Latest Posts

Pengalaman menganggur 19 hari itu sebenarnya sangat nikmat dan mendebarkan . Nikmat sebab kau boleh buat kerja apa yang kau suka tanpa perlu...

Pengalaman menganggur 19 hari itu sebenarnya sangat nikmat dan mendebarkan. Nikmat sebab kau boleh buat kerja apa yang kau suka tanpa perlu risaukan masa. Mendebarkan, sebab kau takut hidup tanpa sebarang penjanaan income.

Kau mula dihantui dengan bisikan-bisikan yang boleh melemahkan jiwa perjuangan kau. Murung, anxiety, takde mood semua tu usah diceritakanlah rasa dia. Kadang seharian memerapkan diri dalam bilik sebab kau tak bersedia untuk menggalas status penganggur. Orang ajak keluar, kau takde semangat. Orang ajak lepak, kau rasa low self esteem...macam-macamlah. Tetiba nangis sensorang,..dan motivasi untuk bangkit itu hanya sekadar minda. Jiwa kau? langsung tak berdaya.

Itulah dia antara situasi yang aku alami. Tapi, alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi peluang untuk aku merasai pengalaman getir sebegitu. Mungkin aku perlukan ujian sebegini untuk lihat sejauh mana aku yakin dengan kuasa Takdir.

Jadinya, selepas 19 hari, secara rasminya aku mendaftar diri sebagai seorang pekerja. Macam tak percaya je sekarang dah bekerja. Kerja apa? Orang tanya. Sampai satu masa aku akan ceritakanlah. Tapi bukan sekarang.

Masa hari pertama, aku ditemani seorang lagi pekerja baru bahagian sales. Kitaorang diberi penerangan ringkas (orientasi satu hari) mengenai latar belakang syarikat. Yang menyebabkan aku tertarik sekali untuk sertai dan mendalami syarikat ini adalah ianya berlandaskan career development serta platform untuk kau mengasah bakat. Cuba bayangkan, hari pertama lagi kau kena berani dan konfiden persembahkan diri kau.

Pergh!

Masa belajar dulu mungkin bolehlah tolak-tolak member suruh present. Sekarang? Mana sempat dowh! Kau sorang je yang boleh back-up diri kau. Nak atau tak nak, kau mesti berani bersuara. Walau terketar, kau campaklah ke tepi dulu. Yang penting sekarang buat yang terbaik untuk diri kau.

Cabaran selepas bekerjaya.


Kesuntukan masa untuk mengejar impian.

Aku teringin nak hidupkan dua-dua sisi dunia ni serentak. Sambil kerja, sambil bina empayar. Tapi, untuk satu minggu aku bekerja, balik tu memang tak dan nak study dan update empayar kau. Dengan masalah internetnya,...sampai rasa macam, betul ke aku boleh balance the both side of life ni?

Korban waktu tidur

Siapa je tak suka tidur? Aku bukan Elon Musk yang workaholic atau work addicted. Aku hanya seorang manusia yang hanya komited pada jadual waktu dan rutin. Bila ada jadual ni, suka atau tidak mungkin aku perlu korbankan waktu tidur sejam dua.

Demi mementingkan konsisten untuk berubah dan mempertingkatkan ilmu pengetahuan, maka setiap hari wajib baca buku, wajib belajar, mengkaji, dan buat summary. Supaya otak kita sentiasa bekerja. Memanglah kau dah kerja semua benda tu, tapi satu benda yang paling aku takut adalah, kehilangan minat untuk belajar dan tingkatkan potensi diri. Aku paling takut diri aku hilang dalam dunia kerjaya.

Kalau boleh, aku nak belajar sepanjang hayat. Berguru, ada sifu dan mentor.

Aku cuba gais, aku cuba untuk konsisten dengan perkara kecil dulu. Jadikan membaca satu rutin wajib sebagaimana wajibnya makan untuk hidup.

Bercakap!

Satu lagi, kerja aku ni sangat memerlukan aku bercakap banyak. Dan kau tahukan, aku adalah manusia yang bercakap ikut mood. Kalau aku rasa nak cakap banyak, aku boleh cakap non stop seharian. Tapi, bila aku nak bisu untuk sebulan, aku akan terusan bisu sampai lupa macam mana nak bercakap.

