Lahirnya sebuah kehidupan

Untuk hidup, tak ramai yang hidup.

Untuk hidup, menginginkan mati, ramai yang tiada persiapan rapi.

Untuk hidup, dengan jiwanya mati pun ramai yang tidak mengetahui.

Untuk hidup bersama Rabbul Izzati, ramai yang ketahui tetapi tidak ramai yang berjaya menempuhi hingga ke pengakhiran haqiqi.

Siapa yang mengadili konsep sebuah kehidupan?

Bilakah sebenarnya sebuah kehidupan itu benar-benar lahir?

Kala kerdipan pertama melihat dunia atau…

kala terbuka jiwa menerima hidayah dariNya?

…..

Kadang, untuk meneruskan kehidupan itu sahaja sudah cukup berat bahu untuk menanggungnya.

Tuhan, jika hidupnya aku pada hari ini adalah sebuah perjuangan yang Engkau kira sebagai satu hari dari hari-hari untuk mengejar hidayahMu, berkatilah ia sehingga hujung pernafasan hidupku….

Kerana disini lahirnya sebuah kehidupan.

Kongsi 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terima Kasih Daun Keladi! 

Scroll to Top