Latest Posts

Memandangkan  terlalu  banyak movie yang aku tengok hari tu, (ada yang tengok kat wayang ada yang tengok online), maka aku dengan rajinny...

Memandangkan terlalu banyak movie yang aku tengok hari tu, (ada yang tengok kat wayang ada yang tengok online), maka aku dengan rajinnya naklah sum up sedikit cerita yang aku tengok sepanjang bulan lepas. 

view, sunset,

Ada cerita tu aku tengok penuh bermisi, ada pulak aku tengok sekadar nak tahu jalan cerita. Dan setengahnya pulak aku boleh ceritakan balik, lainnya aku tak tahu nak ceritakan macam mana. Korang tengoklah sendiri kot, aku kalau tak reti nak explain tu, sampai ke sudah tak retinya. 

So, tiga movie ni aku tengok kat wayang (terima kasih kepada sponsor ^_^) dan lebihnya aku layan online saja. So, here we go!

Movie pertama yang aku tengok kat wayang selepas sekian lama tak pergi wayang adalah:-

split, poster

Split ★★★★☆
    There is never ending story. Tapi aku sangat kagum dengan James McAvoy sebab berjaya membawa watak dengan karakter yang berbeza. Ini bukan cerita hantu. Dia macam realiti fantasi. Yang hanya difahami oleh dunia psikologi. Kita orang normal takkan faham situasi diorang. Dan akhirnya yang selamat adalah bila kita pernah berada sebahagian daripada dunia mereka. Hanya yang alami akan mengerti... 

    poster, raees

    Raees ★★★★☆
    Ini adalah cerita Hindustan pertama yang aku tengok dekat wayang. Dan aku tak jangka langsung ia akan berakhir begitu. Untuk yang sudah tengok cerita ni, cuba share sikit perasaan korang. Adakah se-kecewa aku? atau hanya aku sorang je yang rasa macam ni? atau aku memang jenis orang yang susah terima hakikat undang-undang? Apakah undang-undang itu direka atas kepentingan?? Why Raees why?!

    John wick, poster

    John Wick: Chapter Two ★★★★☆
    Cerita ini sangat berbaloi tengok kat wayang pada waktu murah iaitu seawal pagi. Takdelah pagi sangat, tengahari jugaklah. Less talk more action! Itu yang lebih berbaloi. Aku tak fahamlah kenapa susah sangat diorang nak kasi John Wick ni retired? Adakah penghujung cerita john wick yang akan datang beliau akan tewas? Aku tunggu sampai habis credit sebab takut ada plot terakhir, tapi takde....kiciwanya rasa. Memang kena tengok the next John Wick..

    ####

    Next, adalah senarai movie yang aku tengok online. 

    poster

    Man down ★★★★☆
    Kalau korang peminat war movies dan tak tahu nak tengok movie apa, aku sangatlah reccomendkan korang tengok cerita kat atas ni. Maunya tak menangis aku tengok. 

    Tengah fe-feeling jiwa perang tetiba boleh menangis bila dah tahu apa sebenar yang berlaku. Sejam yang pertama, memang aku tak faham time-line movie ni. Dia macam banyak flash back. Sampai keliru. Mana satu peristiwa sebenar, mana satu imaginasi dan mana satu cerita ulangan.

    Dia macam desolasi, tapi lagi kritikal...sob sob sob...dan realitinya, memang itu yang majoriti veteran hadapi - PTSD - (post traumatic stress disorder) dan ada juga isu lain yang menjadi faktor kepada mental health seperti hutang dan masalah kewangan.
    poster

    Hacksaw Ridge ★★★★★
    Hacksaw Ridge cerita pasal army yang tak nak pegang senjata masa perang. Isu besar bagi seorang askar bila dia tolak arahan untuk pegang senjata. Sampaikan ramai yang suruh dia give-up dan berhenti je dari jadi askar.

    Disebabkan jiwa dia kental untuk tolong orang dan jadikan perang bukan alasan untuk tidak berperi-kemanusiaan. Dan akhirnya, dialah yang menjadi penyelamat kepada semua askar yang terperangkap ditapak musuh tanpa sebarang kecederaan.

    Based on true events tu yang menyebabkan cerita ini lagi menarik.

    poster
    Full Metal Jacket ★★★☆
    Disebabkan movies ni antara top 10 war movie wajib tengok, maka aku pun menengoknya dengan pelbagai persoalan.

    Cerita description katanya pasal Vietnam war movies. Tapi...entahlah...ke aku yang blur sangat time tengok cerita ni? Ke aku kena tengok balik untuk fahamkan?