Tapi, bila kena menggalas tanggungjawab sebagai manusia yang perlu bercakap untuk bekerja, jujurnya ia adalah cabaran untuk aku. Sampai aku balik kerja tu, rasa macam nak marah diri sendiri sebab banyak cakap. Argh!!!!! aku tak suka banyak cakap!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! lebih kurang macam tu lah aku jerit setiap kali masuk toilet. Phew!

Kadang menyesal pun ada, sebab cakap banyak. Penat tau bila kena banyak cakap. Walaupun ianya baik untuk imej syarikat dan membina keyakinan diri, tapi dalam masa yang sama ada je pergaduhan dalam diri yang sangat bencikan diri aku yang banyak bercakap ni tadi....

Aku suka bercakap, tapi aku tak suka banyak cakap. Haaa....macam mana tu?

So, aku harap aku akan lebih suka bercakap lepas ni. huhuhuhu....banyak lagi seni percakapan yang aku harus belajar. Terlalu banyak. Sesungguhnya menulis itu lagi mudah untuk mengeksperesikan rasa dari bercakap. Hehehehe

Okaylah, aku harap lepas ni aku boleh jadikan bercakap sebagai suatu hobi kot. Hahahaha

///////

Oh ya, sambung balik cerita menganggur kita...kalau tanya tips macam mana nak dapatkan kerja yang kita minat dalam waktu singkat, aku sendiri takde idea. Yang penting kenal potensi diri, yakin dan sabar. Gaji yang menimbun bukanlah habuan pertama untuk ngap kerja semberono. Banyak lagi faktor kau perlu fikirkan. Fikirlah secara matang sebelum sambar.

Tu je kot cerita aku.
Semoga kawan-kawan diluar sana dipermudahkan proses untuk mendapat kerjaya yang kalian minat. Amin.

Apa-apa pun, all the best live the life to its fullest. Adios!

p/s: salam takziah buat pemergian saudari blogger Dayang Deno. Semoga beliau tenang disana. Alfatihah. Innalillhiwainnailaihirojiun.....

Sebenarnya aku tak tahu nak mula cerita dari mana. Cuma aku bersyukur sangat-sangat sebab perubahan fasa itu dipermudahkan walau aku sendiri...

Sebenarnya aku tak tahu nak mula cerita dari mana. Cuma aku bersyukur sangat-sangat sebab perubahan fasa itu dipermudahkan walau aku sendiri masih dalam kondisi yang agak terkejut jugaklah. Dia macam terlalu pantas. Tapi dalam masa yang sama aku sangat bersyukur. Alhamdulillah... ^_^

Haaa apa dia yang berlaku sebenarnya?


Seperti yang sedia maklum, 2019 merupakan tahun akhir aku belajar bagi peringkat Degree. Dan masa masuk tahun baru hari tu, aku macam lost giler-giler sampai aku macam tak percaya yang sekarang dah 2020 dan aku kena hidup macam orang dewasalah.

Kena kerja, jana pendapatan, aku dah tak boleh hidup sekadar mengharap duit belanja dari parents dan sebagainya. Jadi, masa bulan terakhir intern tu, aku dah start tabur resume melalui jobstreet. Walau orang cakap, jangan bergantung cari kerja dekat jobstreet 100% sangat. Tapi takpe, kita tabur sikit-sikit. Slow-slow siram dengan doa.

Lepas lebih kurang dua minggu, aku tengok ada lima kerja yang dilabel tak sesuai untuk aku. Masa tu jujurlah cakap, aku seolah kecewa sedikit. Sikit lah. Cubalah pujuk dan hiburkan hati sendiri dengan mendesign blog, revamp projek nilediting dan projek Orang. Aku dah redha, kalau tak dapat kerja, aku nak jayakan Projek Orang sehingga ia menjadi satu empayar by the year of 2030. 

Sementara masih lapang, aku pi ziarah Melaka dan Johor sat. Tengok anak buah tempe aku tu. Eeeee geram je nak hangkut dia balik Shah Alam ni. (Kata jelah kau cipta distraction untuk tak fokus sangat dengan realiti dunia kerja kan? huhuhu)

Eh tak! Tak!

