Alkisahnya, bila kau masuk kelas senior dan kau lupa bertanya pada mereka bilakah the exact time for the final exam...
Yeah, tahniah for the correct guess. Aku tak boleh nak meraung atau melalak atau rasa macam down whatsoever sebabnya itu sudah silap aku sendiri...
Aku pun dah tanyakan perihal ni pada lecturer dan beliau pun tak boleh nak tolong. Sebab ini adalah final exam kot! Bukan test yang kau boleh ikut suka nak lupa or silap or sumpah mati...ingatkan petang rupanya pagi...
Pengajaran untuk masa akan datang. Mungkin dah lama sangat tak rasa loser sampaikan sudah masanya untuk ambil hikmah di sebalik setiap peristiwa. Dari takde semangat untuk explore dunia hartanah kau terus rasa tercabar sebabkan perkara kecik pun boleh lupa...
Kifarah dosa lalu untuk aku lebih fokus, lebih disconnected dan lebih matang dalam menjalani hidup di tahun terakhir sebagai mahasiswi.
Kelakar pun ada. Sebabnya bila kau macam bagi harapan dan terlepas peluang, itulah masa yang sesuai untuk kemas rumah kau. Mungkin sawang yang terlalu lama disimpan itu mengaburi peluang yang lebih cerah untuk digapai.
Cerita dekat sini habis dekat sini since aku pun tak tau nak cerita dekat siapa. Kau tau jelah sejak 2019 ni aku dah takde kawan. Kawan pun tinggal blog, muzik, buku, diari dan....Tuhan. Ah, kalau semulia itu untuk aku berkawan dengan Tuhan...
So, jangan risau. Everything gonna be okay. Hijab Wakanda dan Empayar Mahishmati kita masih kekal utuh menampung kegagalan yang penting untuk mencipta sejarah yang lebih gemilang.
"I'm sorry... It's all that I can say You mean so much, and I'd fix all that I've done If I could start again I'd throw it all away To the shadows of regrets, and you would have the best of me..."
Disconnected. Because offline is new luxury...
Aku cuba untuk fokus pada final exam yang masih berbaki dua paper saja lagi baru up entry pertama bagi tahun 2019 dengan penuh gilang gemilangnya. Namun, kemiangan tangan dan otak serta minda yang tidak tertahankan telah memaksa aku untuk update post yang berjudul 'Disconnected'....
Disconnected.
Semenjak aku bertekad untuk ucapkan 'A Good Goodbye' bagi semua tahun-tahun yang terlalu banyak mengajar aku menjadi manusia, aku tetiba rasa macam kanvas kosong, macam baru kena format dan macam kena reset. Sampai aku terlupa macam mana nak sembang dengan orang yang telah lama aku tidak dengar khabar mereka.
Entahlah, semenjak tahun 2019, aku terpaksa selak kamus bagi mencari semula definisi kawan, sahabat, kenalan, teman dan sewaktu dengannya. Bila kau dah reset minda ni, dia hanya nampak sepanjang zaman hanya ada kau dan keluarga. Dan jangan lupa, atmosfera Mahismati dan juga Hijab Wakanda kau pun dah melalui fasa perubahan yang kau tak sangka pun akan berlaku. (kalau korang faham apa yang aku cuba sampaikan, walah!)
2019 have taught me to enjoy the adult phase
Ya, ya dan ya...semua orang hanya tahu dunia dewasa ini hanya berlaku bila kita melangkah ke fasa dari single ke double, or triple, or quadruple, quintuple dan seterusnyalah, tapi tidak. Ianya tetapkan berlaku even kita masih single. Young at heart pun kira okay, tapi untuk deal dengan situasi hidup kedewasaan ini amat penting. Kita kena tahu;
Utamakan akal sebelum emosi
It's okay to be selfish than hold the grudge
Never underestimate the power of outspoken
Allah is our best friend
Focus on creating our dreams
Bak kata Robert, "Lebih cepat kita dewasa dan berhadapan dengan realiti, kita dapat menghadapi masa akan datang dengan lebih baik dan lebih matang." (Retire young retire rich, 326)
Ingat kawan, menjadi dewasa di zaman fitnah ini kita harus pandai berwaspada pada rahsia.
Personal life,
Income
Health
Tak semua berita gembira itu indah dan tak semua cerita pahit itu sedih.
Disconnected.
Because offline is new luxury.
Sebelum aku memulakan ulangkaji bagi exam pada petang esok, sukalah aku katakan Selamat Tinggal 2018!