    So far, bagi aku Platoon adalah cerita tentang Perang Vietnam paling terkesan.

    poster

    Arrival ★★★☆☆
    Arrival aku tengok sebab kawan aku recommend. Akulah cerita sci-fi ni memang tak ler nak layan kat wayang. Ya, memang cerita genius, tapi tu lah...not my genre.. aku gagah jugak tengok sampai habis. Bila kawan aku cakap:

    "dia cerita alien, tapi..." 
    "tapi takde alien? macam TDL?" hahahah...

    but TDL lagi senang untuk aku faham. Yang ni, berulang kali putar, baru jelas...fuh! penat nak hadam!

    poster

    Charlie St. Cloud ★★★☆☆
    Ini kisah pasal abang yang kehilangan adik dia dalam kemalangan. Dia dapat tengok orang yang takde macam Imani. Alaa Imani dalam Kashaf Imani tu...Bila si abang ni tadi dah tekad untuk hidup dengan hidup dia, dia terpaksa 'kehilangan' adik dia lagi sekali. Tu lah orang kata, untuk dapatkan sesuatu kita kena hilang sesuatu...

    poster

    Brothers ★★★★☆
    Cerita dua orang beradik tiri yang bertemu semula dalam gelanggang gusti. Syaratnya adalah kalah mati. So, mampukah seorang abang ungkapkan maaf untuk terlepas daripada mati? Air dicincang takkan putus...percayalah...lagu dalam cerita ni not bad r..

    poster

    Sultan ★★★★☆
    Sultan ni citer wrestling. Apasallah banyak sangat cerita lawan-lawan sejak dua menjak ni? Randeep Hooda sebagai sifu Sultan! huwaaaa...suka watak dia. moral of the story, jangan lupa diri bila dah berjaya...kalau tak, kita akan hilang segalanya...

    poster

    Airlift ★★★★☆
    Indian historical drama yang mencabar kesabaran. Berlaku pada era 1990-an. Penuh dengan emosi dan air mata. Aku pun tak tahu nak describe macam mana. Mungkin ketegangan situasi cerita ni korang boleh alami masa tengok. Macam Neerja. Tapi lebih ramai lagi orang yang perlu diselamatkan dari dibunuh. Bila terpaksa menjadi penyelamat dan tempat bergantung kepada orang ramai, apa pilihan kita? Nak nak pulak ada yang tak reti bersyukur bila dah diselamatkan...ishlah! memang berang sungguh! 


    poster

    The Accountant ★★★★★
    Soloman Grundy nursery rhyme. Aku terikut sampai seminggu jugaklah...penangan dia hebat tak hebat. Seram sebenarnya jadi auditor ni. Aku tabiklah dengan cara dia survive. Walaupun polis tengah cari dia. Dia boleh selamat. Memang tak rugi tengok.


    poster

    Inferno ★★★☆☆
    Kekuatan Prof.Langdon dalam siri ni sangatlah terhad kalau dibandingkan dengan Da vinci code dan Angels&Demons. Cerita dia buat kita ternanti siapakah dalang disebalik teka-teki. Yang pasti, musuh dia mesti orang yang paling dekat dengan dia. Mesti punya! Cayalah! Maklumlah diaorang dah kaji pasal dia dulu. Tengok boleh, percaya jangan. Haaa tu dia prinsip kalau nak tengok cerita hasil karya Dan Brown.


    poster

    Sully ★★★☆☆
    Sully tak macam Captain Philips yang trauma dek ditangkap lanun. Capt. Sully dipersoal hanya kerana tak ikut protokol walaupun dia berjaya selamatkan semua penumpang dia. Tanpa ada sebarang nyawa yang melayang.

    Tak faham sungguhlah aku ni...orang dah selamatkan, bersyukurlah..ni masih pertikaikan lagi situasi. Akhirnya, Capt.Sully berjaya atasi situasi tegang selepas perbicaraan dengan mengambil faktor masa fikir sebelum bertindak. Fuh! Aku yang panas hati. Tapi dalam masa yang sama puas hati ^_^

    poster

    Deepwater Horizon ★★★☆☆
    Based on true events movies is my favourite movies. So, cerita ni wajib tengok. Sayangnya, tak semua selamat macam The 33 dan Sully. Sedih, tapi itulah hakikatnya...

