Fashion?

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest
Move On zillion time
Too March stories
Self Care On A Budget
Pilihan kehidupan
Come back blog mission
“Gila!” 
Itulah ungkapan pertama bila dia utarakan idea untuk mengubah fashion.
“Kau gila? tak pernah selama ni kau pakai fancy, tetiba je nak tukar?”
“Aku tahu, berubah itu memang menakutkan. Lagi-lagi bila ianya melibatkan diri kau sendiri. “
“Selama ni, aku tak pernah rasa insecure bila pakai tudung yang sama selama seminggu. Aku tak kisah pun pasal orang lain…tapi sekarang, aku rasa pelik…aku yang pelik ke, tempat ni yang pelik?”
Ya. Kawasan memainkan peranan dalam mengubah identiti diri. Dulu, kau juga yang berjanji akan belajar perlahan-lahan untuk ubah gaya hidup kau. Sekaranglah masanya…
Takut?
Biasalah. Tidak dinamakan berubah jika kau berani…*ketawakan diri sendiri*
“Kalau boleh, saya nak semua pelajar saya cantik-cantik belaka setiap kali datang ke kelas…”
Gila!
“Nak pergi kelas pun kena melaram bagai ke?” suara hati memberontak. Mulut ikut rentak.
“Alahai, kolotnya cara pemakaian dia…”
“Biar buruk baju dipakai, asal miliki pekerti…” hati cuba menyedapkan pandangan.
Prinsip dia dalam pemakaian hanya satu:- selesa dan mudah dipakai.
T-shirt berlengan panjang dan seluar jean. Paling tidak pun, berbaju kurung. Paling express, sekadar menyarung jubah hitam. Siap! 
Tudung? cukup sekadar tudung sarung. Lima minit sudah cukup untuk bersiap. 
Tapi, sejauh mana warga ini memahami prinsip dia, dia menjadi ragu. Keliru.
“Kau calitlah sikit make-up kat muka tu, kasi tak nampak pucat. Paling kurang, bedak compact dan lip-stick…” 
Ah, mudahnya menjadi penasihat fashion…
Dia lihat koleksi make-up untuk sang pemula. Ah, menakutkan! Terlalu banyak lapisan perlu disalut pada wajah. Dia sendiri pun tak ingat. 


Gila!
Banyak benar barang yang perlu ada. Ini baru untuk pemula. Yang baru untuk berjinak. 
Peneman mukanya selama ini hanyalah bedak bayi. Bila bibir kering, baru dicalit sedikit lip-balm. Itu pun jarang.
Hela nafas berat.
Pujuk diri, yang perubahan ke arah yang lebih bagus dan baik itu tidaklah seseram menonton Nightmare at Elm Street. 
Fashion bukan gila.
Fashion melibatkan keyakinan diri. 
Dari pemakaian orang boleh baca diri kita. Ibarat muka depan setiap buku. 
Bicara kita pula adalah sinopsisnya…
Termangu membelek instagram.
Rungsing memilih warna tudung yang sesuai.
Warna yang dia tahu hanya dua; Hitam dan Putih.
Jika tiada hitam, maka putihlah pakainya.
Jika kerja dilapangan, laju saja hitam disarungnya.
Ah, fashion itu merumitkan kepala saja!
“Benda cantik, semua orang suka…” ujar sahabat.
“Aku cuba…” berat hati untuk mengucapkannya…
“Tapi kau, usah mempersendakan aku bila keadaan sudah tak seperti dahulu…”
Manusia,
selalunya bukan takut pada perubahan. 
Mereka takut pada kritikan…
Keyakinan mereka mudah rapuh tanpa sokongan. 
Mereka takut diketawakan.
Mereka berasa kecewa bila diperkotak-katikkan…
Kerana itu mereka lebih senang menjadi yang malar.

Keep reading on

Any thought?

0 thoughts on “Fashion?”

  1. Fashion yang bagi keselesaan pada kita. Itu yang perlu diutamakan. Siqah masa belajar dulu selalu pakai t-shirt dan jeans je. Lipstick je pakai kalau bab berhias. Asalkan tak nampak pucat sangat kan πŸ™‚

  2. sebab tulah saya pakai tshirt and tudung sarung je pi kelas…tapi, mcm tak relevan bila duduk sini…terpaksalah berubah…huhuhuhu

    thanks followed here dear! πŸ™‚

  3. samalah….bila nak tukar dari pemakaian yang kita selasa dan confident tu yang buat kita hilang yakin diri…tapi, sooner or later dah terbiasa…rasa tu lelama hilang..^_^

  4. samelah kite kak.. g kelas malas la nak melaram bagai. nak gosok baju pun malas aduiii hahaha
    follow sini #477 follow back and keep in touch yo kak sofie πŸ˜€

  5. berubah utk kemajuan. be proud for yourself, and I proud with you. xyah calit banyak2. ckp la skadar lipstik yg merubah wana bibir. πŸ˜€ yg lain… nnti2 bleh diubah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Thank  
you
 for reading