Aku pun kerah otak, jana idea...macam mana nak cari modal untuk beli gear youtube semua. Seminggu aku habiskan masa design blog. Lawakan? kemain isi bakul angkat sendiri. Pigidah! Dan minggu seterusnya aku mati akal. Nak tak nak, memang kena ada modal. Nak cari modal, kena kerja! Nak kerja, kena pulun kaw-kaw jual diri.

Lepas tu, hari rabu aku dapat satu panggilan. Masa tu aku tak sempat nak jawab sebab mamai. Huhuhu. Keesokan harinya baru aku call balik nombor tersebut. Tanpa sebarang persediaan rapi, on the spot jugak aku kena interview melalui fon. Gila tak gagap!

Of courselah gagap der!

Aku cuba chill, tarik nafas. Turun nafas. Phew....sejam jugaklah aku nak tenangkan jiwa ni supaya tak gabra. Mana taknya, first time job interview kot selepas lebih kurang 6 tahun setengah kena interview. (viva tu lainlah) Lepas tu, set untuk interview face to face pulak keesokan harinya. Nasib baik interview tu pukul tiga. Aku pun, sempatlah study dan prepare apa yang patut dengan bertanyakan kawan aku yang sorang tu.

Dia pesan, kau kena konfiden dan berani. Jadikan interview tu sebagai platform kau untuk jual diri betul-betul. Masa tu naik lah sikit semangat untuk konfiden tu. Maklumlah selepas terperap dua minggu dekat rumah, aku pun dah lupa cara untuk berinteraksi dengan manusia. Itu pasal aku buat projek podcast, nak latih diri aku cakap dengan beraninya.

Lepas tu, aku prepare semua dokumen penting, resume dan sebagainya untuk pihak penemu duga. Siap beli barang rumah lagi untuk buang rasa gelabah. Aku kalau gelabah biasanya akan mengemas rumah, cuci toilet. Kasi diri bergerak. Bila bergerak, aku tak fikir sangat benda-benda yang merungsingkan jiwa ni. Paling tak pun aku pi window shopping, cuci mata, makan aiskrim.

Tarik nafas lagi, chill sofie chill....iron baju. Lepas zohor tu, aku cuba bertenang kejap dengan duduk dekat sejadah lama sikit. Dan...here we go.

Tepat pukul 2.25 pm, aku gerak ke lokasi yang diberi. Syukur tempat tu tak jauh dari rumah.

Pukul 2.57 pm aku pun melangkah masuk ke pejabat tersebut.

'Okay good. You are very calm. Keep it like that.' sambil tu aku minum air dan telan satu mint.

Lepas isi borang semua tu, aku pun dipanggil dan sesi temu duga pun bermula.

Adalah lebih kurang dalam 45 minit jugaklah kena soal semua. Dan aku pun balik dengan perasaan berdebar-debar. Bila balik dari temu duga ni aku cuba latih diri aku untuk tak berharap dan terlalu yakin. Aku chill, rilek, cool, buat macam tiada apa yang berlaku...masa ni aku tak bagitau lagi sesiapa kecuali kawan penasihat aku tu, dan dua orang adik aku yang kebetulan ada di rumah ni.

Hari Jumaat


Aku dapat panggilan yang mengatakan aku terpilih untuk mengikuti syarikat mereka. Dan lagi sekali masa tu aku dalam kondisi mamai dan baru bangun tidur T__T hahahaha

Korang pun tanya, apa ke kerja aku ni asyik tidur je memanjang? Eh, eh namalah tengah tanam anggurkan. Siang tidur malam berjaga. Plus, line masa malam hari ni lagi laju kot....?

Reaksi aku macam 'Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...thank you sooo much!'

Memang syukur sangat-sangat. Yelah tak sangka, kerja yang aku minat buat sekarang ni akan menjadi kerjaya aku. Haaaa kerja apa tu??

Dah lama sikit nanti aku ceritalah.

Aku pun whatapps la umi. 'Syukur anak umi yang seorang ni dah ada kerjaya dalam tempoh kurang dari 20 hari tanam anggur.'