    Dia macam ada agenda tersembunyi yang mencetus pada tragedi ni berlaku. Tu lah, jangan tamak...(mintak dijauhkan perkara sebegini berlaku pada orang yang kita kenal.)

    poster

    Desolasi ★★★☆☆
    Satu-satunya cerita melayu yang aku tengok sepanjang cuti. Terlalu banyak sangat persoalan yang perlukan jawapan. Dan berakhir dengan pulang kepada Dia. Fitrah manusia. Imaginasi yang lagi dahsyat sedang mereka alami tanpa dapat kita fahami. Sarat dengan pengajaran...wajib tengok!

    poster

    Trolls ★★★★☆

    Citer ni dah enam kali aku tengok. Maunya aku tak hafal dialog dia. Tapi tak pernah jemulah untuk ditengok. Lagunya memang banyak, boleh kalah citer hindustan. Dengan rambut warna warni bling-blingnya, memang ceria untuk ditonton kanak-kanak. hahaha..tak usah kanak-kanak, aku ni pun terhibur tengok. Bergen, trollstice, Bridget, Branch, Poppy...macam tak caya pulak suara Branch tu suara Justin Timberlake. Sampailah dia nyanyi lagu True Colors. Sooo lullaby! (sampai tertidur aku tengok cerita ni untuk first time)

    poster

    Moana ★★★★★
    We are the voyagers! Lagu-lagu dalam cerita ni best-best. Tapi boleh tahan banyak jugaklah. Kalau Trolls tentang patung kecik-kecik yang tak kenal erti sedih, Moana pulak hidupan manusia sebagai Voyagers yang dibatasi oleh lagenda yang tak pernah habis.

    Sehinggalah Moana ambil langkah berani untuk kembalikan keadaan seperti sedia kala. Cabaran yang berliku sehinggakan Moana putus asa dan mengalah...berjayakah dia? naa....kena tengoklah..

    poster

    Storks ★★☆☆☆
    Too many talks! Dan aku hanya tengok part wolfpack je. Bingit telinga bila cerita banyak sangat cakap. T_T Penat seh nak dengar! Jadinya aku tengok dengan keadaan mute. Kenapa tengok? sebabnya animasi dia comel. huhuhuhu


    poster


    The Angry Birds Movie ★★★★☆
    This movie is better than Storks. Walaupun aku bukanlah penggemar Angry Bird, tapi lepas aku tengok cerita ni, baru aku faham situasi dia. Sampai bergaduh dengan benda tak hidup. Punyalah baran dia...memang nak kena maki lah si binatang hijau dalam citer ni. Apa motif dia kasi kaler hijau ha? takde kaler lain ke? 

    poster

    E.T the extra-terrestrial ★★★☆☆
      E.T ni aku tengok sebab dia antara movie yang paling tinggi rate rotten tomatoes (98%). Rotten tomatoes punya rate ni kadang kejam jugak. Kalau orang lain boleh rate tetinggi, dia celah rate rendah...tapi rate dari rotten ni memang boleh percaya. Dan serius cerita ni uniklah. Macam cerita Koi...Mil Gaya pun ada gak. Kadang bila tengok cerita lama-lama zaman ritu, rasa macam lagi penuh inspirasi. Alien ada radiasi yang boleh merosakkan manusia ke? 

      poster

      The BFG ★★★★☆
      I love the language they used. Macam comel je bila budak ni sebut "BFG", "don't little missy me!"...Tak tahu pulak mimpi itu suatu benda yang boleh ditangkap dan dicari...huhuhuhu namalah cerita fantasi. Adoyai!

       poster

      A Street Cat Named Bob ★★★☆☆
      Aku tak tau nak ulas apa pasal cerita ni. Mungkin sebab dia based on true story, sebab tu aku tengok. Tapi, tak rugilah tengok. Kalau korang minat kucing, korang mesti nak kucing macam Bob ni. Orang kata bukan kita pilih kucing, kucing yang pilih kita...

      poster

      The 33 ★★★☆☆
      The 33 adalah cerita pasal miners yang terperangkap kat bawah tanah. Ianya agak penat bilamana semua bekalan untuk hidup adalah terhad. Ada yang dari awal dah give up, tapi salah seorang dari diorang cuba bagi harapan. Bila dorang tak pernah putus harap, pertolongan datang jugak akhirnya walaupun hampir 69 hari terperangkap. Based on true events. Satu-satunya tragedi yang tak meragut nyawa. Kunci dia. jangan pernah putus asa...

      poster

      The Magnificent Seven ★★★☆☆
      Yang Magnificent seven tu jalan cerita dia dapat dibaca. Orang jahat serang kampung untuk dapatkan tanah. Siapa yang lawan akan dibunuh. Then, orang kampung cari penyelamat untuk pertahankan hal mereka terhadap tanah. Berlakulah sengketa yang berakhir dengan pengorbanan dan kejayaan...Yang selamat hanya tiga orang saja. Sob sob sob...-spoiler alert-

      #####

      Habis cerita!! Giler kau nak ingat balik semua cerita ni dalam satu masa. Tapi dalam banyak-banyak cerita kat atas ni, yang paling aku tak lupa adalah Trolls!

      "He who controls the Trolls, control the kingdom, and I am the He!"
      "Are you dude?"

      Ini adalah antara dialog Trolls yang kerap bermain dalam rumah selepas semua menonton kartun tu.