Walaupun 2018 masih bersisa satu hari lagi, aku tetap mahu ucap. Mana tahu aku tak sempat ucap sebelum 2019 menjelma. Seperti biasa, feed blog mulai hari ini, esok lusa dan seterusnya pasti akan dipenuhi dengan coretan dari semua blogger demi mengatakan 'Selamat Tahun Baru 2019' dan juga 'Sayonara 2018'.
Maka, sebelum orang naik muntah bosan untuk melihat suapan sebegitu, baiklah aku up dulu.
Versi kali ini kemungkinan lebih panjang dari biasa (pernah pulak entri aku pendek kan sejak dua menjak ni?) Aku harap kalian tidak bosan. Sediakan nescafe barang secawan bersama sebekas biskut bagi memulakan bacaan dengan lafaz nama Tuhan yang Agung.
p/s: please play this song while you read the whole journal.
###
"Courage doesn't always roar, sometimes courage is the quiet voice at the end of the day saying" - Mary Anne Radmacher-
Januari 2018
Pada malam tahun baru, aku hampir accident. Hampir. Tapi aturan Tuhan masih selamatkan aku. Alhamdulillah aku selamat.
Dari sudut kewangan, aku dilanda perasaan gila untuk mulakan pelaburan dalam Unit Trust.
Aku sampai sekarang tak faham, kalau nak melabur kenapa perlu jadi agen?
Alih-alih aku memang tak suka orang paksa, maka wujudlah entri 'Kenapa harus dipaksa?'
Bulan ni, Ana berhenti belajar dan teruskan peluang dalam bidang pekerjaan.
Februari 2018
Aku dilanda blog slump.
Kelahiran anak buah yang pertama (deng it! aku dah jadi mak cik!)
First time guna voucher dari Traveloka untuk makan angin di Bukit Tinggi.
Pergi kenduri kahwin Nina, yang sekarang sudah pun bakal bergelar ibu. InsyaAllah.
Masa aku dihabiskan dengan marathon F.R.I.E.N.D.S, yang sampai sekarang masih belum buat reviewnya. (Trust me, once you watched it, you gonna re-re-re-watch it over and over and over again...)
Bulan terakhir kiosk Yuw yuw selepas penutupan Benang Hijau September 2017
Mei 2018
Alhamdulillah kereta selamat dibaiki. Tak sampai sebulan kena tunda pulak...Ujian sungguhlah...
Tahap move on media sosial semakin teruk. Kata dia sudah masanya untuk kita 'Stay Low'...
Selepas setahun ada major crush dengan si Biru Kelabu, maka wujud satu entri khas 'Untuk dia Biru Kelabu'
Puasa tahun ni? Sungguh aku rindu puasa seperti orang normal. Makan diatas meja, baca doa bersama orang yang sentiasa ada untuk kita....tapi sehari saja aku dapat rasa. Walau hanya dihujung bulan Ramadhan aku tetap syukur.
Kewujudan anak buah yang kedua. Yaw, am I getting younger or what?
Jun 2018
Aku decide untuk berehat dari hidup pelbagai sisi dan meraikan dunia normal seorang pelajar.
Jadi masa final exam bagi semester empat selepas meraikan Aidil Fitri di Melaka dan Johor bersama keluarga, aku cuti dua minggu. Kononnya fokus pada exam.
Alhamdulillah kali pertama dipertanggungjawabkan untuk mengaplikasikan teori ke dunia realiti dapat dikawal dengan baik. Ye ke? (Adulthood is killing me)
Hampir aku hilang untuk kesekian kalinya bila 'Terpaksa dewasa'.
Poket bocor tak payah ceritalah.
Ogos 2018
Cuti semester yang paling gila dia pernah lalui. (frasa 'dia', since aku yang normal ni takkan buat kerja luar alam macam tu...)
Misi bunuh diri pertama:- Terima ajakan orang yang dia baru kenal untuk tengok Da'i secara live walau dia tak tahu pun apa-apa mengenai Da'i. (The hell?)
Misi bunuh diri ke-dua:- Kerja paling gila dalam sejarah hidup aku yang suci murni bila dia dengar kata nasihat dari seorang motivator video satu minit. Satu cubaan berani mati. Sampai sekarang aku cuba untuk tidak tampil begitu ketara walau jawapannya aku sudah tahu...
Rezeki blog melimpah bulan ni, alhamdulillah dapatlah cover poket bocor bulan lepas.
Sempat balik Miri seminggu selepas sekian lama tidak jejak Tanah tumpah darahku...
Bulan yang berlatarkan lagu 'Take you down" by Illenium
Penutupan kedai depan kiosk kitaorang. Everything has changed.