Happy?

Of courselah happy! Sampai kena tegur oleh penemu duga tu. Dia cakap, 'I noticed that, during interview you never stop smiling' ^_^

Dan aku memang sengihlah. Job scope dia, benda yang berkait rapat dengan Projek Orang! Sangat-sangat rapat. Dan aku diberi peluang dengan lebih dekat untuk belajar dan alaminya sendiri secara realiti! Dia macam bulan jatuh ke riba!

Siapa sangka kan?

InsyaAllah, Isnin 20 Januari ni, fasa kehidupan baru itu akan bermula. Sangat teruja untuk belajar perkara baru. Kerja ni langsung takde kaitan dengan kos diploma mahupun degree yang aku ambil. Tapi ia adalah passion aku.
Betulkan, rezeki itu tak akan pernah salah alamat. Cepat atau lambat saja. Yang penting yakin dan sabar. Kemudian tawakkal dan redha dengan setiap kejadian. Proses itu sentiasa berulang sampai kita boleh betul-betul redha.

So gais, itulah dia cerita pengalaman pertama ditemu duga selepas tamat belajar. Kali pertama dan terus dapat. Rasa macam tak layak giler. Rasa kerdil je dengan Tuhan. Takut kalau-kalau ia istidraj. Istighfar banyak-banyak agar ia bukan rezeki yang dimurkai Tuhan. Rasa macam debu dan semut je. Huhuhu tetiba rasa sebak dan malu dengan diri sendiri. Dengan Tuhan.... T^T

Aku ucapkan terima kasih pada korang semua sebab sentiasa doakan saudara ini teguh berjuang. Terima kasih pada Anas sebab tolong ambikkan gambar yang aku gunakan dalam resume tu. Terharu sangat. Aku doakan korang jugak, agar diperkuatkan hati untuk menghadapi apa jua cabaran yang diharungi. Amin!

Akhir kalam, salam berjuang untuk kita semua!

p/s: nampak gaya aku memang perlu tukar game plan untuk projek nilediting. Aigooo berapa banyak projek lah kau buat tu?

Salam budiman buat semua pembaca. Ini adalah tulisan pertama sejak sofieadie merubah wajah blog dia. Dalam kurang dari 20 hari yang berlalu...

Salam budiman buat semua pembaca. Ini adalah tulisan pertama sejak sofieadie merubah wajah blog dia. Dalam kurang dari 20 hari yang berlalu ini, bermacam peristiwa dah berlaku.

  1. Berakhirnya kehidupan seorang pelajar

  2. Fasa menjual diri untuk berkhidmat dan membantu masyarakat

  3. Fasa ketidakstabilan kewangan dan mental

  4. Fasa permulaan kehidupan dunia kedewasaan


Cerita untuk move on selepas tamat pengajian sebagai seorang pelajar itu memang sukar. Zaman paling heaven sekali mana mungkin aku boleh lepaskan begitu sahaja. Jadi selepas dua minggu berlalu, dengan mendedikasikan video serta satu episod istimewa throwback di podcast, sedikit sebanyak membantu aku untuk move on.

Sukar memang sukar. Tapi hidup perlu diteruskan. Kita tidak boleh menoleh ke belakang terlalu lama. Jadi, dengan semangat untuk meneruskan perjuangan dan terusan memberi inspirasi dalam kehidupan, aku bertekad untuk melancarkan projek Orang secara rasmi bermula tahun 2020 ini.

Permulaan Orang tercipta


Orang adalah sebuah inspirasi yang tercetus pada tahun 2016. Entri mengenai ORANG juga pernah ditulis setelah peristiwa penggunaan kata ganti nama diri 'orang' diperbahaskan oleh seorang manusia. Itu sejarah asal Orang.

Siapa Orang?


Disebalik Orang ini pulak adalah:-

  • seorang manusia bernama sofieadie yang lebih suka hidup dalam dunianya yang tersendiri.

  • Manusia yang seringkali merasa sendiri dalam keramaian,

  • yang sering tertinggal dibelakang

  • dan juga manusia yang hidup dalam dunia imaginasi dan fantasi lebih dari kehidupan realiti.