      Oh! baru aku teringat...sebenarnya misi aku adalah menghabiskan semua movie karya Steven Spielberg. Masih banyak lagi yang belum tengok. Lagi-lagi cerita dia yang lama dulu kala..memandangkan cuti pun dah habis, so jumpa lain kali movies. Da!!

      p/s: inilah yang berlaku bila lama tak tengok movies.

      Orang kata, kalau kita ada idea, kita tak boleh perapkan dia dalam memori dengan niat akan luahkan idea itu dilain waktu.Tapi, bila kita ker...


      Orang kata, kalau kita ada idea, kita tak boleh perapkan dia dalam memori dengan niat akan luahkan idea itu dilain waktu.Tapi, bila kita kerap memulaukan idea yang datang, akhirnya idea atau segala inspirasi untuk kita berilham pun akan merajuk. Rajuknya yang sukar dipujuk hinggakan kita atau spesifiknya aku terpaksa mencari kick-starter dia yang aku sendiri pun tak tahu kat mana. Gilakan rasa bila situasi macam ni melanda!


      Tak pernah dalam hidup aku berhenti menaip or menulis dalam satu tempoh yang lama hingga aku lupa nak mulakan ayat. Hatta bercakap sekali pun aku tak tahu nak mula dari mana...macam sekarang...jadinya aku dapat rasakan yang post ini agak hambar...huhuhu


      Bagi aku February bulan yang sangat singkat untuk tidak melakukan apa-apa perkara yang aku tak dapat buat bila kuliah bermula. Misalnya layan movies, series dan juga jalan-jalan.


      Jalan-jalan ke aku? Adalah sikit.
      Syukurlah kakak kahwin dengan orang jauh. Sambil menyelam minum air lah kita. So, aku sarankan adik beradik aku, kalau nak settle down ke apa nanti, pergilah dok tempat jejauh sikit. Biar senang nak berjalan. Alasan nak ziarah, tapi alang-alang tu bolehlah cuci mata kan? Duduk dekat-dekat memang syok, tapi tu lah...kerap sangat jumpa pun takde cerita gak...


      Marathon Movies? ?
      Aku suka layan movies online. Tapi bila ada orang tawarkan untuk tengok diwayang, aku takkan tolak der...confirm aku terima.----selepas enam jam penghasilan entri untuk review movie----Penat otak aku me-revise balik semua movie yang aku tengok hari tu. Aku dah sum up siap-siap untuk post seterusnya. Ingatkan nak gabung je kat sini, tapi panjangnya ya ampunnnn tobat tak mau baca!Sib baik movie je, angau tv series pun syukur dah surut...kemaruk Oliver Queen lawan dengan Promethous tu memang menyakitkan hati betullah!


      Tak masuk lagi si Flash nak lawan takdir. Takdir ke? Hurm...takdirlah kot...Yang Legends of Tomorrow tak sudah nak kejar dak Legion of doom. adoyai!! Gotham pulak aku pause dulu, tunggu sampai dia habis season nanti baru nak layan. (rasanya semua series ni aku pause, sebabnya bila tengok sikit-sikit..feel tak sampai..) Bikin panas doh kalau layan tak habis...


      Buku? ???
      Semalam aku baca Kembara Afghanistan dan juga buku pasal bridged al-qassam. Lepas aku baca dua buku ni aku rasa confused...kau! nak confused pasal apa pulak?Yelah, kan aku ni kind of manusia yang banyak disajikan dengan cerita perang. Perang Vietnam, perang Jepun, perang Africa, perang Afghanistan, Perang German, Rusia...bukan aku takde tengok cerita perang dari sudut pihak yang US lawan. Ada...cuma tak banyaklah. Pastu, lepas aku baca buku tu..aku taktau nak sedih ke suka ke apa.


      Aku macam neutral je lah. Sedikit dicuci mindanya...Nak nak pulak lepas aku baca buku tu, aku pi tengok movie Man Down. Trauma perang yang dialami oleh tentera Amerika. Sampai gila jugaklah jadinya. So, aku kesian bila tentera tu jadi macam tu, tapi dalam masa yang sama aku macam tak faham kenapa diorang perlu hadapi situasi tu padahal diorang hanya bertugas? Dan orang yang menembak kawan tentera tu tadi juga menjalankan tanggungjawab dia untuk mempertahankan diri. So, takde yang salah dalam situasi ni. -spoiler alert-












      lawak ke, hambar je, boleh lah
      Sumber

      Apa yang dicari dalam perang sebenarnya? 
      Damai, aman, kata sepakat? Tapi kalau buat perjanjian pun kadang berat sebelah dan kadang setengah pihak buat tak endah. Bila akan berakhir kalau macam ni? Histroy keep repeating itself. Dan aku takkan pernah jemu untuk tengok cerita perang walau aku tahu benda tu...Kadang aku tak boleh nak persoalkan orang yang sign up jadi tentera ni.