September 2018
Bulan ketiga secara kasarnya hidup macam penagih dadah
Sesi pindah rumah. Sesi dimana akan merubah hidup dia 300 darjah.
Oktober 2018
Masa ni, masuk bulan kedua aku hidup detachment, alienated dan isolated aka DAI
Mewujudkan akronim H.I.N.A yang menjadi peneman dalam satu jasad fizikal.
Tanpa sedar, dia sudah membesarkan radius hijab wakanda.
Maze personaliti dia semakin sukar untuk menemui sumber cahaya. Tembok kian kebal, tebal dan tinggi, radius kian membesar sehingga dia buntu apakah kekeliruan itu boleh membawa dia bertemu cahaya itu semula?
Disember 2018
Merai bulan nan satu dengan pelbagai nafas baru?
Ah, pamitan sebuah December yang buat dia lebih.....aku pun tak tahu apa sudah jadi pada dia...
Kembali pada dunia pelbagai sisi selepas sebulan bertapa
Jejak kaki ke Kuching selepas lima tahun, demi sambutan majlis Aqiqah anak buah yang sulong.
Balik dari Kuching, kitaorang beli ikan masin terubok. Dan ilhamnya wujudlah entri 'Ikan besar, ikan kecil'.
Taipan terhenti.
Sepatutnya banyak lagi persitiwa yang aku nak cerita. Banyak kisah yang aku sudah tidak sanggup simpan sorang. Tapi, idea itu bagai tercantas. Ada kisah yang aku memang patut kemam sampai mati. Ada babak yang kalian kan tahu selepas aku pergi. Sedih ke?
Takdelah. Aku dah biasalah. Tak payah fikirkan sangatlah orang semacam aku yang hidup hanya memenuhkan statistik saja. Alhamdulillah semua masih baik-baik. Syukur semua masih dalam kondisi yang...Allah lebih tahu apa rahsianya.
Aku pun dah kira, entry ni memang cukup panjang. Hatta air nescafe aku bancuh masa awal tadi pun dah habis dulu. Lagu Linkin Park yang berdurasi 3:31 pun tak dapat cover the whole entry.
###
Dia berteleku ditikar sejadah menunggu waktu Isya'. Playlist Top Song 2018 yang dibuat oleh Spotify untuknya diputar sebagai muzik latar. Setiap lagu punya cerita yang berbeza. Terlalu sarat sehingga berat untuk diceritakan.
Into eternity; ost dikala Thor kehilangan ibunya dijadikan latar ketika dia kehilangan dirinya juga. Dirinya yang telah kebal dengan istilah 'kejutan budaya' atau bahasa lainnya 'culture shock'. Dulu dia manas. Dulu dia benci saat dilabel begitu. Tapi, sekarang dia sudah beku...
Kadang kita harus berani berbuat salah demi belajar dari sebuah kesilapan yang kita buta untuk melihat dengan lebih jelas. Kita beranggapan yang helang itu wajar tidak melakukan silap. Walhal kita lupa sang helang juga punya titik buta antara kedua matanya.
2018
Sebuah pemergian yang baik. Dalam dia ketawa, matanya juga berair. Sedih, gembira, pelbagai ilmu baru yang 2018 telah ajarkan. Butakan mata pekakkan telinga pada dunia yang tidak membantu kita dalam meneruskan perjuangan solo ini.
Pertarungan solo?
Kitakan punya Allah, Dia kurnia kita ketabahan untuk harungi kehidupan. Mana mungkin ini pertarungan solo. Titipan doa dari keluarga, sahabat dan warga seagama jua yang menjadi nafas hidupnya kita hari ini. Kita tidak sendiri teman...kita tidak pernah sendiri...
Kepada kalian yang sentiasa ada saat aku buntu, sentiasa wujud saat aku perlu, sentiasa abadikan doa dalam setiap sujudmu, terima kasih kerana masih setia. Terima kasih kerana masih wujud, dan terima kasih kerana tidak pernah jemu untuk menerima diri nan kerdil ini menjadi sebahagian dari babak hidup kalian.
###
2019
20 tahun sudah aku tinggalkan bangku darjah satu.
Aku tak berharap banyak. Aku cuma mahu dimatikan dalam keadaan husnul khatimah.
Aku mahu dipermudahkan hidup dalam menggapai gelaran 'Abid dimalam hari dan singa disiangnya.'
Selagi masih hidup, selagi itu perjuangan belum selesai.
Medannya kita pilih, tiba masanya kita persiagakan perisai.
Kau sudah dewasa, walau jiwamu masih dahagakan darah muda namun kau perlu waras.
Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