Itulah Orang.

Sebenarnya untuk menjadikan fantasi itu realiti ada satu saja kunci dia. Kehendak untuk merealisasikannya. Kemudian dituruti dengan 'Whatever it takes'. Disitulah Orang bermula.

Kenapa pilih Orang?



  • Orang adalah simbolik manusia samada secara solo mahupun kelompokan.

  • Orang banyak mengingatkan aku untuk hidup lebih dari sekadar hidup.


Kehidupan ini bukan dicipta hanya untuk kita sendirian. Banyak lagi Orang diluar sana yang memerlukan kewujudan kita untuk teruskan kehidupan. Cuma kita sedar atau tidak sahaja. Itulah sebab aku pilih Orang sebagai satu trademark untuk menjayakan Projek 2030 nanti. InsyaAllah, masih banyak lagi perancangan untuk diatur dan dijalankan.

Antaranya:-

  • Memperkasakan tulisan Jawi

  • Menjadikan setiap hari itu satu inspirasi

  • Menggalak setiap orang untuk kenal pasti potensi diri

  • Suatu platform untuk menjadi pahlawan dan srikandi

  • dan yang paling penting, kita tidak sendirian dalam dunia kegelapan dan kita mampu tanganinya sehingga bertemu Ilahi.


Platform perkembangan Orang sedikit demi sedikit akan diperluaskan. Bermula dengan blog, podcast, instagram dan insyaAllah pada masa akan datang akan memiliki channel youtubenya sendiri, merchandise dan juga e-magazine.

Aku pun masih banyak lagi benda perlu dibelajar. Kajian demi kajian, perancangan demi perancangan dan satu demi satu langkah perlu dilaksanakan. Jika jatuh, kita bangkit semula sehinggalah impian itu menjadi kenyataan. Dengan beridolakan Seth Godin, Neil Patel, Melyssa Griffin, dan Lavendaire, besarlah harapan aku untuk menjadikan Orang sebaris dengan mereka. InsyaAllah Amin.

Untuk kalian yang sentiasa menyokong aku sejak awal kemunculan blog yuhaadie, kemudian bertukar menjadi sofieadie sehinggalah kewujudan Orang, aku ucapkan terima kasih banyak-banyak. Sebenarnya kalianlah sumber kekuatan dan inspirasi aku untuk teruskan hidup dan berjuang hingga ke akhirnya.

Semoga 2020 ini menjadi saksi bagi sebuah permulaan kewujudan Orang. ^_^

Ila liqa'!

 

Untuk hidup, tak ramai yang hidup. Untuk hidup, menginginkan mati, ramai yang tiada persiapan rapi. Untuk hidup, dengan jiwanya mati pun ram...

Untuk hidup, tak ramai yang hidup.

Untuk hidup, menginginkan mati, ramai yang tiada persiapan rapi.

Untuk hidup, dengan jiwanya mati pun ramai yang tidak mengetahui.

Untuk hidup bersama Rabbul Izzati, ramai yang ketahui tetapi tidak ramai yang berjaya menempuhi hingga ke pengakhiran haqiqi.

Siapa yang mengadili konsep sebuah kehidupan?

Bilakah sebenarnya sebuah kehidupan itu benar-benar lahir?

Kala kerdipan pertama melihat dunia atau...

kala terbuka jiwa menerima hidayah dariNya?

.....

Kadang, untuk meneruskan kehidupan itu sahaja sudah cukup berat bahu untuk menanggungnya.

Tuhan, jika hidupnya aku pada hari ini adalah sebuah perjuangan yang Engkau kira sebagai satu hari dari hari-hari untuk mengejar hidayahMu, berkatilah ia sehingga hujung pernafasan hidupku....

Kerana disini lahirnya sebuah kehidupan.

Aku lambatkah untuk throwback? Nah...I still got time lorh. Alhamdulillah aku baru sudah siap merekod episod ketiga season 2. Jujur cakap ep...

Aku lambatkah untuk throwback? Nah...I still got time lorh.