      Sebabnya, once diorang jadi tentera, mereka sudah ada jalan untuk melakukan pengorbanan terhadap negara walau terpaksa gadaikan nyawa dan hanya sekelumit je yang ingat pada mereka.Kagum dengan semangat yang diorang miliki. Aku? Hanya memerhati mereka setelah mereka dimoviekan...kelakar kan? hahahaha


      Okaylah, tak mbohlah ulas panjang. Aku bengang dengan status whatapps pun tak habis lagi. Apa ke pihak whatapps tak tahu yang status bertulis tu memberi makna dalam hidup seseorang? Sibuk nak stroy mory...semua benda nak distorykan..kenapa tak buat auto screen shot jer? di era yang semua orang nak ss semua conversation ni kalau ada fungsi tu takdelah teruk kena maki macam pertukaran terhadap fungsi status ni...


      Dan kehambaran hati aku terhadap whatapps semakin meningkat sejak peristiwa itu. Dan post ni aku telah taip selama seharian suntuk hanya kerana mencari kick-starter untuk mulakan entri...yang berakhir dengan kebencian terhadap whatapps. Is it?


      Oh, lagi satu...tetiba gigi bongsu baru nak tumbuh yang menyebabkan selera makan aku merudum. ?Yeah aku lesap macam chips more, no more oreo...chiao lu...tetiba terasa banyak benda pulak nak tulis..chiss...



      Orang kata, kalau kita ada idea, kita tak boleh perapkan dia dalam memori dengan niat akan luahkan idea itu dilain waktu. Tapi, bila kit...

      Orang kata, kalau kita ada idea, kita tak boleh perapkan dia dalam memori dengan niat akan luahkan idea itu dilain waktu.

      Tapi, bila kita kerap memulaukan idea yang datang, akhirnya idea atau segala inspirasi untuk kita berilham pun akan merajuk. Rajuknya yang sukar dipujuk hinggakan kita atau spesifiknya aku terpaksa mencari kick-starter dia yang aku sendiri pun tak tahu kat mana. Gilakan rasa bila situasi macam ni melanda!

      Tak pernah dalam hidup aku berhenti menaip or menulis dalam satu tempoh yang lama hingga aku lupa nak mulakan ayat. Hatta bercakap sekali pun aku tak tahu nak mula dari mana...macam sekarang...jadinya aku dapat rasakan yang post ini agak hambar...huhuhu 

      Bagi aku February bulan yang sangat singkat untuk tidak melakukan apa-apa perkara yang aku tak dapat buat bila kuliah bermula. Misalnya layan movies, series dan juga jalan-jalan.

      view, picture, sofieadie

      Jalan-jalan ke aku? Adalah sikit.
      Syukurlah kakak kahwin dengan orang jauh. Sambil menyelam minum air lah kita. So, aku sarankan adik beradik aku, kalau nak settle down ke apa nanti, pergilah dok tempat jejauh sikit. Biar senang nak berjalan. Alasan nak ziarah, tapi alang-alang tu bolehlah cuci mata kan? Duduk dekat-dekat memang syok, tapi tu lah...kerap sangat jumpa pun takde cerita gak...

      Marathon Movies? 🎥
      Aku suka layan movies online. Tapi bila ada orang tawarkan untuk tengok diwayang, aku takkan tolak der...confirm aku terima.

      ----selepas enam jam penghasilan entri untuk review movie----

      Penat otak aku me-revise balik semua movie yang aku tengok hari tu. Aku dah sum up siap-siap untuk post seterusnya. Ingatkan nak gabung je kat sini, tapi panjangnya ya ampunnnn tobat tak mau baca!

      Sib baik movie je, angau tv series pun syukur dah surut...kemaruk Oliver Queen lawan dengan Promethous tu memang menyakitkan hati betullah! Tak masuk lagi si Flash nak lawan takdir. Takdir ke? Hurm...takdirlah kot...Yang Legends of Tomorrow tak sudah nak kejar dak Legion of doom. adoyai!! Gotham pulak aku pause dulu, tunggu sampai dia habis season nanti baru nak layan. (rasanya semua series ni aku pause, sebabnya bila tengok sikit-sikit..feel tak sampai..) Bikin panas doh kalau layan tak habis...

      Buku? 📕📖📕
      Semalam aku baca Kembara Afghanistan dan juga buku pasal bridged al-qassam. Lepas aku baca dua buku ni aku rasa confused...kau! nak confused pasal apa pulak?

