Latest Posts

[playlist artists="false" ids="3459,3428"] Kabare kalian yang masih setia mendengar dan menjengah Trivia section bagi po...

[playlist artists="false" ids="3459,3428"]

Kabare kalian yang masih setia mendengar dan menjengah Trivia section bagi podcast Orang dalam laman sofieadie.com ini.

Sepatutnya, banyak benda lain aku perlu buat. But, because of 'the habit of waiting for everything must be completely in perfect order disease', telah menyebabkan semua benda itu tertangguh dan macam-macam lagilah. Aku perlu buang habit ni, sangat tak membantu...serius. Ia tidak membantu...

Well hello there!

Episod kedua telah pun release pada hari Ahad lepas dengan tajuk "GENRE".

Trivia rakaman #2: GENRE



  • Juga episod revamp dari unofficial released sebelum ni.

  • Tambahan pada potongan ayat quran dan cerita pergi writing workshop saja yang bezakannya

  • Awal rekod episod ini, ia berdurasi 12 minit

    • Tapi, dek kerana podcast Orang hanya melimitkan durasi 8-10 minit, jadi banyak cerita yang aku terpaksa potong

    • Antara ceritanya adalah:-

      • Masa darjah 3, cikgu paksa aku berlakon sebab suara yang sangat perlahan masa present dalam kelas.

      • Sebab musabab kenapa zaman sekolah dia tak ramai kawan.





  • Kalau korang perasan, ada satu ringtone berbunyi masa dia bercakap.

  • Itu adalah alarm yang menunjukkan telah masuk pukul 4 pagi

  • Aku start rekod pukul 2 pagi.

  • Dimana paginya pula, aku perlu pergi kerja. Kerja, bukan intern.


Jujur aku cakap, mood aku agak ke laut masa post editing selepas merekod podcast ni. Sebab tu dia macam ada caca marba dan ketidakstabilan suara ketika merekod.

Untuk Nina my younger housemates masa duduk menyewa di 'rumah sewa pink' dulu,
"Kamu boleh download semua podcast melalui link dalam blog ni. Cara dia, right click dekat tracklist tu, --> save link as --> save --> done!"

Aku pun masih explore untuk kemaskan tracklist ni. Turutan 1, dan 2 dia tak selari dengan Track sebenar. Huhuhuhuh. Oh ya, lagi satu...untuk yang tak pernah dengar episod sebelumnya, korang boleh terus dengar dari latest track ni.

Aku patut bersiap untuk intern pulak. Karang lambat, jammed tak pepasal. Dan jammed, sesungguhnya bukan kegemaran sesiapa. Papehal roger, later aku akan balas komen korang. Official site rasmi bagi Orang adalah Anchor.fm

Anda sedang mendengar Orang #theuprisingofnonsense.

To the end moga husnul khatimah, adios amigos zaijian ila liqa' wa maa'salamah!

Jam 0155. Instead of tidur melenakan diri disebabkan esok kena bersiap seawal mungkin untuk pergi menjalani latihan industri, aku masih sibu...

Jam 0155.


Instead of tidur melenakan diri disebabkan esok kena bersiap seawal mungkin untuk pergi menjalani latihan industri, aku masih sibuk menaip disini. Entah pemikiran mahu bercerita itu selalu menjengah kala lewat malam. Sedang tadi asyik menulis mengenai hari-hari yang berlalu. Rutin yang tiada kenal erti jemu untuk teruskan hidup walau ia sendu, idea cerita 49 hari itu menjelma...

49 hari itu sepatutnya sudah tamat


49 hari itu sepatutnya aku sudah tinggal ia jauh seminggu lalu. Tapi dek kerana takut terlepas segala peluang dan ruang, aku terpaksa olah serta ubah "misi 49 hari" itu menjadi "misi infiniti". Ia masih berjalan hingga ke hari ini.

Penat. Memang penat. Harian sebagai intern, hujung minggu sebagai life seeker.

10 September 2019


Masuk setahun sudah aku duduk diteratak Gothismanda ni. Nama yang sengaja direka dari tiga dunia khayalan yang aku puja. Tahun lepas pada tarikh yang sama, aku adakan majlis doa selamat sempena masuk ke rumah baru. Masa tu, baru masuk awal Muharram 1440H. Tak sangka, tahun ni hari tu masuk yang ke-10 Muharram sudah. InsyaAllah puasa sunat.

