Latest Posts

"Gila!"  Itulah ungkapan pertama bila dia utarakan idea untuk mengubah fashion. "Kau gila? tak pernah selama ni kau pakai fan...

"Gila!" 

Itulah ungkapan pertama bila dia utarakan idea untuk mengubah fashion.

"Kau gila? tak pernah selama ni kau pakai fancy, tetiba je nak tukar?"

"Aku tahu, berubah itu memang menakutkan. Lagi-lagi bila ianya melibatkan diri kau sendiri. "

"Selama ni, aku tak pernah rasa insecure bila pakai tudung yang sama selama seminggu. Aku tak kisah pun pasal orang lain...tapi sekarang, aku rasa pelik...aku yang pelik ke, tempat ni yang pelik?"

Ya. Kawasan memainkan peranan dalam mengubah identiti diri. Dulu, kau juga yang berjanji akan belajar perlahan-lahan untuk ubah gaya hidup kau. Sekaranglah masanya...

Takut?

Biasalah. Tidak dinamakan berubah jika kau berani...*ketawakan diri sendiri*

"Kalau boleh, saya nak semua pelajar saya cantik-cantik belaka setiap kali datang ke kelas..."

Gila!

"Nak pergi kelas pun kena melaram bagai ke?" suara hati memberontak. Mulut ikut rentak.

"Alahai, kolotnya cara pemakaian dia..."

"Biar buruk baju dipakai, asal miliki pekerti..." hati cuba menyedapkan pandangan.

Prinsip dia dalam pemakaian hanya satu:- selesa dan mudah dipakai.

T-shirt berlengan panjang dan seluar jean. Paling tidak pun, berbaju kurung. Paling express, sekadar menyarung jubah hitam. Siap!

Tudung? cukup sekadar tudung sarung. Lima minit sudah cukup untuk bersiap.

Tapi, sejauh mana warga ini memahami prinsip dia, dia menjadi ragu. Keliru.

"Kau calitlah sikit make-up kat muka tu, kasi tak nampak pucat. Paling kurang, bedak compact dan lip-stick..."

Ah, mudahnya menjadi penasihat fashion...

Dia lihat koleksi make-up untuk sang pemula. Ah, menakutkan! Terlalu banyak lapisan perlu disalut pada wajah. Dia sendiri pun tak ingat. 

Gila!

Banyak benar barang yang perlu ada. Ini baru untuk pemula. Yang baru untuk berjinak.

Peneman mukanya selama ini hanyalah bedak bayi. Bila bibir kering, baru dicalit sedikit lip-balm. Itu pun jarang.

Hela nafas berat.

Pujuk diri, yang perubahan ke arah yang lebih bagus dan baik itu tidaklah seseram menonton Nightmare at Elm Street.

Fashion bukan gila.

Fashion melibatkan keyakinan diri.

Dari pemakaian orang boleh baca diri kita. Ibarat muka depan setiap buku.

Bicara kita pula adalah sinopsisnya...

Termangu membelek instagram.

Rungsing memilih warna tudung yang sesuai.

Warna yang dia tahu hanya dua; Hitam dan Putih.

Jika tiada hitam, maka putihlah pakainya.

Jika kerja dilapangan, laju saja hitam disarungnya.

Ah, fashion itu merumitkan kepala saja!

"Benda cantik, semua orang suka..." ujar sahabat.

"Aku cuba..." berat hati untuk mengucapkannya...

"Tapi kau, usah mempersendakan aku bila keadaan sudah tak seperti dahulu..."

Manusia,

selalunya bukan takut pada perubahan.

Mereka takut pada kritikan...

Keyakinan mereka mudah rapuh tanpa sokongan.

Mereka takut diketawakan.

Mereka berasa kecewa bila diperkotak-katikkan...

Kerana itu mereka lebih senang menjadi yang malar.

"Gila!"  Itulah ungkapan pertama bila dia utarakan idea untuk mengubah fashion. "Kau gila? tak pernah selama ni kau p...

Holla there! Seperti yang sedia tahu, aku telah pun tukar kos dari Geomatik kepada Pengurusan Hartanah . Dari AP120 kepada AP225. Berpindah...

