Welcome to UiTM Shah Alam!

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest
I heart Ramadhan 1440H
Peluang
Endgame dan Hantu Kabel
Move On zillion time
Holla there!
Seperti yang sedia tahu, aku telah pun tukar kos dari Geomatik kepada Pengurusan Hartanah. Dari AP120 kepada AP225. Berpindah dari Arau, Perlis ke Shah Alam, Selangor. 
credit
Perubahan yang mendadak itu agak sukar ya kawan-kawan. Kerana, selama ni aku selalu pilih tempat pengajian di kawasan yang agak terpencil dari kesibukan kota raya. Alasan:-
  • Ia lebih selesa, aman, damai dan tenang. 
  • Dengan kewujudan udara bersih, tak perlu risau untuk mengambil pelbagai supplemen demi menjaga kesihatan. Memadailah dengan bersenam dan rajin berjalan di sekitar kampus.
  • Kos sara hidup rendah – makanan murah

Tapi sekarang, aku kena bertahan…(#bestrong) sebabnya; di situlah aku akan menetap untuk tahun-tahun yang akan datang. Aku kena biasakan diri dengan; 
  • hiruk pikuk kota raya, 
  • pengangkutan awam, 
  • kesesakan lalu lintas, 
  • keramaian manusia yang berbondong-bondong
  • kos sara hidup agak tinggi
  • dan macam-macamlah!

So, hari sabtu yang lalu (030916), secara rasminya aku menjadi warga kolej Anggerik di UiTM Shah Alam. Sebelum aku mendaftar, aku sempatlah belek dua tiga blog yang cerita pasal pengalaman mereka. Hakikinya, aku tak faham pun apa yang mereka cerita sebab aku tak dapat gambaran tempat tersebut tapi cukuplah untuk aku tahu yang:
“…mana-mana pelajar perempuan dari calon penerapan yang mengambil program di bawah Fakulti Seni bina, perancangan dan ukur (FSPU), mereka secara automatiknya akan menjadi penghuni Kolej Anggerik…”
Kolej Anggerik ni adalah:-
  • kolej paling dekat dengan FSPU. sebab tak perlu naik turun bas untuk pergi ke kelas.
  • Dekat dengan pintu masuk UiTM depan Jakel aka Seksyen 7 
(untuk ke seksyen 7, kalau malas naik bas, korang boleh jalan kaki je…kat situ macam-macam ada! satu je aku pesan; kawal diri k?)
Makanya, aku tersangatlah bersyukur bagi semester ni sebab kelas semuanya dekat. Jarak dia lagi dekat dari masa aku dok Arau dulu. Cuma, dia lebih berbukit cerun gitu…. (rujukan map)
Aku dok sekitar kawasan dalam bulatan hijau tu…
Besar tak besar kampus dia, Masya-Allah….-kalau sesat, memang boleh meroyan jugaklah…-
Kolej Anggerik:
  • Ada dua tingkat sahaja
  • Ada Anggerik dan Anggerik Baru (AB) -aku dok belah Anggerik Baru-
  • Satu bilik ada empat orang
  • Ada satu cafe 

Port aku untuk semester ni…(time ni baru je sampai…)
Masa seminggu kat sana
aku dah habis pusing sekitar situ…(sementara kelas belum start). Saja nak jenguk kawasan dulu…so apa-apa lepas ni takdelah sakit jiwa sangat…hahahaha
First aku pi jalan kaki ke seksyen 7. Esoknya pi  naik bas ke Seksyen 2. Lepas tu, pi beli tiket dekat TBS. Then teman orang beli tiket kat seksyen 13. Habis je pusing, terus demam selsema! Ambek kau!!

Masa raya haji, 
orang cuti seminggu dok relax je senang lenang. Aku? Dok telan segala macam jenis ubat nak kasi kebah. Rasanya, inilah selsema paling teruk aku alami…sebabnya…tonsil bengkak, then kahak pun bertukar kaler dari putih ke merah…T^T 

Pi klinik, depa kasi ubat batuk ja…Plan aku, ingatkan nak balik awal. Tapi, kesihatan tidak mengizinkan. Maafkan aku kawan…lain waktu, ada peluang, insyaAllah kitakan bertemu lagi ^_^
Begitulah kisah aku pada minggu pertama di UiTM Shah Alam….sesat, salah naik bas, #rinduarau memang tak terkatalah….tapi tu lah, orang kata ‘Alah bisa tegal biasa..’. Memula je rasa macam ni, lepas sebulan….confirm tak terfikir dah….(harapnya begitulah…)
Maka, aku akhiri entri kali ini dengan ucapan; 

Selamat Berjuang kepada semua rakan taulan dimana jua kalian berada dan Selamat maju jaya dalam semua bidang yang kalian ceburi. Semoga tetap bersemangat hingga ke akhirnya! Ingat daku dalam doamu, lupakan daku dalam solatmu…

Jaga diri, jaga iman,
Bila terasa sendiri, ingatlah kau punya teman,
Jangan biarkan diri hanyut tanpa sebarang pegangan.
– dari seorang kawan yang sentiasa ada walau kita berjauhan…-
insyaAllah….

Thanks for reading!

Keep reading on

Any thought?

0 thoughts on “Welcome to UiTM Shah Alam!”

  1. hahahahhaha…serius kim chaa! butil kat situ banyak sangat! sampai kelabu mata dibuatnya….sib baik tak bawak sedebuk kalo pi keluar…kalo tak…matilanak!!!

    hehehhe..meja study dia memang best πŸ˜€

  2. syukran cero!
    itulah…best memang best…cabaran pun tinggi jugak ooo..
    masih lagi dalam fasa peninjauan dan penerokaan kawasan shah alam…rasanya map pun masih terabur lagi dalam kepala ni…insyaAllah..thank you for reminder..

    πŸ™‚

  3. Good luck in your future.
    Shah Alam best ooo..
    Kalau ada masa, pergi laa meninjau persekitaran Shah Alam.
    Tapi pastikan jangan lupa diri dan kekalkan niat untuk belajar, bukannya berseronok.
    Aku dah banyak jumpa orang yg lupa diri lupa niat bila duk Shah Alam.

    Good luck!

  4. Serabutnya tengok peta dia . Haha .. kalau sesat tuuh, penat nak cari jalan pulang. Serius dkt seksyen 7 ? Dekat ke dgn kedai irine nadia ? Hoho .. meja study diaaa bestnyaaa ..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Thank  
you
 for reading