Ikutkan "Cerita 49 Hari" itu aku nak garapkan segala perjalanan sepanjang menghabiskan cuti semester lepas disuatu tempat baharu. Tak sangka pulak, ia kekal hingga ke hari ni.

Dengan kewujudan side project yang lain, aku masih lagi mencari dan cuba untuk gagal berulang kali dalam setiap yang aku pelajari. Cuba belajar untuk tidak ukur berjaya itu pada angka. Cuba untuk tidak menilai usaha pada nombor, dan cuba untuk teruskan cerita walau ia sentiasa berubah laman.

0206 pagi.


Aku patut tidur. Aku memang patut tidur.

Seronok tengok semua orang up gambar jalan-jalan, have fun dengan kawan, rakan, keluarga...sedang aku berhempas pulas menjalani sebuah kehidupan demi mencari makna hidup yang masih belum ditemui. Tolonglah bersyukur duhai diri....Jangan mudah tertipu dengan dunia maya....tak semua orang berani tonjol the dark side of their life. Mungkin semua orang mengalami situasi yang sama. Dengan cerita yang berbeza...mungkin...

Cuba menghargai setiap kehidupan walau ia bergerak sangat perlahan. Perlahannya hanya Tuhan yang tahu kenapa....Seolah macam The Age of Adeline...hahahaha

Doakan aku kuat, doakan aku terusan tabah dalam mencipta dunia yang bebas dari stereotaip jahiliah. Kadang aku tewas jua, kadang aku alpa pada kewujudan garisan jingga yang membataskan setiap yang Dia tetapkan. Benda mudah....amar ma'ruf nahi mungkar...tapi, celah mana masih aku sukar untuk jalaninya?

Minum masih berdiri. Makan pun terlupa kanan dan kiri. Solat? Solat sekadar solat, tanpa dihayati....sedih betullah. Rasa nak maki diri sendiri. Rasanya, kalau dengan menyebat dapat menghapus segala dosa yang sengaja dibuat itu, sudah lama berbirat tubuh ini.....Geram. Geram!!!

Nak kata jahil, belajar sudah mahu habis pengajian tinggi. Agama? Makin hari, makin lucut dari hati. Dunia apa yang kau cipta ha? Mahu jadi munafiq? Fasiq? Mu'min asi? Naudzubillah min dzalik!

Tapi sungguh aku lemah, tak kuat. Jiwa alpa, syaitan terusan menggoda....hingga buta pada syurga neraka. Bodoh!!

0221.


Berteman lampu, berlatar muzik nan syahdu dan aku....yang masih termangu...pada jalan kehidupan apa dan bagaimana mahu dan harusku tuju....

Helaan sumbing dari bibir seolah mengejek kekuatan rohani yang erat dipeluk oleh nafsu. Lepaskan aku dari belengu ini...tolong....sungguh...aku...ingin...kembali....

0223.


Esok belum pasti. Hargailah setiap detik dan desas nyawamu, agar ia tidak tersia dibuang waktu. Kerna, belum tentu kau hidup hingga kehari tuamu...

Cerita 49 hari itu masih jua belum tamat. Kerna jiwa itu masih lagi sesat. Sesat dalam pengarapan cerita yang sengaja direka.....Tulisan tengah malam itu kelam dan dalamnya tak semua orang tahu...jiwa hitam itu masih terapung dilautan dosa.....cuba menggapai tali pengharapan yang kian terlepas dari genggaman tangan....dia masih lemas...

[playlist artists="false" ids="3428"] Salam kabare kalian semua pembaca budiman yang sudi menjengah laman sofieadie! Sel...

[playlist artists="false" ids="3428"]

Salam kabare kalian semua pembaca budiman yang sudi menjengah laman sofieadie! Selamat datang ke section baru bagi blog ini iaitu Podcasting. Korang dah dengar belum episod sulong Orang?

Untuk yang baru saja mendengar, terima kasih Orang ucapkan. Dan bagi mereka yang takde platform untuk dengar, jangan risau, aku akan up juga rakaman audio podcast itu didalam blog ini. Sambil-sambil tu, mehlah kita korek sedikit trivia mengenai episod sulong (secara rasmi) ini buat julung kalinya....

Trivia rakaman #1: Pilot



  • Ia adalah revamp dari episod trial setahun yang lepas

    • Musim percubaan itu didengar oleh dua orang kawan baik aku iaitu, Major.A (bukan nama sebenar) dan juga Tikin (bukan juga nama sebenar).

    • Musim percubaan itu telah memiliki 7 episod sebelum pelancaran rasmi 1 Muharram 1441H.

