Peluang Promosi Bisnes 2020

Salam budiman buat semua rakan seperjuangan mahupun pengunjung laman sofieadie.

Seperti yang dijanjikan, bulan March adalah bulan kelahiran semula bagi semangat seorang sofie. Dengan bertemakan membantu mempromosi bisnes kawan-kawan yang satu program GRACELAB anjuran MASMED UiTM Shah Alam tahun 2019.

Cerita sebenar di sebalik misi ini adalah akibat keterlanjuran turn down ajakan satu member ni untuk jadi mereka punya soc-med manager. Aku tak tahu apa yang berlaku masa tu. Aku just terlalu takut pada peluang yang banyak sangat mendatang sampai tak percaya pada diri sendiri….

Demi menebus segala keterlanjuran dengan penuh kesal dan sangatlah rasa bersalah sehingga dua tiga minggu jugak aku cuba abaikan segala rasa. Maka, aku pun wujudkan misi closure dengan membuka peluang mempromosi bisnes kawan-kawan.

Jangan risau, semua promosi ni aku buat atas dasar sukarela. Tiada bayaran. Sebab aku sendiri pun takde kelayakan untuk terima bayaran (buat masa ini). Dan InsyaAllah aku dalam perancangan untuk ambil second-degree dalam bidang berkaitan dengan content creator (jika diberi peluang). Kemungkinan jugak akan dilakukan secara separuh masa.

Ye, aku memang suka buat hidup huru-hara. Memang tak reti nak hidup satu sisi kan?

Jadi, untuk korang yang mana rasa ada nak promosikan bisnes, bolehlah gunakan peluang ini sebaik mungkin. Aku pun budak baru nak berjinak dan menerima dengan hati terbuka industri pemasaran ni. Ye, dulu memang aku akur…aku tak suka marketing, hype dan segala macam yang berkaitan dengan pengiklanan…dan sekarang, itulah dunia aku untuk cari makan. Terima atau tidak, marketing sudah menjadi sebahagian dari darah daging aku….

Aku harap, dengan cara inilah aku dapat belajar dan buat kesilapan demi pembaikan pada masa akan datang.

Moga 2020 ini akan menjadi tahun mengasah bakat dan menggali segala potensi dalam mewujudkan Orang yang menjadi sandaran untuk aku terusan menggapai impian. Amin! – sofie

Kongsi 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terima Kasih Daun Keladi! 

Scroll to Top