

Galau. Ya galau benar jiwa dia malam itu. Keliru antara mahu menjadi penyu atau landak atau harimau putih atau arghhhhhh!!!!!!

"Boleh tak kita letak guideline sepanjang jadi kawan?" gelaknya berseloroh. Walau itulah hakikat yang dia cuba jernihkan sejak dua menjak ini.

"Asal nak kena ada guideline bagai ni? Memang kena ada ke macam mana? "

"Ya. Untuk berkawan dengan aku memang banyak guideline dia. You know, at least lepas aku bagitahu ni, aku boleh terus lesap sebelum kau tinggalkan aku.... "

Senyap sepi lagi.

"Macam lagu 'Takeaway'...." sambungnya.

Before I love you (nah, nah, nah)
I'm gonna leave you (nah, nah, nah)
Before I'm someone you leave behind
I'll break your heart so you don't break mine.

"Owhhhh... "

"So, kau masih nak kawan dengan aku ke?" dia pandang planet yang pernah dipuja  bertahun lalu. Jauh ke angkasa raya.

......

.....

"Oh come on, cakaplah something weh!" gelaknya gemuruh.

"Aku okay je. Cumanya aku tak rasa kau kenal sisi aku yang lagi satu. Mungkin kau nampak aku yang ini, dan bila kau kenal aku yang satu itu, aku akan vanish... "

Dia hanya diam. Bukan setiap manusia itu pastu punya dua versi?

"Aku tak kisah past or future kau macam mana, as long as aku ada present kau. Ia dah cukup memadai."

Perbualan itu terusan terngiang. Bermain dalam benak hingga dia cipta satu dimensi dimana Zuhal yang sepatutnya berjuta jarak itu, kini wujud di depan mata.

Dan tanpa mereka sedar, pertembungan antara keternampakkan Zuhal dan Pluto itu adalah diluar kawalan bima sakti. Dalam masa yang sebegitu singkat, kini mereka hanya tinggal satu tragedi.

Tragedi Zuhal.

Saturn Tragedy, kalau dalam bahasa omputihnya.

Kau buat athazagoraphia dan gamophobianya terusan meningkat hingga menjerut diri. Dia takut segaaaalaaanya yang berkaitan dengan dua ini. Hingga dia terpaksa pilih untuk buang satu demi satu watak yang menghiasi laman ceritanya  dulu.

Told ya, don't get to close it's dark inside....

"Kenapa kau left group? "

"Aku just nak decluttering buat sementara waktu... "

I'm freaking tired of this battle. Walau berjuta kali aku janji yang pertarungan itu milik aku... Tapi, dia tetap menguasai.

Dia.

Dia yang takut pada yang bernama kehilangan dan komitmen perhubungan.

Dia yang serik pada sebuah perkenalan jika hujungnya ditinggalkan.

Dia yang.... Sentiasa menjadi Pluto yang memuja Zuhal walau tiada kebarangkalian untuk kenampakkan semula.

Dia... Dia sudah menjajah nakhodanya sehingga siapapun membaling pelampung untuk selamatkan dia, dia pilih untuk berenang lebih dalam.

Sebab aku tak layak.

I'm not worth any breath of knowing.

Tiada guna selamatkan jiwa yang tidak mahu untuk diselamatkan.

Ibarat tabur gula dilaut masin.

Dan Tragedi Zuhal itu terkambus dalam timbunan batuan yang tiada siapakan mahu gali. Malah, tiada siapa pun tahu batuan Zuhal wujud dimuka bumi.

Please, don't let us go. Harapnya.
You taught me the courage of stars before you left
How light carries on endlessly, even after death
With shortness of breath, you explained the infinite
How rare and beautiful it is to even exist


I couldn't help but ask
For you to say it all again

I tried to write it down
But I could never find a pen


I'd give anything to hear
You say it one more time
That the universe was made
Just to be seen by my eyes


Tapi kita, sudah hilang di kosmos yang tiada orang buat julung kalinya....


Kau kan terusan menjadi Zuhal yang dia puja dari jarak 149.6juta km.....

Because our heart doesn't have any spare part my man. Once broken, consider museum..... - Sofie 070220

Februari 2020. Satu bulan reinkranasi bagi setengah orang. Misalnya, seorang dari kawan zaman diploma sudah pun bertunang . Tahniah kepada S...

Februari 2020.

Satu bulan reinkranasi bagi setengah orang. Misalnya, seorang dari kawan zaman diploma sudah pun bertunang. Tahniah kepada Suci! Gembira betul tengok dia dah jadi tunangan orang. Sweet ja family planning gitu.

Kalau nak tahu, Suci ni dia sama pattern dengan aku. Sejenis manusia yang tak suka couple mouple ni. Yakin dengan kerja Tuhan, InsyaAllah semuanya dimudahkan. Haishla, tak percaya dia dah dewasa. Huhuhuhu

Rasa macam kehilangan seorang sahabat paling rapat. ?

So hari ni jugak adik aku sambut kelahiran dia yang ke-26. Sanah helwah ukhti!

Aku pun takde plan nak keluar bila hujung minggu. Sebabnya, hanya hari Ahad saja, yang aku boleh recharge diri dari segala interaksi luar secara fizikal.

Tetiba mengidam pizza pulak. ?

Satgi aku pi lah order pizza kat foodpanda. Aigooo da lama tak guna foodpanda.

Februari 2020?

Banyak benar peristiwa bakal terjadi yang aku sendiri terasa seperti tiada ruang untuk bersendiri. Takpelah, mati nanti kau sendiri jugak.

Sadisnya, aku masih tak ikut jadual rutin yang ditetapkan? Ikutkan, memang nak lari kejap. Tapi tu lah, kehidupan baru bermula da hati nak lari. Pogadah!!!!

Jadi aku harap, Februari adalah bulan untuk reinkranasi kehidupan seorang marhaen bernama sofie. Aku pun da sedikit lose track. Huhuhuhu

Aku harap korang terusan hidup walau dalam jiwa sudah jelak untuk bertarung.

Till then, adios!