      • Pilot

      • Sebuah Permulaan

      • Monolog: Kalam Bermadah

      • Short update versi Ramadhan

      • Hilang

      • Sapaan yang sementara





  • Diolah pada Hari Raya Haji 1440H

  • Asalanya hanya berdurasi 5 minit, tapi disebabkan penambahan idea elemen ilmiah yang berkualiti seperti sokongan hadis, maka jadilah ia 8:47


Peristiwa yang membuatkan Orang lebih yakin untuk buat podcast adalah:-



  • Inspirasi dari podcast kegemaran dari negara jiran : 'Menjadi Manusia' dan 'Sembang Kencang' oleh Ha'iz

    • Dari situ aku tahu Anchor.fm memudahkan penerbitan dunia podcast tanpa memerlukan bajet yang besar.



  • Sokongan dari Major.A dan selepas berjam-jam kitaorang berfalsafah bergabung imaginasi membuatkan Orang meneruskannya secara rasmi

  • Bagi melunaskan impian nak jadi penyampai radio yang dah 7 tahun tertunggak...

  • Medium yang paling senang untuk berkongsi idea


Overview Podcast Orang



  • Rangka bagi pelan podcast ini adalah bermusim.

  • Musim Pertama ini berjudul: Cuba, Jatuh dan Bangkit

  • Setiap Musim itu akan mempunyai 12 episod*.

  • Dimana 12 episod itu akan diselangi dengan pelbagai pengisian seperti:-

    • Deklamasi penulisan

    • Bersembang dalam Bahasa Sarawak*

    • Dan masih dalam pembikinan....



  • Musim-musim yang akan datang akan diupdate dari semasa ke semasa. InsyaAllah.


Masih banyak lagi yang perlu diperbaiki dan dipelajari, namalah 'Cuba, Jatuh dan Bangkit'. Selagi punya akal waras, kita masih mampu menjadi lebih kreatif kerana...sebaik-baik umat adalah Umat Nabi Muhammad. Jadi, gunakan ia sebaik mungkin dan yakin there's always room for improvement....

Konklusi ringkasnya:

  • Episod baru akan diterbitkan pada setiap hari Ahad

  • Musim pertama berjudul 'Cuba, Jatuh dan Bangkit'.

    • #1: Pilot(Published on 1 Sept)

    • #2: Genre (Coming soon on 8 Sept)

    • #3: Takluk (Coming soon on 15 Sept)

    • #4: Tulis (Coming soon on 29 Sept)

    • #5 - #12: Masih dalam garapan idea




Buat masa sekarang aku masih lagi di fasa percubaan, jadi jika korang ada sebarang idea, komen, cadangan, dan apa jua perkongsian yang membina, aku sangatlah mengalu-alukannya.

Anda sedang mendengar Orang, #theuprsingofnonsenese

To the end, moga Husnul Khatimah adios amigos zaijian ila liqa' wa maa' salamah....

....

*masih dalam penilaian

Sepatutnya aku up entri ni semalam. Yup, semalam sempena kemasukan tahun baru Hijrah yang ke 1441. Tapi, disebabkan masalah teknikal seperti...

Sepatutnya aku up entri ni semalam. Yup, semalam sempena kemasukan tahun baru Hijrah yang ke 1441. Tapi, disebabkan masalah teknikal seperti, tetiba laptop kau hang dan juga line macam siput mintak cabut nyawa, jadi semuanya tergendala.

End up aku habiskan baca dengan termenung dan baca buku. Oh ya, qada' tidur pun tak dilupakan. Maklumlah, sepanjang 7 minggu cuti sem ni aku tak pernah duduk dekat rumah dengan amannya. Mesti kena keluar. Tak keluar pergi kerja, ada jelah kena teman orang dan lain-lain lagi....

Alhamdulillah, laptop kembali okay walau makan masa berjam-jam jugaklah untuk loading. Maybe dia cuba sampaikan surat berhenti kerja selepas 6 tahun berkhidmat. Maklumlah, teknologi jangka hayat dia tak sama macam manusia.

Well, hello there! Kabare kalian semua? Aku doakan semua dalam keadaan yang baik dan sihat wal-a'fiat. Seperti yang dijanjikan, tepat 1 Muharram 1441H, aku telah pun melancarkan Podcast Orang secara rasminya. So far so good, Start small start none, everything will end well. InsyaAllah, Amin.