Holla there!

Seperti yang sedia tahu, aku telah pun tukar kos dari Geomatik kepada Pengurusan Hartanah. Dari AP120 kepada AP225. Berpindah dari Arau, Perlis ke Shah Alam, Selangor. 

credit
Perubahan yang mendadak itu agak sukar ya kawan-kawan. Kerana, selama ni aku selalu pilih tempat pengajian di kawasan yang agak terpencil dari kesibukan kota raya. Alasan:-
  • Ia lebih selesa, aman, damai dan tenang. 
  • Dengan kewujudan udara bersih, tak perlu risau untuk mengambil pelbagai supplemen demi menjaga kesihatan. Memadailah dengan bersenam dan rajin berjalan di sekitar kampus.
  • Kos sara hidup rendah - makanan murah

Tapi sekarang, aku kena bertahan...(#bestrong) sebabnya; di situlah aku akan menetap untuk tahun-tahun yang akan datang. Aku kena biasakan diri dengan; 
  • hiruk pikuk kota raya, 
  • pengangkutan awam, 
  • kesesakan lalu lintas, 
  • keramaian manusia yang berbondong-bondong
  • kos sara hidup agak tinggi
  • dan macam-macamlah!

So, hari sabtu yang lalu (030916), secara rasminya aku menjadi warga kolej Anggerik di UiTM Shah Alam. Sebelum aku mendaftar, aku sempatlah belek dua tiga blog yang cerita pasal pengalaman mereka. Hakikinya, aku tak faham pun apa yang mereka cerita sebab aku tak dapat gambaran tempat tersebut tapi cukuplah untuk aku tahu yang:

"...mana-mana pelajar perempuan dari calon penerapan yang mengambil program di bawah Fakulti Seni bina, perancangan dan ukur (FSPU), mereka secara automatiknya akan menjadi penghuni Kolej Anggerik..."

Kolej Anggerik ni adalah:-
  • kolej paling dekat dengan FSPU. sebab tak perlu naik turun bas untuk pergi ke kelas.
  • Dekat dengan pintu masuk UiTM depan Jakel aka Seksyen 7 
(untuk ke seksyen 7, kalau malas naik bas, korang boleh jalan kaki je...kat situ macam-macam ada! satu je aku pesan; kawal diri k?)

Makanya, aku tersangatlah bersyukur bagi semester ni sebab kelas semuanya dekat. Jarak dia lagi dekat dari masa aku dok Arau dulu. Cuma, dia lebih berbukit cerun gitu.... (rujukan map)

Aku dok sekitar kawasan dalam bulatan hijau tu...
Besar tak besar kampus dia, Masya-Allah....-kalau sesat, memang boleh meroyan jugaklah...-

Kolej Anggerik:
  • Ada dua tingkat sahaja
  • Ada Anggerik dan Anggerik Baru (AB) -aku dok belah Anggerik Baru-
  • Satu bilik ada empat orang
  • Ada satu cafe 

Port aku untuk semester ni...(time ni baru je sampai...)
Masa seminggu kat sana
aku dah habis pusing sekitar situ...(sementara kelas belum start). Saja nak jenguk kawasan dulu...so apa-apa lepas ni takdelah sakit jiwa sangat...hahahaha

First aku pi jalan kaki ke seksyen 7. Esoknya pi  naik bas ke Seksyen 2. Lepas tu, pi beli tiket dekat TBS. Then teman orang beli tiket kat seksyen 13. Habis je pusing, terus demam selsema! Ambek kau!!

Masa raya haji, 
orang cuti seminggu dok relax je senang lenang. Aku? Dok telan segala macam jenis ubat nak kasi kebah. Rasanya, inilah selsema paling teruk aku alami...sebabnya...tonsil bengkak, then kahak pun bertukar kaler dari putih ke merah...T^T 

Pi klinik, depa kasi ubat batuk ja...Plan aku, ingatkan nak balik awal. Tapi, kesihatan tidak mengizinkan. Maafkan aku kawan...lain waktu, ada peluang, insyaAllah kitakan bertemu lagi ^_^

Begitulah kisah aku pada minggu pertama di UiTM Shah Alam....sesat, salah naik bas, #rinduarau memang tak terkatalah....tapi tu lah, orang kata 'Alah bisa tegal biasa..'. Memula je rasa macam ni, lepas sebulan....confirm tak terfikir dah....(harapnya begitulah...)

