A note from past me…

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest
Jika kalian sedang membaca entri ini, ia bermaksud aku telahpun menaipnya barang dua tiga hari yang lepas. Dan semua entri selepas entri ini, adalah auto publish post yang telah disetkan untuk memastikan blog ini tidak terbiar seperti padang jarak padang terkukur. Oleh kerana itu, aku akan pastikan yang setiap seminggu akan ada dua entri untuk tatapan kalian…
Bila?
InsyaAllah pada setiap hari Isnin dan Khamis. (Mengingatkan aku untuk puasa sunat ^_^)
Maaf untuk blogger yang anjurkan segmen, give away atau contest pada waktu ni..sebab aku tak dapat join. T__T…memang teringin nak join…tapi karang tak pepasal, aku menang..then aku tak tuntut hadiah tu…rugi woo… (berangan macam kau menang je setiap segmen tu kan?)

Ke mana aku menghilang?
Bermula minggu ni, (iaitu minggu depan ketika aku menaip) aku sedang berusaha untuk memberi tumpuan yang sepenuhya terhadap pengajian yang sedang aku ambil. 
Untuk yang bertanya, bidang apakah yang aku ambil selepas beria-ia ucap Sayonara pada Perihelion?
Aku pilih:- Pengurusan Hartanah di UiTM Shah Alam…- (ceritera lanjut tentang program ni aku akan update sejajar dengan waktu yang bergerak… )

So, bermula dari detik itu, aku akan menetap di sana untuk tiga tahun yang akan datang. (Shah Alam, peace yo!)
Best tak?
Yang itu, aku belum dapat cerita sebab masih baru lagi. So far, perasaan aku tersangatlah berdebar. Sebab dia macam memerlukan keyakinan yang tinggi…walhal keyakinan yang aku ada, hanya senipis kertas A4 30gsm. T___T
Ya, ramai blogger yang dapat sambung pengajian jugakkan? Korang lagi hebat. Ada yang sambung di UM (cc for kim chaa), ada yang sambung di UKM, UTM, UTP dan sebagainya…- best kot baca cerita korang! rajin-rajinlah update k? –
Tahniah aku ucapkan untuk korang semua! Dan doa aku;

semoga kita semua menjadi penyambung profesional dalam apa jua bidang yang kita ceburi…-Amin-“

Aku tak janji yang aku akan melepak kat blog korang, tapi selagi ada line internet, aku akan cuba untuk membaca serta mengomen. Paling kurang pun aku merayap kat blog korang sesaja kalau ada masa lapang…(insyaAllah…)
To all my loyal readers, thank you very much for spending your time to read this blog. I wish all the best for your life!
Thanks for reading!

Keep reading on

Penat huh??

“ASSALAMUALAIKUM” Penat dah! (Sambil mengadap SimFreeplay yang tak sudah mintak dijaga…) Penat? Entahla… Mana nak …

Cerita tentang kamu…

Kepada kamu, terima kasih kerana sudi menjadi kawan aku ^_^ Kamu yang sentiasa buat hariku …

Basic Geomatic Report format

Assalamualaikum and Hello there again! Alhamdulillah penerangan untuk semua subjek sepanjang semester dah pun habis …

Mengintai Promosi Traveloka Saleabration 2019

Tahun ni kebanyakkan geng-geng Arau aku dah habis belajar. Bila dah habis belajar ni, majority …

Be strong buddy!

Aku tak tahu nak up cerita apa. Cuma sebabkan aku dah lama tak up entri …

Penangan Ostwind!

“ASSALAMUALAIKUM”Pernah tengok tak cerita Ostwind?Cerita tentang kuda yang bernama ‘Ostwind’??Ostwind ni maksud dalam BI nya …

Any thought?

0 thoughts on “A note from past me…”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *