Fasa kehidupan baru

blur-bottle-bright-building-273238

Sebenarnya aku tak tahu nak mula cerita dari mana. Cuma aku bersyukur sangat-sangat sebab perubahan fasa itu dipermudahkan walau aku sendiri masih dalam kondisi yang agak terkejut jugaklah. Dia macam terlalu pantas. Tapi dalam masa yang sama aku sangat bersyukur. Alhamdulillah… ^_^

Haaa apa dia yang berlaku sebenarnya?

Seperti yang sedia maklum, 2019 merupakan tahun akhir aku belajar bagi peringkat Degree. Dan masa masuk tahun baru hari tu, aku macam lost giler-giler sampai aku macam tak percaya yang sekarang dah 2020 dan aku kena hidup macam orang dewasalah.

Kena kerja, jana pendapatan, aku dah tak boleh hidup sekadar mengharap duit belanja dari parents dan sebagainya. Jadi, masa bulan terakhir intern tu, aku dah start tabur resume melalui jobstreet. Walau orang cakap, jangan bergantung cari kerja dekat jobstreet 100% sangat. Tapi takpe, kita tabur sikit-sikit. Slow-slow siram dengan doa.

Lepas lebih kurang dua minggu, aku tengok ada lima kerja yang dilabel tak sesuai untuk aku. Masa tu jujurlah cakap, aku seolah kecewa sedikit. Sikit lah. Cubalah pujuk dan hiburkan hati sendiri dengan mendesign blog, revamp projek nilediting dan projek Orang. Aku dah redha, kalau tak dapat kerja, aku nak jayakan Projek Orang sehingga ia menjadi satu empayar by the year of 2030. 

Sementara masih lapang, aku pi ziarah Melaka dan Johor sat. Tengok anak buah tempe aku tu. Eeeee geram je nak hangkut dia balik Shah Alam ni. (Kata jelah kau cipta distraction untuk tak fokus sangat dengan realiti dunia kerja kan? huhuhu)

Eh tak! Tak!

Aku pun kerah otak, jana idea…macam mana nak cari modal untuk beli gear youtube semua. Seminggu aku habiskan masa design blog. Lawakan? kemain isi bakul angkat sendiri. Pigidah! Dan minggu seterusnya aku mati akal. Nak tak nak, memang kena ada modal. Nak cari modal, kena kerja! Nak kerja, kena pulun kaw-kaw jual diri.

Lepas tu, hari rabu aku dapat satu panggilan. Masa tu aku tak sempat nak jawab sebab mamai. Huhuhu. Keesokan harinya baru aku call balik nombor tersebut. Tanpa sebarang persediaan rapi, on the spot jugak aku kena interview melalui fon. Gila tak gagap!

Of courselah gagap der!

Aku cuba chill, tarik nafas. Turun nafas. Phew….sejam jugaklah aku nak tenangkan jiwa ni supaya tak gabra. Mana taknya, first time job interview kot selepas lebih kurang 6 tahun setengah kena interview. (viva tu lainlah) Lepas tu, set untuk interview face to face pulak keesokan harinya. Nasib baik interview tu pukul tiga. Aku pun, sempatlah study dan prepare apa yang patut dengan bertanyakan kawan aku yang sorang tu.

Dia pesan, kau kena konfiden dan berani. Jadikan interview tu sebagai platform kau untuk jual diri betul-betul. Masa tu naik lah sikit semangat untuk konfiden tu. Maklumlah selepas terperap dua minggu dekat rumah, aku pun dah lupa cara untuk berinteraksi dengan manusia. Itu pasal aku buat projek podcast, nak latih diri aku cakap dengan beraninya.

Lepas tu, aku prepare semua dokumen penting, resume dan sebagainya untuk pihak penemu duga. Siap beli barang rumah lagi untuk buang rasa gelabah. Aku kalau gelabah biasanya akan mengemas rumah, cuci toilet. Kasi diri bergerak. Bila bergerak, aku tak fikir sangat benda-benda yang merungsingkan jiwa ni. Paling tak pun aku pi window shopping, cuci mata, makan aiskrim.