Maka, aku akhiri entri kali ini dengan ucapan; 

Selamat Berjuang kepada semua rakan taulan dimana jua kalian berada dan Selamat maju jaya dalam semua bidang yang kalian ceburi. Semoga tetap bersemangat hingga ke akhirnya! Ingat daku dalam doamu, lupakan daku dalam solatmu...

Jaga diri, jaga iman,
Bila terasa sendiri, ingatlah kau punya teman,
Jangan biarkan diri hanyut tanpa sebarang pegangan.
- dari seorang kawan yang sentiasa ada walau kita berjauhan...-
insyaAllah....

Thanks for reading!

Holla there! Seperti yang sedia tahu, aku telah pun tukar kos dari Geomatik kepada Pengurusan Hartanah . Dari AP120 kepada AP225. Ber...

Jika kalian sedang membaca entri ini, ia bermaksud aku telahpun menaipnya barang dua tiga hari yang lepas. Dan semua entri selepas entri ini...

Jika kalian sedang membaca entri ini, ia bermaksud aku telahpun menaipnya barang dua tiga hari yang lepas. Dan semua entri selepas entri ini, adalah auto publish post yang telah disetkan untuk memastikan blog ini tidak terbiar seperti padang jarak padang terkukur. Oleh kerana itu, aku akan pastikan yang setiap seminggu akan ada dua entri untuk tatapan kalian...

Bila?

InsyaAllah pada setiap hari Isnin dan Khamis. (Mengingatkan aku untuk puasa sunat ^_^)

Maaf untuk blogger yang anjurkan segmen, give away atau contest pada waktu ni..sebab aku tak dapat join. T__T...memang teringin nak join...tapi karang tak pepasal, aku menang..then aku tak tuntut hadiah tu...rugi woo... (berangan macam kau menang je setiap segmen tu kan?)

Ke mana aku menghilang?

Bermula minggu ni, (iaitu minggu depan ketika aku menaip) aku sedang berusaha untuk memberi tumpuan yang sepenuhya terhadap pengajian yang sedang aku ambil.

Untuk yang bertanya, bidang apakah yang aku ambil selepas beria-ia ucap Sayonara pada Perihelion?

Aku pilih:- Pengurusan Hartanah di UiTM Shah Alam...- (ceritera lanjut tentang program ni aku akan update sejajar dengan waktu yang bergerak... )

So, bermula dari detik itu, aku akan menetap di sana untuk tiga tahun yang akan datang. (Shah Alam, peace yo!)

Best tak?

Yang itu, aku belum dapat cerita sebab masih baru lagi. So far, perasaan aku tersangatlah berdebar. Sebab dia macam memerlukan keyakinan yang tinggi...walhal keyakinan yang aku ada, hanya senipis kertas A4 30gsm. T___T

Ya, ramai blogger yang dapat sambung pengajian jugakkan? Korang lagi hebat. Ada yang sambung di UM (cc for kim chaa), ada yang sambung di UKM, UTM, UTP dan sebagainya...- best kot baca cerita korang! rajin-rajinlah update k? -

Tahniah aku ucapkan untuk korang semua! Dan doa aku;

semoga kita semua menjadi penyambung profesional dalam apa jua bidang yang kita ceburi...-Amin-"

Aku tak janji yang aku akan melepak kat blog korang, tapi selagi ada line internet, aku akan cuba untuk membaca serta mengomen. Paling kurang pun aku merayap kat blog korang sesaja kalau ada masa lapang...(insyaAllah...)

To all my loyal readers, thank you very much for spending your time to read this blog. I wish all the best for your life!

Thanks for reading!

Jika kalian sedang membaca entri ini, ia bermaksud aku telahpun menaipnya barang dua tiga hari yang lepas. Dan semua entri selepas entri i...