Esok, hidup sebagai pelajar praktikal 2.0 akan bermula selama 17 minggu. Bunyi macam sekejap aku harap ianya fasa yang sekejap. Nampak gaya 2019 will gonna be my last year as a student (yang main-main).

A big applause to my new podcast project: ORANG!!!!



Welcome to the new world Orang.


Selepas lima tahun berkecimpung dalam dunia blog secara rasminya, maka aku memperkenalkan kewujudan Orang secara rasmi ke alam maya.

Why and why kau publish podcast walhal kau tak pernah suka dengar suara sendiri?


Kau tahu, sejak semakin hampir ke penghujung dunia belajar ni, kau dah tak banyak berdialog dan borak macam dulu. Sampaikan kadang aku lupa, macam mana nak bercakap dengan orang, kawan dan small talk selain dari promote barang dekat customer. Tak tahu samada ia sadis atau suatu khabar gembira bila mana kau kurangkan bercakap perkara yang sia.

Maka, selepas setahun mengkaji tentang podcast dan persiapan yang diperlukan, akhirnya dengan penuh keyakinan (dan izin Tuhan), aku pilih tahun 1441 sebagai tahun permulaan dunia baru bagi entiti Orang dan juga thesofieadie #theuprisingofnonsense.

Sebenarnya, buat sistem hidup sendiri itu memang makan masa. Sepuluh, dua puluh even seratus tahun pun, belum tentu orang dapat terima. Itulah yang berlaku pada aku sekarang. Aku tak tahu sistem apa yang aku nak buat, hahahaha....takpelah, janji kau start slow-slow....mungkin tak nampak sekarang.....janji kau teruskan hidup.

Jadi dimana korang boleh dengarkan Orang?


Platform raasminya adalah di Anchor.fm. Kalau ada spotify, korang boleh cari 'ORANG'. Google podcast pun ada, iTunes aku baru submit tadi, rasanya belum approved lagi.

Sokongan dari kalian sangatlah aku hargai. Kalau ada komen, maklum balas atau apa jua pendapat, amatlah dialu-alukan.  Dan insyaAllah aku akan ceritakan juga trivia bagi kewujudan setiap episod Orang dari semasa ke semasa.



To the end, moga husnul khatimah, adios amigos zaijian ila liqa' wa maa'salamah!

Tahun ni kebanyakkan geng-geng Arau aku dah habis belajar. Bila dah habis belajar ni, majority ada yang terus kerja, ada pulak nak relax, ma...

Tahun ni kebanyakkan geng-geng Arau aku dah habis belajar. Bila dah habis belajar ni, majority ada yang terus kerja, ada pulak nak relax, makan angin atau duduk tenang-tenang bagi sebulan dua. Jeles pulak aku tengok diorang boleh santai-santai dan tak payah runsing dengan kemasukan semester baru yang masih berbaki kurang dari sepuluh hari ni.

Paling best sekali, tak grad lagi dah dapat kerja. Masyuk betul rezeki diorang. Selepas beberapa hari exam habis tempoh hari, diorang mulalah ajak ke situ sini. Antara tempat famous yang diorang selalu suarakan adalah, Ho Chi Minh, Jepun, Bali, Bandung, Thailand…paling jauh sikit pun Australia. Dan yang paling buat tercekik nafas nak kumpul bajet adalah jelajah Eropah.

Kau tahu ajelah, member yang kaki jalan mulalah tak sabar suruh orang ikut plan dia,

‘Weh jom pergi melancong sama-sama. Bila lagi nak backpacking macam dulu-dulu. Dah start kerja nanti, bukan senang dah nak ada masa macam sekarang. Hari tu kau kata nak lunaskan impian jejak Ho Chi Minh sebelum 2020.’

Adoyai….puas kepala fikir bilalah bajet travel ni nak cukup.

Member cakap, ‘kalau kau fikir benda ni nak jadi, takkan jadi punya. Kau kena berani buat sesuatu yang luar dari perancangan’.

Aku ternganga kejap. Dia dah kerja masyuk, bolehlah sembang kencang gitu.

Aku ni ha….bab nak melancong, memang kena atur rapi-rapi. Supaya tadaklah poket bocor sana-sini. Lagi-lagi kalau melancong ke negara orang nih. Mahunya tak gelabah nak bersedia dari awal.

Sebenarnya, ramai orang tak tahu sangat yang bila waktu yang sesuai untuk dapatkan promosi yang murah-murah. Untuk manusia spesis macam aku ni, lebih suka beli tiga bulan awal. Tak kisahlah ada deals ke takde deals, aku memang akan beli at least tiga bulan sebelumnya. Tapi hakikatnya, kita boleh dapatkan harga yang lagi murah, kalau betul-betul kena dengan timing dia.