      Yelah, kan aku ni kind of manusia yang banyak disajikan dengan cerita perang. Perang Vietnam, perang Jepun, perang Africa, perang Afghanistan, Perang German, Rusia...bukan aku takde tengok cerita perang dari sudut pihak yang US lawan. Ada...cuma tak banyaklah. Pastu, lepas aku baca buku tu..aku taktau nak sedih ke suka ke apa. Aku macam neutral je lah. Sedikit dicuci mindanya...

      Nak nak pulak lepas aku baca buku tu, aku pi tengok movie Man Down. Trauma perang yang dialami oleh tentera Amerika. Sampai gila jugaklah jadinya. So, aku kesian bila tentera tu jadi macam tu, tapi dalam masa yang sama aku macam tak faham kenapa diorang perlu hadapi situasi tu padahal diorang hanya bertugas? Dan orang yang menembak kawan tentera tu tadi juga menjalankan tanggungjawab dia untuk mempertahankan diri. So, takde yang salah dalam situasi ni. -spoiler alert-


      lawak ke, hambar je, boleh lah
      Sumber

      Apa yang dicari dalam perang sebenarnya? 
      Damai, aman, kata sepakat? Tapi kalau buat perjanjian pun kadang berat sebelah dan kadang setengah pihak buat tak endah. Bila akan berakhir kalau macam ni? Histroy keep repeating itself. Dan aku takkan pernah jemu untuk tengok cerita perang walau aku tahu benda tu...

      Kadang aku tak boleh nak persoalkan orang yang sign up jadi tentera ni. Sebabnya, once diorang jadi tentera, mereka sudah ada jalan untuk melakukan pengorbanan terhadap negara walau terpaksa gadaikan nyawa dan hanya sekelumit je yang ingat pada mereka.

      Kagum dengan semangat yang diorang miliki. Aku? Hanya memerhati mereka setelah mereka dimoviekan...kelakar kan? hahahaha

      Okaylah, tak mbohlah ulas panjang. Aku bengang dengan status whatapps pun tak habis lagi. Apa ke pihak whatapps tak tahu yang status bertulis tu memberi makna dalam hidup seseorang? Sibuk nak stroy mory...semua benda nak distorykan..kenapa tak buat auto screen shot jer? di era yang semua orang nak ss semua conversation ni kalau ada fungsi tu takdelah teruk kena maki macam pertukaran terhadap fungsi status ni...

      Dan kehambaran hati aku terhadap whatapps semakin meningkat sejak peristiwa itu. Dan post ni aku telah taip selama seharian suntuk hanya kerana mencari kick-starter untuk mulakan entri...yang berakhir dengan kebencian terhadap whatapps. Is it?

      Oh, lagi satu...tetiba gigi bongsu baru nak tumbuh yang menyebabkan selera makan aku merudum. 😷

      Yeah aku lesap macam chips more, no more oreo...chiao lu...tetiba terasa banyak benda pulak nak tulis..chiss...

      Suatu perkara yang majoriti blogger akan menitik beratkan adalah SEO blognya dan juga berat blog . Bila dua benda ni tidak menepati ciri...

      Suatu perkara yang majoriti blogger akan menitik beratkan adalah SEO blognya dan juga berat blog. Bila dua benda ni tidak menepati ciri-ciri yang sepatutnya, automatik rasa macam serba tak kenalah hidup. Sikitlah rasa serabut...tapi takdelah sampai rasa nak makan pun tak selera an??

      Kalau korang pernah menghadapi situasi macam aku sekarang ni, dan masih tercari-cari editor plus designer blog yang sesuai, aku sangatlah berbesar hati memperkenalkan korang dengan MellyaCrayola.

      banner, blog, header
      Tengok blog Mellya pun dah cukup membuktikan hasil kerja beliau. Sejak kebelakangan ni, ramai blogger bercerita tentang blog Mellya. Memang tak silap bahkan lagi sahih, kerja beliau sangat bagus!

      Al-kisahnya...
      Hari tu, time aku belek-belek jenjalan sekitar dunia blog, aku ternampaklah satu post pasal blog Ana Suhana yang baru bertukar wajah... Kerjanya kemas cantik! Memang sedap mata nak melepak situ lelama. 

      Bila dia ada mention pasal blog dia ditouch up oleh Mellya, siap dengan dapat SEO 100% tu, aku terus macam... 
      "Bestnya dah capai seo 100%! Aku ni jangankan 100, 80 pun susah nak dapat!"

      Then, aku pun apa lagi terus contact Mellya. Tak sampai pun sejam, dia dah balas. Dan...tadaaaa! Hasil dari kerja tangan Mellya..akhirnya blog aku dapat mencapai matlamat SEO 100%!!! Yuhuuu!!!

      seo, 100%, blog

      Memang terbaiklah!