Tarik nafas lagi, chill sofie chill….iron baju. Lepas zohor tu, aku cuba bertenang kejap dengan duduk dekat sejadah lama sikit. Dan…here we go.

Tepat pukul 2.25 pm, aku gerak ke lokasi yang diberi. Syukur tempat tu tak jauh dari rumah.

Pukul 2.57 pm aku pun melangkah masuk ke pejabat tersebut.

‘Okay good. You are very calm. Keep it like that.’ sambil tu aku minum air dan telan satu mint.

Lepas isi borang semua tu, aku pun dipanggil dan sesi temu duga pun bermula.

Adalah lebih kurang dalam 45 minit jugaklah kena soal semua. Dan aku pun balik dengan perasaan berdebar-debar. Bila balik dari temu duga ni aku cuba latih diri aku untuk tak berharap dan terlalu yakin. Aku chill, rilek, cool, buat macam tiada apa yang berlaku…masa ni aku tak bagitau lagi sesiapa kecuali kawan penasihat aku tu, dan dua orang adik aku yang kebetulan ada di rumah ni.

Hari Jumaat

Aku dapat panggilan yang mengatakan aku terpilih untuk mengikuti syarikat mereka. Dan lagi sekali masa tu aku dalam kondisi mamai dan baru bangun tidur T__T hahahaha

Korang pun tanya, apa ke kerja aku ni asyik tidur je memanjang? Eh, eh namalah tengah tanam anggurkan. Siang tidur malam berjaga. Plus, line masa malam hari ni lagi laju kot….😂

Reaksi aku macam ‘Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah…thank you sooo much!’

Memang syukur sangat-sangat. Yelah tak sangka, kerja yang aku minat buat sekarang ni akan menjadi kerjaya aku. Haaaa kerja apa tu??

Dah lama sikit nanti aku ceritalah.

Aku pun whatapps la umi. ‘Syukur anak umi yang seorang ni dah ada kerjaya dalam tempoh kurang dari 20 hari tanam anggur.’

Happy?

Of courselah happy! Sampai kena tegur oleh penemu duga tu. Dia cakap, ‘I noticed that, during interview you never stop smiling’ ^_^

Dan aku memang sengihlah. Job scope dia, benda yang berkait rapat dengan Projek Orang! Sangat-sangat rapat. Dan aku diberi peluang dengan lebih dekat untuk belajar dan alaminya sendiri secara realiti! Dia macam bulan jatuh ke riba!

Siapa sangka kan?

InsyaAllah, Isnin 20 Januari ni, fasa kehidupan baru itu akan bermula. Sangat teruja untuk belajar perkara baru. Kerja ni langsung takde kaitan dengan kos diploma mahupun degree yang aku ambil. Tapi ia adalah passion aku.

Betulkan, rezeki itu tak akan pernah salah alamat. Cepat atau lambat saja. Yang penting yakin dan sabar. Kemudian tawakkal dan redha dengan setiap kejadian. Proses itu sentiasa berulang sampai kita boleh betul-betul redha.

So gais, itulah dia cerita pengalaman pertama ditemu duga selepas tamat belajar. Kali pertama dan terus dapat. Rasa macam tak layak giler. Rasa kerdil je dengan Tuhan. Takut kalau-kalau ia istidraj. Istighfar banyak-banyak agar ia bukan rezeki yang dimurkai Tuhan. Rasa macam debu dan semut je. Huhuhu tetiba rasa sebak dan malu dengan diri sendiri. Dengan Tuhan…. T^T

Aku ucapkan terima kasih pada korang semua sebab sentiasa doakan saudara ini teguh berjuang. Terima kasih pada Anas sebab tolong ambikkan gambar yang aku gunakan dalam resume tu. Terharu sangat. Aku doakan korang jugak, agar diperkuatkan hati untuk menghadapi apa jua cabaran yang diharungi. Amin!

Akhir kalam, salam berjuang untuk kita semua!

p/s: nampak gaya aku memang perlu tukar game plan untuk projek nilediting. Aigooo berapa banyak projek lah kau buat tu?

Kongsi 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terima Kasih Daun Keladi! 

Scroll to Top