Sudah, bila pulak tu nak tunggu masa yang sesuai?

Aku dahlah tak boleh tengok duit banyak kat tangan nih. Nanti ada jelah tetiba hobi baru nak dibeli. Tapi pengalaman melancong ni tak sama dengan barang yang kita beli tu. Mana mungkin barang dicagar dengan pengalaman kan?

Jadinya, ramai galakkan untuk usha masa Traveloka Saleabration yang kurang dari dua hari saja lagi promosi ini akan berlangsung. Katanya masa promosi tu, kita boleh dapat online flight deals yang murah-murah termasuklah penginapan hotel, airport transfer, experience dan lain-lain yang sewaktu dengannya.



Kalau tak sempat ke MATTA Fair 2019 KL pun tak perlu dah nak rungsing, sebab semua deals tu boleh jugak didapati melalui online. Kan senang tu. Tak payah susah-susah nak jalan jauh-jauh semata-mata untuk dapatkan deals yang hebat-hebat. Menghargai setiap kuasa di hujung jari gitu! (Kata jelah kau tadak teman nak jalan hahahaha)

Since promosi ini akan berlangsung hanya sebulan sahaja bermula dari 26 Ogos hinggalah 27 September 2019, diorang sarankan agar aku gunakan peluang ini sebaik mungkin untuk merancang perjalanan tanpa mengira bulan apakah aku nak pergi.

Tapi still kena check monsoonnya jugak. Supaya tadaklah pergi time bulan puasa. Karang naya kena puasa lebih panjang dari waktu berbuka.  Tu okay lagi, kalau kena musim hujan sentiasa, tak ke naya pulak demam dekat negara orang?

Memandangkan hujung tahun adalah musim yang paling sesuai untuk mereka yang teringin nak tengok salji atau merasai suasana sambutan Hari Natal dan juga tahun baru di musim sejuk, jadi bolehlah tempah awal tiket percutian ke negara Hemisfera Utara.

Ah, sudah mana pulak Hemisfera Utara tu?

Hemisfera Utara adalah kawasan sekitar negara eropah seperti United Kingdom, Germany, Switzerland dan  lainnya.

InsyaAllah panjang umur memang teringin nak jejak kaki ke Negara German.



Impian dari dulu sampai sekarang, kalau boleh nak jugaklah merasa budaya German barang setahun dua. Eh, tu dah lama sangat dah tu! Usha jelah dulu, boleh buat perbandingan harga, tak dapat pergi hujung tahun ni, habis praktikal awal tahun depan pun jadilah.

Jadi korang yang mana dah lama teringin dan sudah pun kumpul duit untuk melancong tu, marilah kita sama-sama cuci mata dan buat pilihan secara bijak. Kalau tak melepas lagi….So, see ya on the next flight!

(Bicara dalam dialect indonesia) Kau pernah mimpi? Mimpi bertemu peri-peri yang akan merealisasikan segala impi menjadi realiti? Geleng.  Ak...

(Bicara dalam dialect indonesia)

Kau pernah mimpi?

Mimpi bertemu peri-peri yang akan merealisasikan segala impi menjadi realiti?

Geleng. 

Aku tidak percaya pada peri. 

Kenapa?

Kerna peri selalu mengecewakan banyak jiwa...buat mereka lupa pada kuasa yang lebih besar dari angan si peri...

(Sinetron tamat)

###

Belum mula menulis sudah mengantuk. Biasalah menulis kala mata sepatutnya lena, aku paksa ia untuk buka dan berkerah tenaga memikirkan perkataan yang serima nadanya. Bismillah awalun kalam pemula bicara...katanya lima belas minit yang lalu.

Jam sekarang menunjukkan pukul 0221. Bermakna, ada tiga jam lebih mahu ke waktu subuh. Ah, setiap malam dia qiamullail. Tanpa solat. Bagaimana, dikirakah itu sebagai berjaga malam? Wallahua'lam...

Sambil mencari latar muzik yang sesuai, aku mulakan penulisan dalam keheningan malam. Gelapnya tenang. Sunyi mengasyikkan si pemejam mata yang sudah panjang mimpinya. Ingin aku turut serta, tapi mimpiku....terlalu berat dan sarat dengan kata yang aku sendiri sukar untuk bernafas kala menceritakannya. Terasa lena seharian pun tidak mampu untuk membendung mimpiku ini.