      Jadinya, kalau korang perlukan khidmat editing blog ke, buat banner yang lawa dan awesome, memang aku 100% recommend kerja beliau adalah yang terbaik dengan harga yang berpatutan dan mampu milik.

      Okaylah, aku pun nak fly ke Johor dah ni...ada masa punya waktu, kita bertemu dilain hari. 

      P/s: untuk yang bertanya aku cari calon mana nanti...maybe aku akan jawab belah utara. Hahahaha...demand lagi, orang Langkawi...itupun kalau ada and berjumpalah...

      Chiao lu, papehal jangan lupa roger...jangan lupa pergi ke blog Mellya untuk dapatkan blog yang lebih awesome!!! 

      Da!

      Bila kau ada ramai adik beradik perempuan dan kakak kau kahwin, secara automatik yang lain kena pakai tudung. Sehinggalah kakak kau yang kah...




      Bila kau ada ramai adik beradik perempuan dan kakak kau kahwin, secara automatik yang lain kena pakai tudung. Sehinggalah kakak kau yang kahwin tadi balik ke tempat baru dia, barulah kau boleh hidup seperti biasa.

      Itu situasi aku. Aku rasa ramai yang faham kot situasi ni. Tapi itu bukanlah suatu masalah besar bila kakak kau kahwin...masalahnya bila kau LUPA yang kau dah ada orang baru dalam rumah!
      pelamin, kahwin


      Oh, sebelum tu aku naklah ucap tahniah dan selamat pengantin baru buat kakak aku yang nombor dua. Alhamdulillah dengan sekali lafaz pada 11 Februari lepas, dia selamat menjadi isteri orang Johor. So, kalau aku nak cari calon lepas ni, tak boleh dahlah ambik orang Johor. Kenalah cari orang dari pelusuk dunia yang lain...

      Ramai yang dah tahu, tapi masih ada yang belum tahu...yang kakak guenya itu juga miliki blog dong! Carilah lo yang mana blognya...

      Situasi masa hari kejadian?
      Senggaut kau! Aku tak sempat tengok sesi lafaz salam semua tu, yang aku sempat, sedar-sedar dorang dah siap sarung cincin. Terlepas moment paling berharga...

      Apa yang buat aku lambat tu, aku pun tak tahulah...adik aku dok sibuk pakai shawl dia punya pasal. Dok belit sana, belit sini...alih-alih terbelit sebab lambat...chis!!

      Kenduri dimana?
      Kitaorang buat kat rumah, rewang gitu. Yang sewa hanya pelamin, kanopi, dan baju kahwin..cuma masa hari kejadian ramai yang tak puas hati dengan fotografer dia. Agaklah...sampai orang biasa boleh tegur assistant dia pegang kamera pun salah itu dah kira tahap parahlah kan? Ini majlis penting untuk orang kot! Bukan hari sukan sekolah yang kau boleh snap setiap 30 minit. Majlis kahwin nikah ni setiap saat tu berharga!!!

      Walau fotografer cenggitu, alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. FYI, ini adalah majlis pertama dan pencetus dalam keluarga aku. So, masih banyak benda yang terlepas. Maklumlah nervous kata orang. Ada enam lagi majlis kahwin yang akan menyusul...insyaAllah kesilapan lalu tak berulang..

      Tema?
      Hari tu belah perempuan peach, belah lelaki purple...maka temanya yang sebenar adalah peach purple. Dengan hantaran 5 balas 7.









      pengantin, keluarga
      team purple peach

      (Aku tukang cerita bagi pihak kakak aku. Aku tahu dia masih takde masa nak update kat blog dia. Plus sekarang dia mana senang nak dapat line..hahahahah Bulan dua ni, dia dan pasangan busy. Sumpah aku sendiri pun kesian tengok. Nak buat macam mana, setiap susah pasti ada senangnya kan? hehehehe)

      Miri dan Johor.
      Dari ceritanya kakak gue, depa ni bertemu dalam MySpace. Baju team rewang dorang pun ada logo ni. Mok madahlah tek...

      Keluarga dari Johor aku tak tahu berapa orang yang datang. Tapi senang kira satu van, dua kereta. Tu je yang aku nampak. Aku pun sempat kenal dengan dorang masa raya haji hari tu. Tanya beradik aku yang tak pernah jumpa family belah laki, memang nganga ajelah dorangnya...

      Menu?
      Menu kahwin: daging hitam, ayam masak merah, tempoyak, buah pear asamboi, sayur masak lemak, air oren, air tebu.

      Doorgift?
      Air kotak, keropok dua, pastu gula-gula...

      Esok, family aku pulak fly ke Johor. 18 februari ni kenduri belah laki pulak. Fuh! habis team rewang belah perempuan penat lelah, sekarang team rewang belah laki pulak.

