Bila soal tentang raya akan membahas perasaan dan pensediaan yang berbeza. Ada yang suka, ada yang gusar, ada yang gembira dan kadang ada juga yang bermuram durja.
Apa je yang best tentang raya?
Bertemu sanak saudara? Itu kalau saudaranya ukhwah terbela. Ada yang tidak bertegur siapa, haa kan jadi janggal pangkalnya. Tapi tetap jua bertemu sebagai ambil suasana dan tradisi raya kata orang.
Tahun ini dia pun tidaklah mengambil port sangat. Cuma jadi yang sekadar memenuhi ruang pun ya. Bukan dia tidak suka beramai begini. Suka itu sukalah, tapi kurang gemar bila itu ini menjadi isu berbangkit. Ah, memang malas hendak masuk bertemu.
Tapi itulah, semenjak injak usia begini, dia lebih selesa membuat hal sendiri. Namun dalam masa yang sama harus jua dia berkomuniti kerana kominiti itu amat penting dalam menjadi masyarakat majmuk.
Matinya kelak pun, masyarakat yang uruskan. Bukannya dia mati bergolek ke lahad. Mahu atau tidak harus dilawan segala ego.
Doanya semoga menjadi baik-baik saja hasilnya kelak.
Tradisi raya sudah lama dia bubar ikut acuan dia sendiri. Lebih tenanb dan kembali pada fitrah. Raikan kesyukuran dengan penuh rasa berTuhan. Bukan untuk menghiburkan manusia semata.
Orang kata, sebaiknya urusan sesama manusia ini diselesaikan selagi masih hidup. Bermaafan sesama insan kerana kelak walau ego pernah mendengus kata ‘biarlah dia merangkak diakhirat merayu kata maaf’, tapi ianya tidak semudah itu pabila di alam sana kelak.
Salah satu tradisi hari raya itu jua adalah saling bermaafan. Minta dan beri maaf dengan penuh makna. Bukan sekadar lisan semata.
Bunyinya seakan mudah bukan, tapiii untuk membuatnya terasa berat. Andaikata berat, beginilah…orang kata memberi maaf itu bukan kerana mereka, tapi untuk kita.
Untuk ketenangan kita. Maaf itu untuk ketenangan jiwa.
Sambil-sambil menunggu kedai disini semuanya buka, maka terhasil suatu entri berkisar Tradisi Hari Raya.
Tradisi Hari Raya dia?
Memutarkan album ‘Raya Hanya Di Sana’ dari kumpulan Mawaddah. Klasik dan evergreen.
Oh ya, alhamdulillah syukur raya jatuh hari Sabtu. Malam ni masih boleh bersahur lagi🤲🏻




0 comments