Mimpi...


Zaman kanaknya pernah bermimpi, mahu menjadi manusia termuda membuka resort atau hotel atau sebuah kompleks perlancongan. Nyata masih jadi angan walau sudah menjangkau dua puluh tahun kehadapan.

Maka, dia mimpi lagi...

Untuk menjadi manusia yang berjaya meraih sebanyak "A" dengan hanya empat bulan belajar. Tidak juga berjaya...dia mulai merasa lelah untuk berangan dan mimpi disiang hari. Tapi, harapan nan secubit mengetuk mindanya agar terusan mencari. Tanpa henti. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran dunia di setiap jemari.

Ketika berada di pengajian tinggi, dia pilih untuk hidup berlainan identiti. Kononnya fokus itu bercabang dua, tapi dia buta pada cabang yang lagi banyak tidak kenampakkan walau sekadar bayang. Dia sudah terjerat dan tersesat dalam keriuhan amukan gila mimpinya yang mahu mengejar semua dalam sekelip mata. Dunia sudah membutakan setiap deria kemanusiaan yang dia pernah penjara suatu tika.

Cinta dunia memakan diri. Dia mengejar, dia terkejar.

Lelah!!!

Tersungkur di tirai mimpi. Tertarik tabir yang selama ini dia cuba untuk sembunyi. Penghujungnya....dia tetap menangis sendiri.

Esakan semalam menjadi percikan bara pada jiwa yang masih percaya pada sebuah mimpi.

Percaya, kuncinya. Percaya adalah fius pemula buat dia lebih gagah.

Percaya yang setiap direncana walau rapuh, dengan tekad dan usaha serta izinNya, dia pasti kan berjaya.

Percaya.

Yakin pula arangnya.

Yang sentiasa menghangatkan bara mimpi itu agar terusan membakar segala anasir yang luar dari kawalannya.

Mimpi ----> Percaya ----> Yakin ---> Tindakan ----> Terserah pada Tuhan

Apa kau pasrah selepas bertindak? Semudah itu kau berserah? Kelihatan lemah di medan perang. Belum masuk bertempur, baru bunyi gempita, kau sudah rebah. Heh, keluar sajalah dari medan...

Lalu dia keluar. Bukan keluar dari medan pertarungan. Tapi keluar menjadi pendekar yang mengetuai pasukan. Pasukan mimpinya yang sekian lama lena hingga diketawakan setiap darinya.

Apa yang harus dimalu?


Malu itu letaknya bertempat. Malu tidakkan membantu mimpi. Malu, kitakan tersesat. Malu hanya pada satu. Adab. Bukan pada pembangunan kendiri.

Boleh terkandas tumbesaran jika malu tidak mengenal laluan.

Itu, sana lorongnya malu.

Sini lorongnya hanya mahu memajukan diri.

Kalau dipermainkan kata itu hanya sekadar untuk mainan bibir, usahlah berkata-kata. Kata itu harusnya dikota. Kata itu, harusnya dipelihara untuk yang selayak mahu menerima.

Kerna telinga, bukan cawan kertas yang kau boleh sewenangnya menuang kata-kata manis murahan yang berakhir dengan hurungan semut merah yang menyakitkan. Telinga itu, wayar yang menghubungkan melodi yang merdu menyimpul setiap satunya menjadi lagu.

Liur itu pula, bukan siraman untuk si cawan penuh.  Liur adalah liabiliti dari Tuhan. Harus bijak menjaga agar tidak berhutang yang sia. Cukainya bukan calang-calang. Bukan boleh dibayar dengan ringgit Malaysia mahupun dolar Amerika.
Hatta 'maaf' dan 'terima kasih' jua belum tentu dapat membayar segala piutang walau fizikalnya resit telah dikeluarkan...

Mana isunya mimpi, hingga ke liurnya basi?

Usah malu untuk bermimpi walau disiang hari. Ia percuma. (Dalam tempoh awalan). Kemudian, kau harus bayarnya berterusan.
Mimpi bukan lagi prabayar. Mimpi adalah pascabayar tunggakan bil yang kau harus laksana secara harian...

Kerna mimpi itukan menjadi nyata, bila kau komited untuk mengejarnya dalam setiap tindakan.

Mimpi masa lalu itu masih aktif walau telah bertukar pelan talian. Yang penting ia masih bergantung pada satu hayat. Nyawamu....

-0343-Masa untuk bermimpi....-