      Rumah pun dah start sunyi. Kononnya tahun ni semua tak balik raya, so majlis kahwin dan makan doa selamat hari tu kira pre-openhouse untuk raya tahun ni. Aku pun malas nak balik raya...makin besar ni makin tak de rasa nak raya.

      cousin, little

      Itulah liputan sempena hari kakak aku kahwin...


      Bila kau ada ramai adik beradik perempuan dan kakak kau kahwin, secara automatik yang lain kena pakai tudung. Sehinggalah kakak kau yang k...

      Bila kau ada ramai adik beradik perempuan dan kakak kau kahwin, secara automatik yang lain kena pakai tudung. Sehinggalah kakak kau yang kahwin tadi balik ke tempat baru dia, barulah kau boleh hidup seperti biasa.

      Itu situasi aku. Aku rasa ramai yang faham kot situasi ni. Tapi itu bukanlah suatu masalah besar bila kakak kau kahwin...masalahnya bila kau LUPA yang kau dah ada orang baru dalam rumah!

      pelamin, kahwin

      Oh, sebelum tu aku naklah ucap tahniah dan selamat pengantin baru buat kakak aku yang nombor dua. Alhamdulillah dengan sekali lafaz pada 11 Februari lepas, dia selamat menjadi isteri orang Johor. So, kalau aku nak cari calon lepas ni, tak boleh dahlah ambik orang Johor. Kenalah cari orang dari pelusuk dunia yang lain...

      Ramai yang dah tahu, tapi masih ada yang belum tahu...yang kakak guenya itu juga miliki blog dong! Carilah lo yang mana blognya...

      Situasi masa hari kejadian?
      Senggaut kau! Aku tak sempat tengok sesi lafaz salam semua tu, yang aku sempat, sedar-sedar dorang dah siap sarung cincin. Terlepas moment paling berharga...

      Apa yang buat aku lambat tu, aku pun tak tahulah...adik aku dok sibuk pakai shawl dia punya pasal. Dok belit sana, belit sini...alih-alih terbelit sebab lambat...chis!!

      Kenduri dimana?
      Kitaorang buat kat rumah, rewang gitu. Yang sewa hanya pelamin, kanopi, dan baju kahwin..cuma masa hari kejadian ramai yang tak puas hati dengan fotografer dia. Agaklah...sampai orang biasa boleh tegur assistant dia pegang kamera pun salah itu dah kira tahap parahlah kan? Ini majlis penting untuk orang kot! Bukan hari sukan sekolah yang kau boleh snap setiap 30 minit. Majlis kahwin nikah ni setiap saat tu berharga!!!

      Walau fotografer cenggitu, alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. FYI, ini adalah majlis pertama dan pencetus dalam keluarga aku. So, masih banyak benda yang terlepas. Maklumlah nervous kata orang. Ada enam lagi majlis kahwin yang akan menyusul...insyaAllah kesilapan lalu tak berulang..

      Tema?
      Hari tu belah perempuan peach, belah lelaki purple...maka temanya yang sebenar adalah peach purple. Dengan hantaran 5 balas 7.

      pengantin, keluarga
      team purple peach

      (Aku tukang cerita bagi pihak kakak aku. Aku tahu dia masih takde masa nak update kat blog dia. Plus sekarang dia mana senang nak dapat line..hahahahah Bulan dua ni, dia dan pasangan busy. Sumpah aku sendiri pun kesian tengok. Nak buat macam mana, setiap susah pasti ada senangnya kan? hehehehe)

      Miri dan Johor.
      Dari ceritanya kakak gue, depa ni bertemu dalam MySpace. Baju team rewang dorang pun ada logo ni. Mok madahlah tek...

      Keluarga dari Johor aku tak tahu berapa orang yang datang. Tapi senang kira satu van, dua kereta. Tu je yang aku nampak. Aku pun sempat kenal dengan dorang masa raya haji hari tu. Tanya beradik aku yang tak pernah jumpa family belah laki, memang nganga ajelah dorangnya...

      Menu?
      Menu kahwin: daging hitam, ayam masak merah, tempoyak, buah pear asamboi, sayur masak lemak, air oren, air tebu.

      Doorgift?
      Air kotak, keropok dua, pastu gula-gula...

      Esok, family aku pulak fly ke Johor. 18 februari ni kenduri belah laki pulak. Fuh! habis team rewang belah perempuan penat lelah, sekarang team rewang belah laki pulak.

      Rumah pun dah start sunyi. Kononnya tahun ni semua tak balik raya, so majlis kahwin dan makan doa selamat hari tu kira pre-openhouse untuk raya tahun ni. Aku pun malas nak balik raya...makin besar ni makin tak de rasa nak raya.

      cousin, little

      Itulah liputan sempena hari kakak aku kahwin...