Alhamdulillah aku baru sudah siap merekod episod ketiga season 2. Jujur cakap episod itu aku edit dengan air mata kot. Sob sob sob....aku cuba untuk tidak menangis, tapi ia seolah automatik.

So, tak mau cerita panjang. Aku sum up peristiwa yang berlaku secara ringkas sepanjang 2019.

  • Terlepas paper subjek Investment

  • Berhenti kerja as sales assistant selepas dua tahun demi FYP

  • Found Nilediting pada bulan Ramadhan

  • Alhamdulillah dapat A bagi subjek FYP

  • Tolong team Gugu buat kali pertama

  • Retake subject Investment

  • Layan Endgame dua kali. Dua-dua tu nangis jugak

  • Layan Far From Home sendirian.

  • 4 bulan intern di JPPH UiTM Shah Alam.

  • Officially revamp Orang on September.

  • Start jadi adhoc part time di Mojoskins

  • Join kelas menulis skrip teater by Anomalist

  • Join program GraceLab anjuran Masmed UiTM Shah Alam.

  • Last movie time di wayang adalah Maleficient 2.


Tu je kot yang berlaku. Tak menarik mana pun. Tapi syukur sebab masih hidup. Cerita panjang pasal throwback boleh dengar dekat Spotify. Aku just nak jemput masuk 2020.

Buatlah macam rumah sendiri yob. Aku malas nak layan kau. Papehal be good be nice. Aku tadak mood nak celebrate kau beria sangat.

Nanti aku dah ada mood, tengoklah aku nak buat apa.

Chiao!

2020 adalah suatu tahun yang dinantikan oleh kebanyakkan orang. Selain daripada keterujaan untuk melihat kereta terbang, kasut terbang dan s...

2020 adalah suatu tahun yang dinantikan oleh kebanyakkan orang. Selain daripada keterujaan untuk melihat kereta terbang, kasut terbang dan sebagaianya, ia juga merupakan tahun yang paling remarkable untuk dijadikan tahun pembaharuan. Sayangnya, kereta terbang tiada, yang terbang hanyalah duit melayang-layang. Itulah gurauan yang akan menjadi bualan sepanjang tahun 2020 kelak.

2020 juga merupakan tahun yang paling mendebarkan kepada fresh graduate dalam mencari dan mencipta peluang kerjaya. Seronoknya hidup dizaman teknologi ni semua orang berpotensi untuk mencipta kerja. Ada internet, ada smart-phone, semua benda on. Tapi bagaimana mahu melancarkan execution plan itu bergantung kepada kepakaran kita untuk menjadikan idea sebagai sebuah kerjaya.

Idea

Semua orang boleh cakap dan bagi idea. Tapi, berapa ramai yang berani untuk gerakkan idea tersebut? Takut bukan? Seram dikata orang, seram kredibiliti hilang. Dan paling seram sekali adalah, tiada sokongan. Jerih kau, lelah kau dan penat kau, tiada siapa akan hargainya. Jangka masa untuk peroleh kejayaan itu akan makan masa yang saaaaaaangat panjang. Sampai kau mula persoal,

'Sampai bila aku harus bertarung sendirian?'

'Sampai bila aku perlu kerja bagai nak rak, tapi hampas?'

Sampai bilaaaa???? Kau teriak.

'Sampai bila-bila' kata suara hati.

'Untuk selamanya....'

Kau sekalah air mata yang mengalir kala dingin itu, kerana perjuangan kita masih belum selesai. Masih jauh lagi langkah yang kita perlu jalan. Iya, ia sunyi. Ia, ia sangat sepi. Tapi, ia berbaloi. Berbaloi. Ingat, nothing worth come easy right? Jadi, bertabahlah menghadapi cabaran 2020 ini nanti.

Matlamat kita tidak hanya terhenti pada tahun 2020. Ia masih bergerak dan berjalan seiring dengan nadi kita yang berdetak. Setiap timeline manusia itu berbeza. 2020 bagi mereka mungkin 2000 untuk kita. Ia hanya sekadar angka. Usah pertaruhkan impian itu pada nilai angka. Ia tidakkan kekal lama. Balik-balik, kita semuakan sifar.

Matlamat 2020 aku?

Living life to its fullest...